Permohonan Tahun 1 Sesi 2020 2021 Kini Telah Dibuka Dan Ini Cara Yang Betul Untuk Mendaftar Anak Anda
Buat ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2013, 2014 dan 1 Januari 2015 (berumur 4 tahun pada 1 Januari 2019), ambil perhatian kerana anda sudah boleh mendaftarkan anak-anak anda bagi kemasukan Tahun Satu yang dibuat secara atas talian.
Permohonan ini boleh dilakukan menerusi laman sesawang https://public.moe.gov.my/ atau mengemukakan sendiri permohonan secara manual dengan menghantar borang yang boleh diambil di sekolah.
Berikut merupakan cara pendaftaran kemasukan murid Tahun 1 yang boleh dibuat secara atas talian. Begitu mudah!
#1 Layari laman sesawang
Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk pendaftaran kemasukan anak-anak ke Tahun 1 adalah dengan melayari https://public.moe.gov.my/
#2 Isi butiran yang diperlukan dengan lengkap
Masukkan nombor kad pengenalan dan juga kata laluan. Klik butang ‘Pendaftaran Tahun Satu’ dan isi maklumat dengan betul dan lengkap.
#3 Cetak borang
Borang yang telah siap diisi dengan maklumat perlulah dicetak dan dikepilkan bersama dokumen sokongan sebelum dihantar ke sekolah yang dipohon.
Berikut merupakan dokumen wajib yang diperlukan untuk permohonan tersebut:
Sijil lahir anak (Salinan dan Sijil Asal)
Kad pengenalan ibu bapa (Salinan dan Asal)
Bil (pastikan bil mempunyai alamat tempat tinggal semasa)
Sampul surat dan setem
Sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan
Slip gaji ibu atau bapa
Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
Pendaftaran ini mula dibuka pada 1 Mac yang lalu dan tarikh akhir permohonan adalah pada 30 April 2019. Pastikan anda turut menyediakan buku kesihatan bagi melengkapkan maklumat berkaitan imunisasi anak-anak
Sebarang permohonan dengan butiran yang tidak lengkap atau mengandungi maklumat palsu membolehkan permohonan anda tidak diterima dan ditolak
Sumber: SirapLimau, Kementerian Pendidikan Malaysia via erabaru.com.my © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogmazeer.com/2019/03/permohonan-tahun-1-sesi-20202021-kini.html