Prk Tg Piai Penamaan Calon Jom




PONTIAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dengan proses penamaan calon pada pukul 9 pagi.

Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK kesembilan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.

Pada PRK kali ini, Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, sebagai calonnya untuk mempertahankan kerusi tersebut manakala Barisan Nasional (BN) pula akan mempertaruhkan bekas penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, 55, sebagai 'ayam tambatan' mereka.

Selain dua parti ini, turut dijangka mengetengahkan calonnya adalah Gerakan, bekas parti komponen BN, yang telah mengumumkan untuk keluar parti sejurus kekalahan BN pada PRU14.
Calon pilihan Gerakan ialah seorang peguam dan akauntan bertauliah yang juga Timbalan Setiausaha Agung Nasional dan Naib Ketua Wanita Nasional parti itu, Wendy Subramaniam, 38.

Di samping tiga parti itu, PRK kali ini juga nampaknya menarik kerana Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) juga sudah mengesahkan semalam untuk meletakkan calon iaitu Presidennya sendiri, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

Turut dijangka bertanding adalah seorang calon Bebas yang mewakili Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM) Datuk Shamsubahrin Ismail.

Tempoh pencalonan adalah selama sejam, diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya, Zulkifly Mohd Tahir kira-kira 11 pagi.

Sehingga semalam, sebanyak 27 set borang pencalonan telah dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada parti-parti utama dan individu.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, daripada Bersatu yang mewakili PH pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Pada PRU14 Mei tahun lepas, Allahyarham Dr Md Farid memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 21,254 undi menewaskan Wee (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi.
-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/prk-tg-piai-penamaan-calon-jom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertandingan 6 Penjuru Proses Penamaan Calon Prk P 165 Tanjung Piai Lancar

Pertandingan 6 Penjuru Proses Penamaan Calon Prk P 165 Tanjung Piai Lancar

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 432 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Prk Tanjung Piai Enam Individu Telah Dapatkan Borang Penamaan Calon

Prk Tanjung Piai Enam Individu Telah Dapatkan Borang Penamaan Calon

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 375 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Prk Tanjung Piai Inikah Calon Ph Bn

Prk Tanjung Piai Inikah Calon Ph Bn

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 562 hits
Kapten Md Fauzi Md Tamaji dan Dr Ridhuan Tee Abdullah disebut sebut calon PH dan BN di PRK Parlimen Tanjung Piai KUALA LUMPUR Siapa calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Tanjung Piai Tarikh 16 November ini para pengundi di parlimen ...
Awee Ajak Huseng Calon Bn Prk Tg Piai

Awee Ajak Huseng Calon Bn Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 884 hits
BN meletakkan calonnya Awee Ajak Huseng pada PRK Tg Piai Ini mungkin bertepatan dengan konsep VMF Vote Muslim First kerana berdasarkan situasi semasa PAS dan Umno selalu berkempen tentang mengutamakan muslim dalam apa juga keadaan Pemilihan...
Betul Ke Calon Prk Tg Piai Ph Left Group Lepas Kena Tegur

Betul Ke Calon Prk Tg Piai Ph Left Group Lepas Kena Tegur

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 505 hits
Ini sumbernya Halim Osman tweeted at 11 41 AM on Sat Nov 09 2019 Terus Left Group calon PH Tanjung Piai Haji Karmaine Tak boleh kena tegur sikit Get the official Twitter app at
Prk Tg Piai Tidak Sukar Untuk Memahami Fatwa Pas Di Dalam Memilih Calon

Prk Tg Piai Tidak Sukar Untuk Memahami Fatwa Pas Di Dalam Memilih Calon

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 447 hits
Dewan ulamak Pas keluarkan fatwa baru di Tg Piai iaitu wajib sokong calon BN MCA berbangsa Cina yg bukan Islam berbanding calon PH Bersatu walaupun berbangsa Melayu Islam bekas pendidik dan bekas Imam dalilnya PILIH YANG KURANG MUDHARAT Kit...
Biodata Wee Jeck Seng Calon Prk Tanjung Piai

Biodata Wee Jeck Seng Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 723 hits
Biodata Wee Jeck Seng calon PRK Tanjung Piai Selepas semua faktor diambil kira melalui perbincangan dan permesyuaratan akhir kepimpinan BN sebulat suara memilih Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon Ahli Parlimen Tanjung Piai Ini merupa...
Selepas Ph Umum Bn Pilih Rabu Untuk Dedah Calon Prk Tg Piai

Selepas Ph Umum Bn Pilih Rabu Untuk Dedah Calon Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 295 hits
Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR Barisan Nasional membuat kejutan dengan tidak mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai sebaliknya hanya melancarkan jentera parti itu Bermula semalam BN dikhabarkan akan mengumumkan calo...
Gerakan Umum Calon Prk Tanjung Piai Esok

Gerakan Umum Calon Prk Tanjung Piai Esok

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 427 hits
PRK TANJUNG PIAI Parti Gerakan Rakyat Malaysia akan mengumumkan calon yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai di Kuala Lumpur esok Mengesahkan perkara itu Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata calon it...
Madani Kiosk With 100 Govt Services To Set Up In One Utama

Jam Galaksi Buruj X Didi Friends Jam Tangan Digital Menarik Untuk Kanak Kanak

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga

Waktu Operasi Utc Pasir Gudang

Which Nano Reef Tank Is Best For A Bedroom Practical Fishkeeping

Is The Law And Order System Waning

Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook

Shipowners File Police Report After Vehicles Stolen From Storage Facility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Iftar Kayangan At Geo Resort Hotel Genting Highlands A Heavenly Feast In The Chilly Highlands Ramadan Buffet 2025

Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Ziell Ferdian Namun Semu Chord

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi