Perniagaan Milik Bumiputera Di Ambang Kematian Putrajaya Diberitahu


Robin AugustinPerniagaan milik Bumiputera sukar untuk bertahan ketika PKP, kata persatuan peruncit.PETALING JAYA: Sebuah persatuan peruncit memberi amaran bahawa perniagaan milik Bumiputera kini “di ambang kematian” kerana kekurangan bantuan kerajaan untuk membantu mereka bertahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menurut Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) Ameer Ali Mydin, semua perniagaan sedang bergelut ketika ini.
“Jika satu perniagaan milik orang Cina gulung tikar, kemungkinan 10 perniagaan orang Melayu akan alami nasib yang sama,” katanya kepada FMT.
“Realitinya adalah komuniti perniagaan Cina sangat mahir dalam perniagaan. Ramai yang telah lama berniaga dan memiliki simpanan. Oleh itu, jika satu (perniagaan Cina) tutup, itu adalah petanda buruk bagi kita.”
Beliau berkata, keadaan di mana kes Covid-19 masih tinggi sementara semakin kurang orang menjalani ujian saringan “kelihatan tidak baik”.
“Kita baca mengenai peningkatan kes sporadik. Pada kadar ini, sukar untuk melihat bagaimana sekatan dapat dilonggarkan.
“Walaupun anda (peniaga) berada dalam sektor perlu dan dibenarkan beroperasi, anda masih akan bergelut kerana kekurangan pelanggan,” katanya.
Pada masa yang sama, katanya, perniagaan tidak mendapat moratorium pinjaman automatik dan ini tidak membantu.
“Kerajaan kata, ‘Mohon moratorium jika anda terkesan dan bank akan beri kelulusan secara automatik’, tetapi hakikatnya, ini tidak berlaku,” tambah beliau.
Ameer berkata, sebilangan besar daripada 52 ahli persatuannya, yang menggaji 30,000 pekerja, menghadapi masalah mendapatkan moratorium dan bantuan, malah bank tidak meluluskan permohonan secara automatik.
“Ahli-ahli kami memberitahu, bank meminta perincian aliran tunai, akaun dan unjuran pendapatan mereka.
“Apa yang mereka harapkan untuk lihat? Kami hampir-hampir gulung tikar dan tiada petanda PKP akan ditamatkan,” katanya.
PKP 3.0 mula berkuat kuasa pada 1 Jun dan dilanjutkan hingga 28 Jun, namun Ameer berkata, beliau tidak menjangkakan ia akan ditamatkan seperti yang dirancang.
“Kami menganggarkan, jika PKP 3.0 ini diteruskan sebulan lagi, sekurang-kurangnya 500,000 orang dalam sektor peruncitan sahaja akan kehilangan pekerjaan,” tambah beliau.
Beliau menggesa kerajaan untuk melonggarkan sekatan dalam sektor-sektor di mana tidak banyak kes Covid-19 dikesan.
“Kilang-kilang yang dikenal pasti mencatatkan banyak kes masih kekal dibuka. Kenapa tidak benarkan peruncit, yang menyumbang hanya 0.8% daripada kluster pada Mei, sebelum PKP 3.0, untuk beroperasi penuh?
“Kami harap keputusan dapat dibuat berdasarkan bukti dan data saintifik yang relevan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/perniagaan-milik-bumiputera-di-ambang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 914 Icu 459 Pernafasan 76 Kematian

Covid 19 914 Icu 459 Pernafasan 76 Kematian

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 291 hits
5 793 kes baru angka kematian bulan ini lebih 1 000Kementerian Kesihatan hari memaklumkan sebanyak 5 793 kes baru Covid 19 dilaporkan sepanjang 24 jam lalu Pada masa sama seramai 8 334 pesakit dilaporkan sembuh hari ini Ia merupakan angka s...
5 304 Kes Baharu Covid 19 64 Kematian

5 304 Kes Baharu Covid 19 64 Kematian

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 344 hits
bebasnews myBy 13 06 2021KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 5 304 kes baharu Covid 19 dengan 64 kematian dalam tempoh 24 jam lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat...
Infografik Trend Kes Kematian Harian Covid 19 Malaysia

Infografik Trend Kes Kematian Harian Covid 19 Malaysia

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 246 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
India Catat Angka Kematian Covid Tertinggi Di Dunia Lebih Dari 6 000 Dalam Sehari

India Catat Angka Kematian Covid Tertinggi Di Dunia Lebih Dari 6 000 Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 288 hits
Pada Kamis India melaporkan angka kematian tertinggi karena Covid 19 di dunia yaitu 6 148 dalam sehari Angka ini meningkat setelah negara bagian di India timur merevisi datanya terkait jumlah warga yang meninggal karena penyakit ini di ruma...
73 Kematian Pesakit Buah Pinggang Berusia 13 Tahun Korban Termuda

73 Kematian Pesakit Buah Pinggang Berusia 13 Tahun Korban Termuda

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 311 hits
Oleh Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan trend peningkatan kluster kerja ketika ini membimbangkan SEBANYAK 73 kematian akibat COVID 19 dilaporkan hari ini turun dua kes berbanding semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdu...
Covid 19 Kes Positif Seluruh Dunia Lebih 175 7 Juta Kematian 3 79 Juta

Covid 19 Kes Positif Seluruh Dunia Lebih 175 7 Juta Kematian 3 79 Juta

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 249 hits
Astro AwaniJumlah jangkitan menunjukkan pertambahan kes global dengan lebih 400 000 kes jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas Gambar failJUMLAH kumulatif kes positif COVID 19 seluruh dunia ketika ini melepasi 175 7 juta Jumlah ...
Kematian Yang Mengejut Selamat Jalan Pakcik

Kematian Yang Mengejut Selamat Jalan Pakcik

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 229 hits
Kematian Yang Mengejut Selamat Jalan PakcikKehilangan ahli keluarga di waktu kes Covid tengah mencanak naik ni sangat menyedihkan Terkilan sebab tak boleh melawat dan beri penghormatan terakhir kepada si mati Maghrib semalam dapat panggilan...
Kematian Nora Anne Mahkamah Tinggi Ganti Perintah Koroner Dengan Keputusan Terbuka

Kematian Nora Anne Mahkamah Tinggi Ganti Perintah Koroner Dengan Keputusan Terbuka

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 216 hits
SEREMBAN Mahkamah Tinggi di Seremban pada Rabu menggantikan keputusan Mahkamah Koroner bahawa kematian remaja perempuan Ireland Perancis adalah akibat nahas atau peristiwa malang dengan keputusan terbuka Hakim Azizul Azmi Adnan yang membuat
Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Drama Abang Bunga Macho

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kedai Cermin Mata Murah Dr Specs

Tambah Sikit Lagi

Salted Caramel Macchiato Sensasi Manis Dan Asin Dalam Satu Gelas

The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah