Perompak Samun Pula Keluarga Jurutera Selepas Bunuh Dr Wan Hassan


Dua lelaki tidak bertopeng memecah masuk menerusi tingkap bahagian dapur banglo dua tingkat milik Dr Wan Hassan di Bukit Bandaraya ketika kediaman itu terputus bekalan elektrik jam 3.30 pagi tadi  
KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang menyamun Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, sebelum menetak mangsa hingga mati, dikesan turut mendalangi satu lagi rompakan terhadap sebuah rumah di Taman Tiara Titiwangsa di sini, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata selepas menetak mangsa, suspek merompak rumah jurutera berusia 34 tahun pada jam 5.15 pagi.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama keluarganya sedang tidur sebelum suspek memecah masuk dan mengetuk pintu bilik serta mengarahkan mereka tidak melawan.
“Suspek turut mengugut akan menetak dan mencederakan mereka sebelum tangan diikat dengan kabel telefon dan mulut disumbat dengan kain.
“Suspek menyelongkar semua bilik dan membawa lari dua set televisyen, tiga komputer riba, dua telefon bimbit, rantai leher emas, gelang tangan emas dan wang tunai RM3,500,” katanya.
Nik Ros Azhan berkata, selepas kedua-dua suspek melarikan diri dengan seorang lagi rakan mereka berada di luar rumah.
“Siasatan mendapati mangsa tinggal bersama 14 orang iaitu adik-beradik dan ibu bapanya serta seorang pembantu rumah, namun kamera litar tertutup (CCTV) masih belum dipasang.
“Pihak forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hadir di tempat kejadian dan menemui lapan sampel cap jari yang mana suspek disyaki masuk melalui cermin tingkap sebelah kiri,” katanya.
Beliau berkata, semakan lanjut di sekitar tempat kejadian mendapati suspek membuang dompet dan dokumen ke kawasan semak di Jalan Tiara Titiwangsa 3, dan hasil semakan terdapat dokumen pengenalan diri pesara kerajaan yang dibunuh sebelum itu.
“Disyaki mereka menggunakan dua kenderaan dan bersenjatakan parang serta tukul besi untuk melakukan jenayah.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
Media hari ini, melaporkan Dr Wan Hassan yang juga pesara Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), maut ditetak perompak yang menyamun kediamannya di Bukit Bandaraya di sini.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, rumah dihuni mangsa dan isteri Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.
Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit, menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher, manakala isteri mangsa ditetak di bahu kanan.
Doktor Maut Ditetak Perompak

The post Perompak samun pula keluarga jurutera, selepas bunuh Dr Wan Hassan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/29/perompak-samun-pula-keluarga-jurutera-selepas-bunuh-dr-wan-hassan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjenayah Tetak Dr Wan Hassan Rompak Rumah Jurutera Pula

Penjenayah Tetak Dr Wan Hassan Rompak Rumah Jurutera Pula

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 789 hits
loading Kuala Lumpur Dua lelaki yang merompak Dr Wan Hassan Wan Embong 71 sebelum menetaknya sehingga maut turut melakukan satu lagi rompakan di sebuah rumah di Taman Tiara Titiwangsa di sini hari ini
Suami Bunuh Lelaki Yang Hamilkan Isterinya Selepas Keluarga Mangsa Izinkan Membunuh Tanpa Pakai Senjata

Suami Bunuh Lelaki Yang Hamilkan Isterinya Selepas Keluarga Mangsa Izinkan Membunuh Tanpa Pakai Senjata

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 545 hits
Seorang lelaki bernama Jebfar 39 ditahan kerana terbabit dalam kes pembunuhan lelaki bernama Moh Molah 30 di Tol Kebomas Jawa Timur Indonesia Mangsa dibunuh oleh suspek yang dibantu beberapa kenalannya dan mayat mangsa dibuang di tepi jalan...
Selepas Alif Lagi Seorang Ahli Keluarga Positif C0vid

Selepas Alif Lagi Seorang Ahli Keluarga Positif C0vid

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 288 hits
loading Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan dia didapati positif C0VID 19 selepas menjalani ujian calitan di Hospital Melaka pada Ahad
10 Suspek Tetak Dr Wan Hassan Ditahan

10 Suspek Tetak Dr Wan Hassan Ditahan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 273 hits
loading Kuala Lumpur Seramai 10 individu yang disyaki terbabit dalam dua kes samun termasuk rumah bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia Dr Wan Hassan Wan Embong sudah ditahan setaka...
Batal Niat Bunuh Diri Selepas Ternampak Kelibat Buaya

Batal Niat Bunuh Diri Selepas Ternampak Kelibat Buaya

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 387 hits
Hasrat seorang jurutera di sebuah syarikat swasta untuk menamatkan nyawanya sendiri terbatal selepas ternampak kelibat buaya setelah terjun ke dalam sungai Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu wanita berusia 34 itu bertindak sedemiki...
Selepas Patriot Kini Giliran Adik Ipar Tun M Pula Yang Membantah Larangan Jual Arak

Selepas Patriot Kini Giliran Adik Ipar Tun M Pula Yang Membantah Larangan Jual Arak

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 621 hits
Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Hashim Mohd Ali tampil membantah sekatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap penjualan minuman keras jenis liquor di kedai runcit kedai serbaneka dan kedai ubat Cina mulai Oktober tahun ...
Selepas Badul Kini Bekas Isteri Pula Tuntut Bahagian Untuk Anak

Selepas Badul Kini Bekas Isteri Pula Tuntut Bahagian Untuk Anak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 574 hits
loading Isu membabitkan pembahagian harta Allahyrham Mejar Mohd Zahir Armaya yang juga anak kepada pelawak AR Badul hangat diperkatakan ramai sejak beberapa hari ini
Aku Dah Bunuh 2 Anak Aku Ibu Tertekan Selepas Kematian Suami Bunuh 2 Anaknya Yang Masih Kecil

Aku Dah Bunuh 2 Anak Aku Ibu Tertekan Selepas Kematian Suami Bunuh 2 Anaknya Yang Masih Kecil

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 397 hits
Penduduk di Daerah Hulu Sungai Tengah digemparkan dengan kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anaknya Rabu 25 November 2020 Dua mangsa yang masih kecil dibunuh dengan cara kepala ditekup dengan bantal di kediaman mere...
30 Kes Pecah Masuk Premis Di M 039 Sia Selesai Selepas Kumpulan Perompak Diberkas

30 Kes Pecah Masuk Premis Di M 039 Sia Selesai Selepas Kumpulan Perompak Diberkas

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 351 hits
SERDANG Geng Yong yang aktif melakukan jenayah pecah masuk premis termasuk kedai serbaneka di sekitar Serdang Brickfields dan Petaling Jaya sejak tiga bulan lalu tumpas dengan pemberkasan empat lelaki tempatan di Seri Kembangan pada Ahad la...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi