Permohonan Ptptn Panduan Syarat Wang Pendahuluan Pinjaman Rm1 500


Sebelum membuat pinjaman PTPTN, elok sekali kalau kita tahu lebih dahulu apakah syarat permohonan PTPTN. 
Kalau ada syarat yang belum dipenuhi, mungkin masih ada peluang untuk kita mencari jalan mematuhinya jika berniat memohon PTPTN.
Hebahan berkenaan pembukaan permohonan PTPTN bagi sesi Oktober 2022 – Februari 2023
Disertakan juga Panduan Lengkap Permohonan Pinjaman PTPTN . Pelajar yang berminat boleh merujuk seperti di bawah ini.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN Sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan pinjaman secara online:
1. Sila layari Portal Rasmi PTPTN
https://www.ptptn.gov.my/
2. PINJAMAN PENDIDIKAN
Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman kali pertama, kedua & seterusnya, sila klik butang e-Perkhidmatan di bahagian Pinjaman Pendidikan.
3. PERMOHONAN PINJAMAN KALI PERTAMA
Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman kali pertama, sila klik selanjutnya di bahagian Permohonan Pinjaman Kali Pertama.
Perhatian – Kepada pelajar yang pernah membuat Permohonan Pinjaman PTPTN atau yang pernah membeli no pin ptptnsebelum ini, tetapi tidak melengkapkan permohonan sehingga selesai dan mengakibatkan perjanjian terbatal. Anda boleh buat permohonan semula pada semester yang akan datang. Sila buat semakan jadual permohonan DI SINI
Anda perlu klik terus permohonan kali kedua/ seterusnya kerana anda telah mempunyai rekod akaun sebelum ini. Untuk permohonan kali ke dua terus rujuk Langkah 6 No. 13.
Pelajar yang baru mohon untuk kali pertama, sila ikut turutan.
4. PENTING! SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN
Sebelum membuat permohonan pinjaman, pastikan anda telah menyediakan 4 perkara ini:
Telah menerima surat tawaran daripada IPT.Mempunyai salah satu nombor akaun SSPN.
*Sila rujuk panduan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus.Mempunyai akaun bank mengikut panel IPT anda.
*Sila hubungi IPT anda untuk pengesahan panel bank.Telah membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman 5. Dah cukup 4 perkara di atas, Sila klik Pendaftaran Permohonan Pinjaman
6. PELAJAR YANG MEMBELI NO PIN DI BSN
Pelajar yang membeli No Pin di kaunter BSN, Sila Klik DI SINI. Sila rujuk gambar rajah di atas. Langkah 5. No.6
Bagi pelajar yang membeli no pin di Kaunter BSN. Selesai mengisi maklumat, terus pergi ke langkah 6 No. 13 untuk log masuk ke akaun PTPTN, bagi meneruskan proses permohonan pinjaman.
______________________
Bagi Pelajar Yang Belum Beli No. Pin PTPTN, Sila ikuti langkah di bawah.
Borang dalam gambar rajah merupakan pembelian No. Pin secara atas talian bagi pelajar yang masih belum mempunyai No. Pin PTPTN.
PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN
Bagi pelajar yang tidak mempunyai No. Pin PTPTN sila lengkapkan maklumat disini. Ini adalah ruangan untuk anda membeli No Pin secara atas talian. RM5.00 akan dikenakan caj kepada anda untuk pembelian No. Pin PTPTN.
Perhatian – Pelajar yang membeli No Pin secara online, anda tidak akan diberikan No. Pin seperti pelajar yang membeli di kaunter (BSN). Anda boleh terus Log masuk selepas pembayaran berjaya dibuat. Pastikan anda ingat kata laluan yang anda daftar sewaktu membeli No. Pin PTPTN itu tadi. Kata laluan yang anda masukkan sewaktu membeli No. Pin akan digunapakai untuk Log masuk akaun PTPTN.
7. No. MyKad
Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dengan betul dan TEPAT.
8. Kata Laluan
Masukkan kata laluan anda yang mudah diingati. Kata laluan ini akan digunakan untuk log masuk akaun PTPTN sewaktu ingin membuat permohonan pinjaman. Rujuk langkah 7 No. 15
9. Pengesahan Kata Laluan
Masukkan kata laluan yang sama.
10. E-mel
Masukkan E-mel yang terkini dengan betul dan TEPAT.
11. Baca & Fahami
Terma & Syarat pembelian No. Pin PTPTN.
12. Daftar
Pastikan maklumat anda betul dan TEPAT sebelum menekan butang Daftar.
Teruskan sehingga pembayaran RM5.00 berjaya ditolak dalam akaun perbankan anda.
Sekiranya menerima notifikasi seperti di atas. Skip bahagian ini dan terus ke langkah 6 No. 13
13. STEP SETELAH MEMPUNYAI NO PIN PTPTN
Masuk semula di bahagian Pinjaman dan pilih Permohonan Pinjaman Kali Kedua dan seterusnya.
Perhatian – Walaupun anda pertama kali untuk mohon pinjaman PTPTN, anda perlu klik di bahagian ini juga untuk Log masuk ke akaun PTPTN bagi proses permohonan pinjaman kali pertama, kedua & seterusnya.
Manual Permohonan:
PERMOHONAN-PINJAMAN-PTPTNDownload https://sspnportal.com/langkah-permohonan-pinjaman/ https://sspnportal.com/langkah-permohonan-pinjaman/ Di Dalam website ini lengkap panduan dari mula sehingga pelajar berjaya membuat permohonan.
Bagi pelajar yang berminat boleh terus membuat permohonan di laman web PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/e-perkhidmatan-pinjaman
Dan disertakan link Group Discussion PTPTN (Telegram) untuk bantuan 24 jam kepada pelajar.
https://t.me/ptptndihatiku
Selain itu, mari kita fahamkan apa beza pinjaman PTPTN dengan Wang Pendahuluan Pinjaman bernilai RM1,500 yang selalu disebut-sebut.
Syarat Permohonan PTPTN Secara amnya, kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS tempatan dan meliputi skop yang dihuraikan di bawah.
Syarat-syarat permohonan pinjaman pula sangat luas dan mencakupi ramai bakal peminjam. 
Terbuka kepada Pelajar IPTA dan IPTS tempatan
Berdasarkan tujuan asal, wujudnya dana PTPTN adalah untuk memberi kemudahan kepada semua pelajar membiayai pengajian mereka sama ada sepenuhnya atau sebahagian.
Maka PTPTN membuka peluang yang luas kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan untuk memohon pinjaman PTPTN.
IPTA dan IPTS yang dimaksudkan termasuk yang ditubuhkan di bawah undang-undang berikut:
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;Akta Institut Teknologi MARA 1976;Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996;Politeknik di bawah kendalian Menteri melalui Akta Pendidikan 1996; danLain-lain IPT yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan ditentukan sebagai IPT menurut budi bicara Menteri. Perkara ini termaktub melalui Seksyen 2 Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).
Skop Pinjaman Pendidikan PTPTN
Peringkat pengajian utama yang dibenarkan memohon pinjaman pendidikan ialah Diploma (sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh, dan lanjutan), Ijazah (pertama sepenuh masa dan separuh masa), Sarjana (sepenuh masa, separuh masa atau jarak jauh) dan Doktor Falsafah (sepenuh masa, separuh masa atau jarak jauh).
Selain itu, pelajar Kursus Profesional (sepenuh masa, separuh masa atau jarak jauh) juga boleh membuat permohonan.
Ada lagi syarat yang ditetapkan di bawah skop pinjaman, iaitu kategori IPT yang dibiayai bagi setiap jenis peringkat pengajian. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web PTPTN di sini.
Syarat-syarat Permohonan PTPTN
Berikut pula merupakan syarat-syarat mereka yang layak memohon:
Peminjam mestilah seorang warganegara Malaysia;Usia peminjam tidak lebih 45 tahun ketika memohon;Tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik memenuhi syarat kelayakan masuk seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);Kursus yang ditawarkan mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN. Ini bermaksud PTPTN ada kursus tertentu sahaja yang diluluskan tajaan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Siapa yang menentukan kursus mana yang ditaja? Menjadi tanggungjawab IPT yang menawarkan kos tersebut untuk memohon supaya tajaan diberi kepada pelajar daripada dana PTPTN.Khas bagi pelajar IPTS, kursus yang ingin diambil mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA dan sijil itu masih dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;Sekiranya pelajar memegang kelayakan berbeza, pengesahan daripada jabatan atau agensi yang dinyatakan perlu diperolehi;Semasa memohon, perlu ada baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun;Bakal peminjam mestilah memiliki akaun SSPN-i/SSPN-i Plus. Nombor akaun bakal peminjam pula mesti mempunyai 15 digit kerana hanya pemegang akaun begini sahaja layak memohon. Oleh itu, jika ada niat memohon pastikan anda menyemak nombor akaun SSPN-i lebih dahulu, sama ada 15 digit atau bukan. Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500 Apa pula yang dikatakan Wang Pendahuluan Pinjaman RM1500? Apa bezanya dengan pinjaman pendidikan PTPTN itu sendiri? 
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1,500 ialah wang pendahuluan yang diberikan oleh pihak PTPTN kepada pelajar yang cukup syarat sebelum pendaftaran di IPT lagi.
Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar kurang berkemampuan membuat persiapan asas untuk menyambung pengajian mereka.
WPP berbeza daripada pinjaman pendidikan PTPTN itu sendiri. 
Malah apabila pinjaman PTPTN telah diluluskan untuk pelajar, wang pinjaman pendidikan itu akan ditolak sebanyak RM500 setiap semester untuk membayar balik Wang Pendahuluan Pinjaman ini.
Syarat-syarat Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)
Jadi, siapakah yang layak mendapat WPP? Adakah syarat kelayakannya sama dengan permohonan pinjaman PTPTN?
Jawapannya, tidak.
Pelajar atau penjaga pelajar yang layak menerimanya mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).
Mereka juga perlu merupakan warganegara Malaysia yang mendapat tawaran belajar di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam (UA) dan Politeknik.
Oleh itu, mereka yang belajar secara separuh masa atau jarak jauh tidak layak memohon. Begitu juga mereka yang sudah sampai ke peringkat pengajian Sarjana atau Doktor Falsafah.
Selain itu, bakal peminjam haruslah tidak memiliki hutang WPP lain sebelumnya. Contohnya, sudah ada hutang WPP semasa Diploma yang belum langsai, maka tidak boleh lagi menerima WPP untuk masuk ke program Sarjana Muda.
Cara Membuat Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)
Cara permohonan WPP jauh lebih mudah daripada pinjaman pendidikan. 
Apabila bakal pelajar mengisi permohonan masuk ke IPTA dalam Portal UPU atau IPT, mereka perlu mengisi ruang pengesahan, sama ada mereka bersetuju untuk menerima WPP jika mendapat tawaran ke IPT.
Data inilah yang digunakan oleh PTPTN, menjadikan permohonan WPP lebih mudah dan terjamin.
Dengan mengetahui syarat-syarat permohonan PTPTN dan Wang Pendahuluan Pinjaman RM1,500, maka bakal pelajar dapat membuat keputusan sewajarnya sebelum menyerahkan permohonan. Ini dapat membantu pelajar mendapatkan biaya pengajian yang mungkin sukar diperolehi daripada sumber yang lain.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-ptptn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-ptptn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elaun Buku Pelajar Tajaan Petronas Naik Kepada Rm1 500 Tambahan Rm500 Pelajar Di Luar Negara

Elaun Buku Pelajar Tajaan Petronas Naik Kepada Rm1 500 Tambahan Rm500 Pelajar Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 203 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata penerima tajaan Program Penajaan Pendidikan Petronas melibatkan 2 267 orang KUALA LUMPUR Kerajaan mengumumkan kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1 000 kepada RM1 500 untuk pelaja...
Permohonan Bina Rumah 2022 Kerajaan Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri L Rujuk Segera Syarat Kelayakan

Permohonan Bina Rumah 2022 Kerajaan Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri L Rujuk Segera Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 232 hits
Permohonan Bina Rumah 2022 Kerajaan Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri l Rujuk Segera Syarat Kelayakan Sambung tulis Pendahuluan Ramai rakyat Malaysia yang mengidamkan mempunyai kediaman sendiri Sebenarnya sememangnya kerajaan ada menyediaka...
Pinjaman Ptptn Naik 100 Peratus

Pinjaman Ptptn Naik 100 Peratus

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 382 hits
Kerajaan menaikkan peratusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bagi mahasiswa golongan M40 kategori M1 daripada 75 peratus kepada 100 peratus Serentak itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan ...
Permohonan Ptptn 2022 Semakan Tarikh Bayaran Online

Permohonan Ptptn 2022 Semakan Tarikh Bayaran Online

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 420 hits
PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan dana pinjaman pendidikan untuk para pelajar menyambung pengajian di IPTA atau IPTS dalam Malaysia Idea asal penubuhan PTPTN pertama kali diumumkan di Perhimpunan Agung UMNO p...
Rompak Lebih Setengah Juta Ringgit Duit Bapa Saudara Lepas Agih Wang Rakan Siap Guna Sebagai Hantaran Kahwin

Rompak Lebih Setengah Juta Ringgit Duit Bapa Saudara Lepas Agih Wang Rakan Siap Guna Sebagai Hantaran Kahwin

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 187 hits
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dilaporkan telah memecah masuk sebuah banglo di Petaling Jaya baru baru ini dan membawa lari duit simpanan bapa saudara berjumlah RM630 000 Remaja berkenaan bersama empat rakannya yang melakukan jenaya...
Mengapa Golongan Umur Lebih 25 Tahun Tidak Digalakkan Membuat Pinjaman Rumah Untuk Tempoh 30 Tahun

Mengapa Golongan Umur Lebih 25 Tahun Tidak Digalakkan Membuat Pinjaman Rumah Untuk Tempoh 30 Tahun

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 248 hits
Tidak dinafikan kebanyakan orang terpaksa membuat pinjaman dengan bank bagi mahu memiliki sebuah kediaman atau rumah idaman Umum mengetahui terdapat beberapa tempoh masa pembiayaan pinjaman rumah yang ditawarkan oleh pihak bank kepada pemin...
Tiada Keperluan Pinjaman Imf Malaysia Tidak Muflis Kata Menteri

Tiada Keperluan Pinjaman Imf Malaysia Tidak Muflis Kata Menteri

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 163 hits
Tiada keperluan pinjaman IMF Malaysia tidak muflis kata menteri nbsp Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 14 Sep
Bicara Tuntutan Harta Sepencarian Rm1 Bilion Balu Allahyarham Jamaludin Jarjis 1 Nov

Bicara Tuntutan Harta Sepencarian Rm1 Bilion Balu Allahyarham Jamaludin Jarjis 1 Nov

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian berjumlah RM1 bilion yang difailkan Puan Sri Kalsom Ismail balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis terhadap empat anak dan ibu mentuanya akan bermula 1 Nov di Mahkamah Tinggi Syariah...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik