Saya Tak Pernah Ambil Duit Abam Ali Puteh Beri Penjelasan Penuh


(Video) 'Saya tak pernah ambil duit Abam' - Ali Puteh beri penjelasan penuh


Isu yang timbul di antara Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali selepas video temubual balu kepada Allahyarham Abam Bocey yang disiarkan oleh Aliff Syukri menimbulkan banyak reaksi netizen

Disebabkan itu, ramai pihak yang mempertikaikan tindakan keluarga Abam Bocey yang dituduh cuba mengambil harta arwah tanpa memberi sedikit pun kepada Nurhidayah. 
Dalam temubual bersama Official Ria X malam tadi, Ali menggesa semua pihak tidak hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja. Dalam masa yang sama Ali memberi penjelasan penuh mengenai semua perkara yang berbangkit. 
Dalam video itu, Ali terdahulu meminta maaf jika dia atas terkasar bahasa dan menyakiti hati mana-mana pihak dan turut memaafkan netizen yang menghina dia secara terbuka di media sosial. 
TELEFON BIMBIT ABAM
"Sejak hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hutang

"Untuk isu telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum saya menjadi seperti sekarang. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ

"Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau arwah ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan. Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing, arwah dah belikan telefon bimbit," katanya

DOMPET ABAM DIAMBIL DARI NURHIDAYAH
"Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskan khairat kematian

"Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan arwah tak ada tinggalkan apa-apa

"Mustahil kerana saya bersama arwah selama 31 tahun dan saya tahu abang saya memang sentiasa akan ada duit bersamanya. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa

"Dia juga pegang kad bank arwah. Saya tanya kenapa dia buat begitu sedangkan kita dah berbincang untuk saya uruskan semuanya. Kalau dia takut saya ambil duit dari akaun arwah, tak ada gunanya sebab kalau seseorang sudah meninggal, akaunnya akan disekat. Saya cuma nak kumpul semuanya untuk tujuan faraid," katanya

KERETA ARWAH DIAMBIL DAN TAK DIBENARKAN BAWA KERETA ABAM
"Arwah ada dua kereta iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Myvi. Vellfire itu saya dan arwah yang susun dan beli. Bila dia meninggal dunia, itu adalah hutang. Saya dah terangkan kepada isterinya mengenai amaun bayaran bulanan dan sekiranya dia mampu, dia boleh menyambung bayar

"Saya pun dah ada banyak kereta. Buat apa saya nak ambil kereta itu? Satu lagi kereta adalah Myvi yang disambung bayar oleh arwah daripada pakcik kami. Sebelum arwah meninggal, dia ada meminta pakcik saya untuk kirakan berapa jumlah baki hutang

"Dia juga meminta supaya bila dah selesai bayar, dia nak tukarkan nama pemilikan Myvi itu kepada isterinya. Benda itu pun saya dah terangkan kepada isterinya. Tapi, sementara itu saya yang bertanggungjawab menyusun semuanya supaya lebih mudah urusan selepas ini," katanya

TERPAKSA BAWA ANAK DEMAM KE KLINIK NAIK GRAB
"Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah arwah bersama ibu saya. Saya pun berada di situ untuk menjaga ibu saya. Mustahil ada isu untuk membawa anak ke klinik kerana ibu saya yang memintanya membawa anak ke klinik kerana demam

"Jadi, pemandu arwah membawa ibu saya dan anak arwah ke klinik dengan menaiki Myvi. Dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab? Mustahil saya tak izinkan dia bawa kereta," katanya

DIHALAU KELUAR DARI RUMAH SEHELAI SEPINGGANG
"Dia sendiri yang nak keluar dari rumah. Kalau mengikut hukum, tempoh edah adalah selama empat bulan 10 hari. Tapi, pada hari keenam, dia ambil keputusan untuk keluar bersama keluarganya

"Saya beritahu dia bahawa esok adalah hari ketujuh arwah meninggal dunia dan nak diadakan majlis tahli. Saya tak tahu, mana isi hati dan keperibadian dia sebagai balu. Dia tetap nak balik pada petang Sabtu itu juga

"Untuk isu sehelai sepinggang pula, itu mustahil kerana biliknya tak ada barang termasuklah wang-wang tabungan serta koleksi jam tangan mahal milik arwah. Semuanya dibawa bersama," katanya

Mengulas mengenai gelaran 'binatang' yang ditujukan kepada kakak iparnya, Ali berkata kemarahannya timbul selepas dia mendapati dia dan keluarganya dihina selepas ahli perniagaan berkenaan menyiarkan video live itu dan kakak iparnya menceritakan perkara yang tidak sepatutnya sehingga menimbulkan fitnah yang membawa kepada tanggapan seperti dia dan keluargam ahu membolot harta arwah abangnya. 
Tegas Ali, sebagai Islam, dia tahu hukum agama mengenai hak waris dan keluarga si mati. Pada hari kedua selepas pemergian Abam, Ali ada memberitahu Nurhidayah yang dia akan membantu menyusun proses faraid agar lebih mudah dan Nurhidayah pun bersetuju. 
ALIFF MAHU JADI 'HERO'

Ali juga meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan Aliff yang mahu menjadi 'hero' sehingga menyebabkan masalah itu menjadi besar dan keluarganya dicemuh di media sosial. 
"Semasa kami hidup susah, kau tak ada muncul pun. Sewaktu arwah meninggal, kau tak pernah datang melawat. Bila perkara begini berlaku, macam kau jadi hero

"Keluarga saya diajar untuk tidak mengambil hak orang lain. Walaupun kami bersama-sama bekerja di dalam industri, saya tak pernah ambil duit dia

"Saya bersumpah dengan nama Allah, kalau saya bohong, cabutlah nyawa saya. Saya lagi rela mati daripada ibu saya dihina sebegini

"Harapan saya kepada semua, maafkan kami sekiranya terkasar bahasa. Saya juga maafkan semua. Janganlah dihina dan dikeji keluarga kami

"Saya naik bukan kerana diri saya, tapi kerana Allah dan anda yang mengangkat kami adik beradik. Kalau dah tak perlukan saya, saya rela undur diri dari industri untuk jaga mak saya

"Biar kita susah, jangan kita dihina," katanya


Sumber: Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2020/02/video-saya-tak-pernah-ambil-duit-abam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Penjelasan Ali Puteh Benarkah Balu Abam Dinafikan Hak

Video Penjelasan Ali Puteh Benarkah Balu Abam Dinafikan Hak

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 520 hits
Nak dengar details play jer video ni Arwah abam meninggal tak sampai sebulan Dari penjelasan ali menyatakan Isu kereta Kereta velfire abam masih ada hutang dalam rm2500 then ali mengatakan kalau mampu bayar bulanan boleh ambil Kalau tak mam...
Selepas Teruk Dikecam Netizen Ali Puteh Tampil Beri Penjelasan Situasi Sebenar Harta Arwah Abam

Selepas Teruk Dikecam Netizen Ali Puteh Tampil Beri Penjelasan Situasi Sebenar Harta Arwah Abam

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 984 hits
Sumber gambar dari GoogleBaru baru ini sedang hangat diperkatakan tentang keadaan balu arwah Abam Noor Hidayah Mohd Ali yang dikatakan segala kemudahan tidak diberikan kepadanya sebagai balu kepada arwah seperti yang didedahkan oleh Dato Al...
Video Penuh Temubual Ali Puteh Ibu Arwah Abam Bocey Di Majlis Tahlil Abam Masjid Wilayah 27 Feb

Video Penuh Temubual Ali Puteh Ibu Arwah Abam Bocey Di Majlis Tahlil Abam Masjid Wilayah 27 Feb

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 558 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Video Sekiranya Mampu Bayar 2500 Sebulan Ambillah Kereta Ini Penerangan Panjang Lebar Ali Puteh Isu Dakwaan Isteri Abam

Video Sekiranya Mampu Bayar 2500 Sebulan Ambillah Kereta Ini Penerangan Panjang Lebar Ali Puteh Isu Dakwaan Isteri Abam

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 447 hits
Dari semalam lagi satu isu yang melibatkan antara Ali Puteh dan juga isteri Allahyarham Abam masih belum selesai Semuanya berpunca dari satu temubual Aliff Syukri dan produksi videonya bersama keluarga isteri Allahyarham Abam Bocey Disebabk...
Mak Macam Mana Ni Ali Puteh Kongsi Abam Sempat Mengadu Sakit Pada Emak

Mak Macam Mana Ni Ali Puteh Kongsi Abam Sempat Mengadu Sakit Pada Emak

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 707 hits
Pemergian pelawak terkenal Malaysia Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan pada hari ini merupakan satu tamparan hebat pada industri hiburan tanah air apabila kehilangan seorang permata komedi yang berbakat Pemergian Abam pastinya ...
Isu Ali Puteh Balu Abam Dan Aliff Syukri Biarkan Saja

Isu Ali Puteh Balu Abam Dan Aliff Syukri Biarkan Saja

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 801 hits
Isu Ali Puteh Balu Abam Dan Aliff Syukri Biarkan Saja mereka selesaikan dengan cara yang betul Kenapa kita pula beria ia nak sibuk Kita sebagai netizen yang membaca dan menonton sudah pasti ada komen komen sendiri yang ingin dilontarkan ber...
Bangun Bang Boleh Bangun Lagi Ni Ali Puteh Berharap Abam Masih Boleh Bangun Lagi

Bangun Bang Boleh Bangun Lagi Ni Ali Puteh Berharap Abam Masih Boleh Bangun Lagi

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 630 hits
Ali puteh diuji sekali lagi dengan pemergian abang tersayang iaitu Abam Bocey dan sebelum ini Ali juga telah kehilangan anak perempuannya tiga bulan lalu Terlalu perit seseorang itu untuk melalui dugaan macam ini tambah tambah lagi orang ya...
Ali Puteh Dedah Kebaikan Yang Dilakukan Oleh Abam Bocey Semasa Hidup

Ali Puteh Dedah Kebaikan Yang Dilakukan Oleh Abam Bocey Semasa Hidup

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 451 hits
Sumber gambar Berita MediacorpPemergian arwah Abam memberi kesan mendalam kepada keluarga dan kenalan rapat arwah Manakan tidak terlalu banyak perkara baik yang arwah lakukan semasa hidup Kita sendiri dapat dapat lihat bagaimana Allah menga...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game