Permohonan Jawatan Kosong Polis 2022 E Pengambilan Pdrm Jawatan Kosong
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG POLIS 2022: e-Pengambilan PDRM JAWATAN KOSONG
Anda anda tahu CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG POLIS 2022.Berikut dikongsikan cara macam mana untuk mohon sebarang jawatan kosong Polis 2022 termasuk sebagai Konstabel, Sarjan atau Inspektor.
Bagi makluman pemohon,permohonan boleh dibuat sepanjang tahun melalui portal e-Pengambilan PDRM — tidak lagi melalui portal SPA8i.
Permohonan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan bagi setiap jawatan yang ditawarkan.
Nak mohon jawatan PDRM 2021?Rujuk e-PENGAMBILAN PDRM 2021
APA E-PENGAMBILAN PDRM
Portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.
Pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.
JAWATAN KOSONG POLIS 2022
Antara jawatan Polis yang boleh anda mohon termasuklah:
Inspektor Gred YA 13
Sarjan Gred YA 5
Konstabel Gred YA 1
Konstabel Sokongan Gred YT 1
Konstabel Orang Asli Gred YP 1
GAJI PEGAWAI POLIS
Mengikut info yang terdapat dalam portal SPA, berikut adalah tangga gaji bagi setiap jawatan di atas:
Gaji Inspektor — RM 2,329.00 – RM 8,883.00
Gaji Sarjan — RM 1,711.00 – RM 5,199.00
Gaji Konstabel — RM 1,014.00 – RM 3,517.00
DESKRIPSI TUGAS
INSPEKTOR GRED YA 13
Permohonan ke jawatan Inspektor perlulah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online.
Pemohon mestilah memiliki minimum Ijazah Sarjana Muda di universiti yang diiktiraf kerajaan.
Gaji bermula dari RM2,329 sehingga boleh mencecah RM8,883 sebulan
Pemohon jawatan Inspektor mestilah memiliki kelayakan fizikal seperti berikut:
Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
SARJAN GRED YA 5
Untuk memohon jawatan Sarjan, pemohon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Jika anda sedang mencari pekerjaan. Anda boleh cuba mohon pada MyFuture Jobs Perkeso adalah satu portal yang disediakan untuk membantu pencari kerja dan melancarkan padanan pekerjaan.
Selain itu, pemohon juga mestilah memenuhi kriteria berikut:
Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Gaji yang ditawarkan bermula dari RM1,711 sehingga maksimum RM5,199 termasuk kesemua insentif penjawat awam yang lain.
KONSTABEL GRED YA 1
Calon yang ingin memohon jawatan konstabel perlu lulus SPM dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Gaji permulaan dari RM1,041 sehingga maksimum RM3,517 sebulan dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100 setahun.
Anda berminat nak kerja sebagai PENYELIA DAN PEMBANCI SAMBILAN BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020, gaji RM72/ RM54 sehari,boleh mohon segera
CARA DAFTAR e-PENGAMBILAN PDRM
Berikut adalah Cara Mendaftar:
Layari pautan: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
SEMAKAN JAWATAN e-PENGAMBILAN PDRM
Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat
kelayakan memohon.
Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak
Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
LOGIN e-PENGAMBILAN PDRM & CARA MENGISI BORANG
Berikut adalah cara login e-Pengambilan PDRM & cara mengisi borang:
Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log Masuk
Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
CARA PERMOHONAN POLIS MELALUI LOGIN e-PENGAMBILAN PDRM
Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN e-PENGAMBILAN PDRM
Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.
Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
Status Pengambilan akan dipaparkan.
Sila cetak surat panggilan tersebut.
The post PERMOHONAN JAWATAN KOSONG POLIS 2022: e-Pengambilan PDRM JAWATAN KOSONG appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/jawatan-kosong-polis.html