Objektif & Tujuan BKK JKM
Dikenali sebagai program Bantuan Kanak-Kanak (BKK JKM), ianya bertujuan membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Warganegara dan bermastautin di Malaysia
Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Muat turun borang permohonan : JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
Cara Permohonan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan penyata gaji (jika ada); dan
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Mohon di sini : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkk.html
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM atau Portal Manfaat Bajet 2023 di pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkk.html|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |