Pernah Masa Knduri Tuan Rumah Mnangis Bila Tok Guru Salam Beritahu Minta Maaf Banyok Ambo Takdok Duit
Pada 12 Februari lalu, genap lima tahun pemergian Almarhum Tuan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menghmbuskan nfas terakhir ketika usianya 84 tahun.
Pmergian Allahyrham tokoh ulama dan ilmuan agama ini ditangisi jutaan rakyat, tanpa mengenal batas usia dan bangsa serta fahaman politik.
Sesungguhnya Tuan Guru Nik Aziz sukar dicari ganti, ibarat hilang sudah sebutir permata berharga.
Kepimpinan zuhud dan keperibadian mulia mantan Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal dirindu seluruh rakyat.
Pada masa yang sama, kisah perbualan Allahyrham Tuan Guru Nik Aziz semasa hayatnya yang didedahkan rakan yang mengenali amat menyentuh hati ramai.
Kisah Perbualan Pertama
Semasa Lutfi Othman menjadi Pengarang Majalah Detik, dia lihat Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja. Lalu, Lutfi berseloroh, “Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.
Sambil tersenyum Tok Guru membalas, “Ambo guno pen pejabat, Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih”.
Dakwat pen pun menjadi perhitungan untung rugi. Itulah Tok Guru Nik Aziz.
Kisah Perbualan Kedua
Husam Musa bekas setiausaha politik Tok Guru pernah bercerita, setiap kali tidur di hotel bersama Tok Guru, Tok Guru tidur atas lantai dengan alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.
Husam berkata, “Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu..”, Tok Guru membalas, “Tido atas katil.. Tempat sedap.. Takut jenegho (terlelap) tok bangun tahajud.. Tido atas lantai… Tempat tok seleso.. Mudoh sedar nak buat tahajud”.
Begitu sekali beliau merancang ibadatnya…
Kisah Perbualan Ketiga
” Cuba beritahu saya mana satu yang Nik Aziz punya. Harta saya malah tubuh saya hak Allah. Saya pinjam jah, jadi kita ni jangan sombong sangat dengan barang pinjam.
” Kita atas muka bumi jangan bermewah sangat, Nok senang sentiasa, belajar hidup susah. Takut kita dalam kub0r terkejut bila mari susah (bergurau). Jadi berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (Tuan Guru Nik Aziz, Majalah Tamadun)
Kisah terakhir, perkongsian AJK PAS Pusat
Seorang pemimpin Pas hari ini mengimbas balik kenangan mengenai watak dan personaliti bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyrham Datuk Nik Aziz Nik Mat Nak sebagai pemimpin yang bersih.
Kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Azman Ibrahim dalam satu perkongsian, kalau hendak menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan disayangi, tidak semestinya mempunyai banyak wang.
” Semoga Allah merahmati Almarhum Tok Guru yang telah mendidik kita dengan erti dan makna sebenar kehidupan ini,” katanya.
Berkongsi lanjut kisah Nik Aziz, beliau berkata bagaimana Almarhum pernah pergi ke tempat kenduri dan berlaku kjadian yang tidak disangka-sangka.
Ujarnya, apabila hendak balik almarhum pergi bersalam dengan tuan rumah sambil bercakap dengan lemah lembut, “Mintak maaf banyok, ambo tak dok pitih (duit) nak bagi…Allah..mengalir air mata tuan rumah.”
Dia jemput Tok Guru datang kenduri bukan kerana nak mintak duit Tok Guru. Kehadiran Tok Guru sudah suatu rahmat besar bagi tuan rumah.
Pada suatu hari pula, katanya, seorang rakyat berkunjung ke rumah Nik Aziz minta bantuan hendak bayar yuran sekolah anak.
” Bila tetamu beritahu dia datang dari Pasir Puteh, Tok Guru berkata, “Kesiannyoo, ambo tak dok pitih (duit) nak wi.”
Namun meskipun ada dalam poket cuma 20 ringgit, Tok Guru bagi ganti balik tambang hamba Allah ini kerana datang dari jauh.
Kata Tok Guru, “Kalu dia tak tambang teksi datang ke sini, sepatutnya dalam poket dia masih ada lagi 20 riyal,” katanya dalam perkongsian dalam Harakahdaily.
Biasanya, kata beliau, Nik Aziz minta pembantu beliau tolong ambil duit dari mesin ATM.
” Pembantu Tok Guru pergi cucuk kad ATM, tengok tak ada duit. Orang yang pernah terima cek dari Tok Guru, mereka tak pelik kalau Tok Guru pesan. “Cek ni gi tukar akhir bulan. Jangan gi loni, tak dok pitih…”
Al-fatihah buat Allahyrham Tuan Guru Nik Aziz.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : mynewshub dan sarawakvoice
The post Pernah Masa Knduri, Tuan Rumah Mnangis Bila Tok Guru Salam Beritahu ‘Minta Maaf Banyok, Ambo Takdok Duit’ appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/pernah-masa-knduri-tuan-rumah-mnangis-bila-tok-guru-salam-beritahu-minta-maaf-banyok-ambo-takdok-duit/