Permohonan Politeknik Dan Kolej Komuniti 2024
Berita baik berkenaan permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024 kini dibuka untuk permohonan. Permohonan ini dibuka kepada lepasan SPM dan permohonan dibuka sehigga 22 Februari 2024. Ikuti maklumat lebih lanjut berkenaan politeknik dan kolej komuniti serta cara permohonan.
Berkenaan Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti
Apakah Itu Politeknik
Politeknik adalah merupakan institusi pendidikan tinggi awam Malaysia dibawah KPT. Ia adalah merupakan institusi yang memfokuskan perkembangan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.
Sejarah politeknik bermula pada tahun 1969 dengan Politeknik Ungku Omar di Ipoh adalah merupakan Politeknik pertama Malaysia.
Apakah Itu Kolej Komuniti
Kolej komuniti adalah merupakan satu sistem dibawah Institusi Pendidikan Tinggi Awam dibawah pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPK), KPT.
Ianya telah mula diperkenalkan sejak 5 Julai 2000 dimana kerajaan sepakat membina pusat pendidikan menyediakan keperluan latihan dan kemahiran untuk semua peringkat serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah.
Senarai Program yang Ditawarkan oleh Politeknik dan Kolej Komuniti
Di Malaysia terdapat banyak serta bilangan ratusan Institusi pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dibina seluruh negeri. Berikut adalah merupakan senarai program yang ditawarkan oleh Politeknik dan Kolej Komuniti:
Senarai Program di Politeknik
7 program Sarjana Muda
1 program Asasi TVET
74 program Diploma
5 program Sijil Kemahiran (Pelajar Ketidakupayaan Pendengaran)
Senarai Program di Kolej Komuniti
17 program peringkat Diploma
39 program peringkat Sijil
1 program Sijil Asas Kolej Komuniti (masalah pembelajaran)
Untuk anda yang ingin mendapatkan info lebih lanjut dan lengkap mengenai tawaran program, anda boleh merujuk pada laman web rasmi Politeknik dan Kolej Komuniti.
Berapa Yuran Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
Menyambung pengajian ke peringkat tinggi di Politeknik dan Kolej Komuniti tidak dikenakan bayaran yang mahal dan bahkan termurah dalam Malaysia. Yuran pengajian bagi. semua program di Politeknik dan Kolej Komuniti adalah sebanyak RM200.00/semester.
Syarat Kelayakan Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti
Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024 5
Terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon dalam membuat permohonana Politeknik dan Kolej Komuniti. Berikut adalah senarai syarat-syarat kemasukan:
Warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas semasa permohonan.
Memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan.
Syarat kemasukan adalah perbeza-beza mengikut program.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan syarat rasmi dan khusus bagi setiap program yang ditawarkan anda boleh membuat semakan pada laman web semakan kemasukan.
Panduan Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cara Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti
Untuk makluman kepada semua, permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti dibuka berdasarkan kemasukan yang dibuka oleh KPT. Kebiasaannya dibuka berdasarkan permohonan UPU Online. Permohonan dibuka berdasarkan kemasukan dan sesi dan terdapat perbezaan bagi kemasukan ijazah, diploma dan sijil seperti berikut:
Ijazah Sarjana Muda : Sekali setahun (Sesi Akademik I 2023/2024)
Diploma dan Sijil : Dua kali setahun (Sesi I 2023/2024 dan Sesi II 2023/2024)
Untuk bahagian permohonan, Berikut adalah cara permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti:
Permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi II : 2023/2024
Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti Sesi II : 2023/2024
Tarikh akhir permohonan adalah pada 22 Februari 2024 (Khamis), 11.59 malam.
Untuk mengetahui Maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi atau hubungi pihak berkenaan di talian 03-88883837 (waktu pejabat) / 019-8683738 (Whatsapp sahaja)
Senarai Bantuan Kewangan untuk Pelajar yang Membuat Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti
Terdapat bantuan kewangan yang disediakan kepada para pelajar, berikut adalah merupakan jenis bantuan kewang yang tersedia bagi Politeknik dan Kolej Komuniti:
Politeknik :
Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Calon boleh memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Anda boleh hubungi PTPTN di talian 03-88706835
Kolej Komuniti:
Program Sijil Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti disediakan sebanyak RM1800/semester kepada yang layak. Permohonan pembiayaan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) adalah kepada calon B40) yang berkelayakan (memenuhi syarat pembiayaan). Boleh merujuk Kolej Komuniti berkenaan.
Soalan FAQs Berkenaan Permohonan Politeknik dan Kolej Komuniti
Bagaimanakah cara untuk menolak tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?
Calon perlu klik butang TOLAK TAWARAN di portal ambilan
Adakah terdapat kesan jika saya menolak tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?
Tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti akan terbatal dan calon perlu memohon atau membuat rayuan semula ke Politeknik atau Kolej Komuniti yang ingin dipohon.
Apakah laluan kerjaya bagi lepasan Politeknik dan Kolej Komuniti?
– Anda boleh sambung pengajian ke Politeknik / MTUN / UA
– Bekerja
-Usahawan / Job Creater
Berapakah had umur minimum sekiranya ingin membuat permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Had umur minimum adalah 18 tahun (Lepasan SPM)
Adakah saya akan ditawarkan dengan program pengajian yang tidak dipilih dalam UPU?
Anda hanya akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, anda perlu mengemukakan rayuan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/01/permohonan-politeknik-dan-kolej-komuniti.html