Apakah Tabika / Taska KEMAS?
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska
Syarat Kemasukan / Pendaftaran
Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2025/2026 akan dibuka mulai 25 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025
Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.
Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup permohonan.
Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-
Waktu Operasi Tabika KEMAS
Tarikh Permohonan
Permohonan kemasukan ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS akan dibuka bermula 25 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025.
Layari laman web https://www.kemas.gov.my/
Sila perhatikan bintang tersebut. Klik Awam – Klik Pendidikan Awal Kanak-Kanak- Klik antara TABIKA/TASKA
Ibu bapa/penjaga perlu membaca syarat-syarat kemasukan sebelum muat turun borang permohonan.
Setelah memahami syarat-syarat kemasukan, ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang seperti yang di dalam imej di atas.
Cara yang sama bagi permohonan ke TASKA KEMAS. Ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang selepas memahami syarat-syarat kemasukan ke TASKA.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut: |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |