Perniaga Tempatan Menjadi Inspirasi Buat Usahawan Lain Untuk Berjaya


Perniaga Tempatan Menjadi Inspirasi Buat Usahawan Lain Untuk Berjaya | Peniaga di ShopeeFood berkongsi kisah inspirasi tentang kecekalan dan kejayaan

Membangunkan perniagaan dalam industri makanan dan minuman (F&B) bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya pada masa pandemik COVID-19. Justeru, perniagaan yang telah berjaya untuk terus membangun benar-benar mencetuskan inspirasi, terutamanya jenama tempatan yang bermula dari bawah, yang kadang kala hanya berbekalkan sumber yang terhad berbanding dengan pemain industri yang lebih besar.


Kemampuan untuk berpandangan jauh dan ketangkasan amat diperlukan dalam mengolah model perniagaan agar sesuai dengan trend pengguna. Banyak peluang baharu kian pesat bertumbuh, dan ramai peniaga tempatan membuka cawangan baharu untuk memenuhi permintaan popular untuk makanan mereka.


ShopeeFood berbangga untuk bekerjasama dengan ramai ‘wira’ peniaga makanan tempatan ini yang telah memilih aplikasi mudah alih ini sebagai pilihan mereka untuk penyelesaian digital dan penghantaran. Malah, ramai peniaga tempatan telah berjaya menggunakan pendigitalan untuk mengembangkan perniagaan mereka di pasaran. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sekurang-kurangnya 90% daripada lebih 800,000 PKS tempatan (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) dianggarkan akan terus mengguna pakai penyelesaian digital untuk perniagaan mereka menjelang 20251.


“Kami berbesar hati kerana melalui penyelesaian digital kami, ShopeeFood telah dapat menyumbang kepada kejayaan peniaga tempatan. Dengan menggunakan platform kami, ia telah membuka pelbagai potensi untuk peniaga tempatan kita untuk meneroka manfaat menggabungkan penyelesaian digital dalam model perniagaan mereka,” kata Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia.


“Tentunya, kami amat berbangga akan wira-wira ini dan juga kejayaan mereka. Mereka bangkit menjadi inspirasi bukan sahaja untuk kami tetapi juga buat usahawan baharu di luar sana. Kami akan terus memberikan sokongan yang diperlukan untuk membantu memperkasakan peniaga tempatan kami, seperti melalui Jualan Birthday Sale 12.12 akhir tahun yang bakal menjelang tiba. Inilah masa untuk peniaga menarik pelanggan baharu serta menawarkan pelanggan setia mereka lebih nilai dan ganjaran melalui promosi yang kami anjurkan,” tambahnya.


ShopeeFood bukan sahaja menawarkan pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar tetapi juga membolehkan pengguna memanfaatkan dompet mudah alihnya (ShopeePay) untuk membuat pembayaran dengan selamat da lancar apabila memesan makanan. Peniaga di ShopeeFood dan ShopeePay juga boleh menggunakan platform Shopee untuk meneroka dan menarik pelanggan baharu. Selain itu, mereka juga mampu menjana lebih banyak hasil jualan melalui promosi yang sering berlangsung dan tawaran istimewa di ShopeeFood. Buat masa ini,


ShopeeFood boleh didapati di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Ipoh dan Kota Kinabalu.


Kegemaran di DesaPeniaga tempatan ShopeeFood, Borenos Fried Chicken, telah mencipta nama sebagai rangkaian makanan segera kegemaran di Kota Kinabalu untuk ayam goreng mereka yang empuk. Jenama yang berpangkalan di Sabah itu begitu popular sehinggakan mereka sentiasa menerima permintaan daripada pelanggan untuk membuka cawangan baharu di negeri-negeri lain di Malaysia.





“Peminat ayam goreng kami bukan sahaja berada di Kota Kinabalu malah ada yang berasal dari luar negara khususnya di Asia Tenggara. Kami berterima kasih kepada pelanggan setia kami yang mahu kami membuka cawangan di kampung halaman mereka,” kata Janice Yeo, Pengasas Borenos Fried Chicken.


Perusahaan tempatan itu mula menggunakan ShopeePay pada Jun 2021 dan ShopeeFood pada Julai 2022 untuk meneroka cara baharu untuk memenuhi permintaan pelanggannya semasa pandemik COVID-19. “Sebagai sebuah perniagaan, kita mesti berevolusi untuk memenuhi keperluan orang ramai, seiring dengan dunia yang berkembang maju dari segi teknologi. Oleh itu, memang wajarlah bagi kami untuk menyertai ShopeeFood supaya dapat menjangkau pasaran yang lebih meluas, serta mewujudkan platform yang lebih mudah untuk pelanggan menemui kami,” jelas Yeo.


Yeo juga menambah bahawa transaksi pelanggan menjadi lebih mudah dan terurus dengan ShopeePay yang boleh didapati di aplikasi mudah alih itu. "Memandangkan kedua-dua kemudahan untuk penghantaran makanan dan pembayaran tersedia di bawah satu aplikasi yang sama, ia menjadi mudah untuk pelanggan kami menggunakan mana-mana ciri yang mereka kehendaki," katanya.


Ditubuhkan pada 2015, Borenos Fried Chicken kini mempunyai tiga cawangan di Kota Kinabalu – restoran utama bertempat di Kompleks Bandaraya Asia, dan dua lokasi lain di Plaza 22, Papar dan Alamesra; menawarkan pilihan makan di restoran, untuk dibawa ppulang atau perkhidmatan penghantaran. Syarikat itu juga merancang untuk memperluaskan perkhidmatan penghantarannya ke puncak Gunung Kinabalu supaya kelazatan ayam gorengnya dapat dinikmati di mana-mana sahaja.





Pesan makanan kegemaran ramai di Borenos ini di ShopeeFood: Full Spring Chicken Meal, seekor ayam yang empuk, dihidangkan bersama sayur coleslaw, kentang goreng dan minuman; 1-Piece Cheesy Chicken Rice, ayam goreng Borenos dihidangkan dengan sos keju dan nasi yang enak; dan Premium Chicken Burger, paha ayam empuk yang dimasak segarbersama dengan sos BBQ manis dan ‘smokey’, diapit roti arang. Link kedai: Ayam Goreng Borenos


Membina Keyakinan Buat Bisnes


Memperkenalkan dirinya sebagai Rangkaian Kopi Dipacu Teknologi #1 Malaysia, jenama tempatan ZUS Coffee mula-mula membuka pintunya di Kuala Lumpur pada penghujung 2019. Hari ini, ia terus menempa kejayaan, menghidangkan lebih 8.8 juta cawan kopi setakat ini – sepadan dengan visinya untuk mengevolusikan konsep menikmati kopi ke arah menjadikan speciality coffee sebagai sesuatu yang mampu dimiliki untuk semua, setiap hari.





“Setakat ini, perjalanan kami adalah positif dengan begitu ramai rakyat Malaysia menggemari jenama dan produk kami. Pelanggan kerap meminta agar kami membuka cawangan di kawasan mereka. Pada masa yang sama, kami juga memastikan masyarakat setempat mendapat manfaat melalui peluang pekerjaan yang bertambah apabila bisnes kami terus berkembang,,” kata Stephy Foong, Naib Presiden Pembangunan dan Pemasaran, ZUS Coffee.


Sejak menyertai ShopeeFood tiga tahun lalu, Foong berkata rangkaian kopi mereka menggunakan data pelanggan daripada platform itu untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam perniagaan mereka. "Kami kini boleh meramalkan lonjakan jualan dalam tempoh promosi agar dapat mengurus inventori kami dengan lebih baik," kongsi Foong lagi.


Bagi ZUS Coffee, melangkah ke dunia digital bukan sahaja memberi kelebihan untuk perniagaan mereka, tetapi juga untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya; sekaligus menggalakkan mereka untuk terus setia bersama ZUS Coffee. “Kemudahan ShopeePay dan ShopeeFood telah menarik ramai pelanggan untuk menggunakan platform tersebut, justeru, ia membolehkan kami menjangkau pelanggan baharu. Platform ini juga telah membolehkan kami untuk lebih memahami pilihan citarasa pelanggan kami, dan ini membantu kami mencipta lebih banyak produk inovatif selain produk kopi kami,'' akhiri Foong.


Jom cuba kopi terlaris di ZUS: Spanish Latte, minuman berasaskan espreso dengan susu manis dan bertekstur, Gula Melaka Latte dengan espreso, gula melaka, pandan dan krim kelapa, dan CEO Latte, minuman yang ‘menyegarkan mata’ dengan susu yang sedikit, diadun dengan kopi yang lebih padu. Link Kedai: ZUS Coffee


Kemanisan Kejayaan

Memang diketahui ramai bahawa rakyat Malaysia memang gemarkan ‘bubble tea’ dan minuman berinspirasikan pencuci mulut. Lihat sahaja pelbagai kedai minuman istimewa (specialty beverage) yang kian rancak bertumbuh seperti cendawan selepas hujan, memang nyata sekali betapa sengitnya persaingan dalam sektor ini. Dalam hal ini, Bubblebee menjadi antara perusahaan makanan tempatan yang mengecapi kejayaannya sendiri.



Ditubuhkan hanya tiga tahun lalu di Shah Alam, syarikat yang berpangkalan di Malaysia itu kini mempunyai 56 cawangan di Semenanjung Malaysia – dan dengan permintaan yang semakin meningkat, mereka bakal membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara dalam masa terdekat. Pada masa ini, perniagaan itu juga turut berjinak-jinak dalam jualan produk, di mana pelanggan setia juga boleh mendapatkan barangan Bubblebee.


“Kini, Bubblebee dikenali di seluruh Malaysia dan kami berterima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan mereka yang tanpa henti sejak pembukaan cawangan pertama kami. Kami percaya dengan idea bahawa kita bukan sahaja membina perniagaan, tetapi kita juga membina insan dan komuniti. Inilah sebabnya moto kami adalah untuk memberi senyuman kepada semua orang dalam melalui hari mereka – buat seorang insan, melalui secangkir cawan dan di satu kejiranan pada satu-satu masa. Kami berbangga kerana dapat menyampaikan ‘kemanisan’ ini dan lebih lagi kepada peminat jenama kami,” kata Shahmira bin Muhamad (Shuib), salah seorang daripada tiga Pengarah Bubblebee.


Mengintegrasikan teknologi dalam operasi perniagaan harian mereka telah membolehkan Bubblebee meningkatkan kecekapan dan kualiti makanannya. Ini juga menambah baikkan lagi pengalaman pelanggan. Sejak menyertai ShopeeFood setahun lalu, Shuib berkata Bubblebee telah memanfaatkan ciri “penjual” di platform itu untuk meningkatkan produktivitinya dengan pesat, yang telah membawa kepada peningkatan dalam margin keuntungan juga.



Cubalah antara tawaran terlaris Bubblebee ini di ShopeeFood: Golden Series Ice Cream dipadankan dengan sarang lebah Honey Ice Cream yang disiram dengan madu dan dihidangkan dengan bijirin rangup, dan Milk Series untuk kelazatan yang cukup berkrim. Link kedai: Bubblebee


Pastikan anda mengikuti promosi dan diskaun 12.12 Disember daripada ShopeeFood dan ShopeePay semasa membuat pesanan. Inilah yang menanti anda:


ShopeeFood


Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan minimum RM0



Sehingga 50% DISKAUN untuk peniaga terpilih. Cari sahaja jenama popular ini: ZUS Coffee, Thong Kee Cafe, Old Town White Coffee, Bubblebee, Hotpot Kitchen, Black Whale, Coolblog, Tea Garden, Little KL Food Hall, Tea Can Tin, Pop Meals, Kee Nguyen - Vietnam Coffee, Nasi Lemak Saleha dan banyak lagi



Shocking Sale RM12 sehingga 12 Disember 2022. Berikut adalah beberapa restoran yang lazat untuk dicuba, seperti Marrybrown, Neighborhood Food Court Kota Damansara, Restoran Mariya, Nurich Cafe and Catering, King Tomyam Kitchen, Aqeel Tomyam, MyLaksa, Bms Organics, Tiger Sugar, Sangkaya, Baskin Robbins, HWC Coffee, JuiceLab dan banyak lagi. Jom ketahui butiran lanjut di aplikasi ShopeeFood: https://shopeemy.onelink.me/356033421/cbsteheh


ShopeePay
Dapatkan Pulangan Tunai RM10 DAN 500 Shopee Coins apabila anda melakukan transaksi dengan DuitNow minimum RM50






Mengenai ShopeeFood

ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi, daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi. Dilancarkan pada 2021, ShopeeFood menawarkan pengguna sebuah pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, di samping membantu peniaga mendigitalkan dan meluaskan jangkauan perniagaan mereka.


Diintegrasikan ke dalam ekosistem Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay,


ShopeeFood menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran.


Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Selain Shopee, perniagaan teras Sea yang lain adalah termasuk cabang hiburan digitalnya, Garena, dan cabang perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/12/perniaga-tempatan-menjadi-inspirasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menabung Tak Perlu Tiru Orang Lain Ikut Mana Mampu Tip Ibu Ni Jadi Inspirasi

Menabung Tak Perlu Tiru Orang Lain Ikut Mana Mampu Tip Ibu Ni Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 172 hits
Menabung sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi Namun cara kita menyimpan pastinya berbeza Ada yang suka menyimpan dengan tolakan gaji di awal bulan namun ada pula yang gemar mengumpul wang pelbagai warna sebagai cabaran diri Berbeza na...
Pn Sah Jadi Pembangkang Tapi Mahu Rintis Kerjasama Lain

Pn Sah Jadi Pembangkang Tapi Mahu Rintis Kerjasama Lain

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 179 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 25 2022 4 36 PMSelepas menyatakan keputusan enggan menyertai kerajaan perpaduan Perikatan Nasional petang ini menyatakan kesanggupan mereka bekerjasama dengan pendekatan lain Pengerusinya Muhyiddin Yassin ber...
Apa Orang Lain Cakap Just F Them Nabila Huda Tak Kisah Komen Negatif Netizen

Apa Orang Lain Cakap Just F Them Nabila Huda Tak Kisah Komen Negatif Netizen

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 182 hits
Seperti yang ramai tahu pelakon dan pengacara wanita iaitu Nabila Huda sering diasak dengan kecaman mengenai penampilannya yang dianggapterlalu seksi dan tidak menutup aurat Bagaimanapun pelakon berusia 37 tahun itu mengakui lebih memilih u...
Jangan Mudah Percaya Pada Orang Lain

Jangan Mudah Percaya Pada Orang Lain

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 349 hits
Kita sering berkomunisasi dengan orang lain Ia sesuai dengan kedudukan manusia yang hidup bermasyarakat dan saling memerlukan antara satu sama lain Namun kita diingatkan jangan mudah percaya pada orang lain Lihatlah pada gambar di atas yang...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas