Pernah Terfikir Bagaimana Hiasan Kapal Dalam Botol Dihasilkan Jom Tengok Teknik Rahsia Ini



Setiap daripada anda semua pasti pernah melihat perhiasan binaan kapal kecil yang berada di dalam botol kaca. Seterusnya, anda pasti akan tertanya-tanya, bagaimanakah kapal tersebut dimasukkan ke dalam botol kaca tersebut memandangkan mulut botol kaca tersebut begitu kecil?
Adakah kapal tersebut disiapkan terlebih dahulu, kemudian barulah bahagian bawah botol tersebut disambungkan dengan badan botol tersebut seperti gambar di atas?
Bukan. Sebaliknya, terdapat teknik khas bagaimana kapal kecil ini dimasukkan ke dalam botol kaca ini. Kami sendiri kagum apabila mengetahui rahsia ini, malah teknik ini langsung tidak pernah sekalipun terlintas di fikiran!

Sejarah "Ship in A Bottle"

Tiada tarikh tepat dapat dipastikan bilakah hiasan "Ship in A Bottle" ini mula dihasilkan. Pada awalnya, kebanyakan pelayar menghasilkan binaan kapal berskala kecil ini bagi meluangkan masa lapang berlayar berbulan-bulan lamanya di atas kapal. Kapal-kapal ini diperbuat daripada bahan-bahan terbuang yang ditemui di atas kapal.
Sehinggalah pada tahun 1850 apabila kapal-kapal kecil ini mula diletakkan di dalam botol bagi memastikan binaan dan bentuknya akan kekal dan tidak mengalami kerosakan. Malah, dikatakan terdapat banyak koleksi-koleksi awal ini dapat dilihat di Merseyside Maritime Museum yang terletak di Liverpool.
Binaan kapal itu sendiri adalah rahsianya

Sebenarnya, struktur binaan kapal itu sendiri adalah rahsianya. Bahagian-bahagian kapal yang dibina ini akan bersambungan dengan benang atau tali halus. Sebaik sahaja keseluruhan badan kapal sudah dimasukkan ke dalam botol, benang-benang ini akan ditarik bagi "menaikkan" bahagian-bahagian kapal yang bersambung dengan benang ini.
Sebaik benang-benang ini ditarik melalui mulut botol, bahagian-bahagian kapal ini akan berdiri tegak di kedudukan sebenarnya. Mekanismanya nampak begitu mudah, namun proses pembinaannya tidaklah semudah yang disangka.
Banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Pembinaan kapal yang berskala kecil ini semestinya memerlukan fokus mata yang cukup tinggi. Semuanya harus dilakukan dengan penuh teliti dan teratur.
Selain itu, penggunaan tali halus atau bebang untuk disambungkan dengan bahagian-bahagian kapal ini juga memerlukan ketelitian dan ketepatan daripada si pembuatnya. Setiap tali ini haruslah mempunyai kepanjangan tertentu dimana sebaik sahaja keseluruhan tali ini ditarik, kedudukan bahagian kapal ini berada di kedudukan sebenarnya.
Bagi memahami secara visual apa yang kami tulis di atas, sila tonton video ringkas daripada Youtube di bawah.


Makin besar dan kompleks binaan kapal, makin sukar dihasilkan

Benar, makin besar dan kompleks sesuatu kapal tersebut, makin sukar ianya dihasilkan. Malah, biasanya peralatan khusus seperti kayu khas akan digunakan untuk mengalih atau menggerakkan bahagian-bahagian kapal tertentu ke kedudukan sebenarnya.
Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk membina "Ship in A Bottle" ini adalah mencari botol yang mempunyai saiz yang bersesuaian. Bagi kapal yang bersaiz besar, bahagian tengah botol mestilah mempunyai ruang yang luas untuk menempatkan kapal ini.
Selain saiz tengah botol, saiz mulut botol juga mestilah muat untuk dimasukkan badan kapal yang telah dilipat ini. Setelah saiz botol dan mulut botol diukur, barulah proses pembinaan kapal boleh dimulakan. Kebiasaannya si pembuat kapal akan membuat pengiraan dan melukis terlebih dahulu saiz kapal dan bahagia-bahagian kapal yang akan dihasilkan.
Bagi yang berminat melihat keseluruhan proses menghasilkannya, sila tonton video di bawah:


Secara umumnya, menghasilkan "Ship in A Bottle" bukanlah kerja mudah. Malah, ianya begitu rumit dan mengambil masa yang lama. Maka, tidak hairanlah harganya juga begitu mahal.
Harganya menjadi lebih mahal apabila ianya adalah replika kapal sebenar yang dibina mengikut rekabentuk kapal asal. Apapun, diharapkan artikel ini akan menjawab persoalan bagaimanya kapal tersebut dimasukkan ke dalam botol yang pastinya menjadi misteri bagi kebanyakan kita.
Kredit:
InstructablesWikiPediaMarine InsightNew York Times

Sumber : Iluminasi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://johanharith.blogspot.com/2018/11/pernah-terfikir-bagaimana-hiasan-kapal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Rahsia Cara Dan Teknik Aku Kurus Tahun 2020

5 Rahsia Cara Dan Teknik Aku Kurus Tahun 2020

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 594 hits
Rahsia Cara dan Teknik Aku Kurus Tahun 2020 The fastest way to loose weight My tips and recipe Assalam dan hello hello pembaca blogger ku Saya Amer salam kenal Tak lama lagi tahun 2020 akan tiba Azam tahun baru 2020 semestinya nak lose weig...
Jom Cuba Teknik Paling Rare Ni Untuk Tidurkan Bayi Guna 3 Bahan Je

Jom Cuba Teknik Paling Rare Ni Untuk Tidurkan Bayi Guna 3 Bahan Je

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 469 hits
Sudah menjadi lumrah ibu bapa untuk menghadapi dugaan bayi tidak tidur lena dan selalu terjaga Bukan sahaja pada waktu malam tetapi isu bayi tidak tidur lena ini boleh berlaku pada bila bila masa setiap hari Ramai ibu bapa yang mengalami du...
Jom Lihat Spesis Kucing Yang Pasti Korang Belum Pernah Lihat

Jom Lihat Spesis Kucing Yang Pasti Korang Belum Pernah Lihat

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 348 hits
You re probably familiar with house cats But there are a whole lot more cats roaming around in the wild that you probably don t know about
Jom Masak 2 Menu Udang Ala Thai Ni Rasa Tak Mengecewakan

Jom Masak 2 Menu Udang Ala Thai Ni Rasa Tak Mengecewakan

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 625 hits
Udang antara seafood yang mudah dimasak dan digemari ramai dan masak apapun udang sangat sedap dan mudah disediakan Untuk kongsi bersama RASA bawakan dua menu udang Thai yang telah diubahuai dengan selera kita masyarakat Malaysia Dua menu t...
Jom Kita Ketahui Khasiat Barli

Jom Kita Ketahui Khasiat Barli

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 251 hits
Khasiat barli salah satunya ia air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan terutama pada cuaca yang panas terik BARLI atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur T...
Jom Lihat Tapak Ujian Nuklear Yang Membentuk Kawah Besar

Jom Lihat Tapak Ujian Nuklear Yang Membentuk Kawah Besar

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 538 hits
Kawah Sedan nuklear terletak di Tapak Ujian Nevada kira kira 90 batu ke utara Las Vegas Ia adalah hasil daripada ujian Sedan nuklear ujian nuklear bawah tanah dijalankan pada 6 Julai 1962 sebagai sebahagian daripada Program Plowshare yang d...
Jom Cantik Dan Sihat Dengan Haru Hibis 100 Hibiscus Tea

Jom Cantik Dan Sihat Dengan Haru Hibis 100 Hibiscus Tea

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 390 hits
Jom Cantik Dan Sihat Dengan Haru Hibis 100 Hibiscus Tea Haru Hibis Barang apa tu Ok Meh saya kongsikan benda baik ni sebab saya pon baru cuba dalam 2 minggu ni Haru Hibis ni merupakan Hibiscus tea atau dalam Bahasa melayu nya ialah tea Bung...
Puasa Berselang Jadi Amalan Jaga Kesihatan Popular Di Seluruh Dunia Sekarang Jom Amalkan

Puasa Berselang Jadi Amalan Jaga Kesihatan Popular Di Seluruh Dunia Sekarang Jom Amalkan

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 388 hits
Puasa berselang Pernah dengar amalan macam tu Bagi orang Islam amalan ini dah jadi perkara biasa Ianya satu sunah yang digalakkan Samada anda seorang muslim mengamalkannya atau tidak adalah satu isu lain Yang pastinya ramai yang tak amalkan...
Prk Tg Piai Penamaan Calon Jom

Prk Tg Piai Penamaan Calon Jom

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 260 hits
PONTIAN Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dengan proses penamaan calon pada pukul 9 pagi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK kesembilan sejak Pilihan Raya Umum ke 14 ...
Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Lewat Hari Ni

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Eur Usd 13 Mac Pergerakan Menaik Letih Bermain Mengikut Rentak Trump

Puteri Balqis Biodata Fakta Menarik

Warga Emas Ditemukan M Ut Dipercayai Dib Nuh

Berbuka 12 Puasa Kyochon Chicken Sahur 13 Puasa American Breakfast Roti John

Vroom Touring Italy S Supercar Factories

Saya Tak Malu Perlu Rakam Adegan 19 Dalam Friendly Rivalry Oh Woori Luah Perasaan