Permohonan Baru Rumah Mesra Rakyat Borang Pendaftaran Spnb Online
PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR) BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
Maklumat terkini tentang PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR) telah dibuka. Disini kami akan kongsikan kepada anda untuk membuat permohonan RMR, iaitu dengan mengisi borang permohonan RUmah MEsra Rakyat. Semoga membantu.
APA ITU RMR
RMRPLUS adalah satu model perniagaan baru yang mengambil konsep asas RMR1M namun dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RMR
Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
CIRI-CIRI/HARGA/PINJAMAN/BAYARAN BULANAN RMR
Berikut adalah maklumat secara lengkap tentang rumah mesra rakyat(RMR):
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT(RMR)
Berikut adalah borang yang perlu disi oleh pemohon,sila muat turun:
Dapatkan borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari pejabat wakil rakyat atau download dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/
Isi dan lengkapkan borang permohonan
Hantar borang yang lengkap diisi beserta dokumen diperlukan
SPNB akan menilai sama ada layak atau tidak (akan dimaklumkan)
PENDAFTARAN RMR SPNB ONLINE
Pemohon boleh membuat permohonan baru program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) melalui http://rmr.spnbonline.com.my
Berikut adalah proses pendaftaran RMR SPNB ONLINE:
KLIK PENDAFTARAN BARU> PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN> LOG MASUK KE LAMAN UTAMA> MELENGKAPKAN BORANG ONLINE> SELESAI MENGISI BORANG ONLINE> MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
Salinan kad pengenalan tuan tanah
Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
Salinan sijil nikah pemohon
Borang laporan tapak bergambar
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
Berikut adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pemohon:
Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)
Nak semak status permohonan RMR? Rujuk SEMAKAN RUMAH MESRA RAKYAT
The post PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR) BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/borang-rumah-mesra-rakyat.html