Permainan Sudah Bermula
Assalamualaikum p e m b a c a b l o g h a k u
Pertama sekali, haku mengucapkan Terima Kasih buat akak meera kerana sudi tag haku. Yang ke dua(2) haku Mohon Maaf pada akak meera juga, kerana lewat untuk mulakan permainan ini. Diatas sebab-sebab yang memang tak dapat nak elak. Walaupun niat hati memang nak elak dari masalah itu :)
RULES OF THIS GAME1. Post this rules2. Write 11 things about yourself3. Answer the question that the tagger have set for you4. Create 11 new question for the people you have tagged to answer5. Choose 11 blogger to be tagged and link then on the post6. NO TAG BACK
TENTANG DIRI HAKU1. Hi haku Damas, bukan Rain yang iklan shampoo Clear tu okay.2. Haku 'suka cerita tentang diriku' pada orang lain. Kerana bagiku itu, adalah sejarah hidupku. Ia takkan pupus dan tak pernah pupus.3. Apabila haku dilanda masalah, selalunya Rokok lah, teman setiaku waktu itu.4. Selain masalah, mencari ilham juga haku akan ke pantai ataupun bukit bukau.5. Haku lebih selesa ketika keluar, memakai selipar jepun dan dikenakan dengan stokin hitam.6. Gemarkan baju warna Ungu dan Hitam. Bercorak kartun dan design sendiri.7. Suka akan Sajak dan Puisi, mengarang karya tanpa batas.8. Setengah masaku habis pada melukis. Haku minat melukis!9. Tak suka cakap berulang-ulang. 10. Benci pada soalan yang sama. so jangan soalkan soalan itu beribu kali okay..11. Suka kumpul Toy's dan permainan-permainan yang memberi kepuasan.
SOKLAN DARI SIS MEERA
1. lagu apa yang kamu minat?- Lagu dari The Beatles-Yesterday, A.P.I-Pelita, Melda Ahmad-Kimia, Meet Uncle hussin-Lagu untukmu, Bittersweet-Capital E, juga ku support local music dan paling haku suka, lagu dari Meet Uncle Hussin ft Hazama-Pokok
2. Suka ke tak subjek matematik? kenapa?- Suka tapi bila tak boleh jawab jadi tak suka dah haha..Selalu time kerja dalam situasi mengunakan Matematik, dan tapi selalu juga gagal mengunakan nya :(..haha
3. Nama cikgu tadika kamu?- Cikgu Maznah. Dia duduk satu taman dengan haku.
4. Nama facebook kamu? kenapa?- Kartunis Damas. Kenapa? sebab Damas singkatan dari nama den Saddam Aslah.
5. Pendapat tentang blog saya?- Blog yang sangat lembut dan basah, sejuk ja mata tengok dan selalu menjadi singgahsana bagi rujukan bagiku, dalam dunia blogger dan di kategorikan Penceritaan pendek tentang Cinta. . Pelbagai cerita didalamnya.
6. Pertama kali lihat saya/ gambar saya apa yang kamu fikir tentang saya?- Lemah lembut, budak sopan dan santun. ternya betul tekaan ku. Ingatkan 18 tahun hehe.
7. Ringtone handphone untuk yang tersayang apa?- Maaf, ringtone semua sama, tiada beza yang istimewa ataupun tak. Sebab guna handphone mono.
8. Kamu suka stalk blog sapa? kenapa?- Yes! ada. Memang haku akan stalk blog En. Rahsia hassssha.. Sebab dia memcerita, dan bepandangan berbeza dengan cara aku.
9. Kalau marah apa yang kamu buat?- Kalau dirumah ,haku lari keluar rumah dan lepak di pantai, selalunya di R&R bagan.
- Simpan biar jadi dendam..hahaha.
10. Bila bosan kamu buat apa?- Dengar lagu, Lepak, Meronda-ronda, Karang Puisi, Sajak, dan Melukis dalam keadaan fikiran yang bosan.
- Pergi tengok Wayang
11. Satu perkataan untuk menggambarkan diri saya bagi kamu?- Indah. Kerana indah merangkumi semua pekataan (istilah dalam hidupku.)
-Soalan yang haku jawab diatas, ini adalah berlaku pada diruku dan benar-benar belaka.
SOALAN DARI HAKU PULA
1. Kamu kerja, pernah cukup duit sampai hujung bulan?
2. Siapa idola kamu, dalam hal perniagaan dan memajukan diri (max dua(2) orang sahaja)
3. Jika haku terbitkan Komik haku sendiri, pasti ka kamu nak beli?
4. Apa pendapat kamu, tentang Pemuzik Indie tanahair kita?
5. Kartun/edisi komik apa yang paling kamu minat time sekolah?
6. Jenama baju/seluar apa yang korang beli paling mahal?, berapa ratus/ribu?
7. Cita-cita kamu pernah tercapai tak, apakah cita-cita itu?
8. Apakah nilai atau barang berharga, yang kamu sumbang pada Keluarga kamu?
9. Suka dan pernah buat deko/hiasan/design/susun atur bentu dalaman rumah kamu?
10. Pernah belikan baju Raya untuk kedua IbuBapa kamu?
11. Pandangan kamu, Blog haku nie kearah Keseniaan atau Pribadi haku saja?
Ini dia 11 orang untuk mainkan permainan ini.AsrirayrockYana YusoffKancilWan Nor IzzatiKacang PeaceMasturaMikro KokusEngku AidaAbu HuzaifahCycy's AmirudinKrik Alfie
Selamat mencuba ya dan selamat bekenalan juga dari haku.
Beritahu jika suda menjawab 'komen di bawah'
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://damaseni.blogspot.com/2011/11/permainan-soaltagged-bermula.html