Permohonan Program Baik Pulih Bina Baru Rumah 2021
Khas untuk orang awam di negeri Perak, Yayasan Perak ada menyediakan satu inisiatif di bawah Program Sayangi Rumahku yang bertujuan untuk membantu mereka bagi membaik pulih rumah atau bina rumah.
Sasaran program ini adalah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak yang berdaftar dengan sistem eKasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Kategori Program Sayangi RumahkuProgram Sayangi Rumahku mempunyai dua kategori iaitu baik pulih rumah dan bina baru rumah.
Baik pulih rumah akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah tetapi menghadapi masalah ekonomi dalam membaiki rumah mereka dan skop bantuan ini hanya melibatkan komponen asa rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina atau baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain lagi.
Bina baru rumah akan diberikan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur , tidak selamat diduduki dan mereka mempunyai masalah dari aspek ekonomi.
Bantuan bina baru rumah terbahagi kepada 3 jenis rumah iaitu:
Bina baru 1 bilik
Bina baru 2 bilik
Bina baru 3 bilik
____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
Tarikh Pembayaran i-Sinar Ogos Diawalkan ke Julai 2021Permohonan Bantuan RM600 Untuk Pencari KerjaCara Mohon Bantuan Bakul Prihatin Negara (JKM) Bermula 15 Julai 2021____________________________________________________________________
Syarat Membuat PermohonanBerikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan:
Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berkahwinPemohon berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri PerakPemohon berdaftar di dalam eKasih atau disahkan miskin oleh Penghulu atau Ketua KampungStatus tanah kediaman pemohon mestilah mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baru)Pemohon belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lainStatus pemilikan rumah adalah rumah sendiri (bagi permohonan Baik Pulih)
Cara Membuat PermohonanBerikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:
1. Dapatkan borang permohonan Program Sayangi Rumahku secara percuma di
Pejabat Yayasan PerakPejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)Pejabat Daerah atau Pejabat PenghuluAtau melalui muat turun borang - KLIK SINI
2. Isi maklumat dengan lengkap dan betul
3. Dapatkan perakuan dan pengesahan daripada
Ketua KampungPenghuluAhli Parlimen / ADUN / Pemimpan Setempat4. Kemudian hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:
Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
atau
Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
No.26C, Persiaran Greentown 6
Greentown Business Centre
30450 Ipoh, Perak
5. Dokumen yang diperlukan
Salinan kad pengenalan pemohonSalinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggunganPenyata pendapatan pemohonPenyata pendapatan pasangan / warisSurat akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanahSalinan kad pengenalan semua pemilik tanah
Maklumat LanjutSebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi pihak Yayasan Perak di talian 05-246 0998.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2021/07/permohonan-program-baik-pulih-bina-baru.html