13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke Lapan Bakal Memeriahkan Hujung Minggu Anda Bermula 21 November 2021


13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke Lapan Bakal Memeriahkan Hujung Minggu Anda Bermula 21 November 2021 |  Assalammualaikum semua! Rancangan kegemaran ramai bakal menyinari hari Ahad kita. Menjadi aktiviti kami sekeluarga menantikan rancangan televisyen Gegar Vaganza. Bermula sejak 2014, sehingga kini GV tidak pernah mengecewakan. 
Gegar Vaganza musim ke lapan atau lebih mesra dipanggil GV8 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 21 November 2021. Penonton di rumah boleh menonton secara langsung di saluran Astro RIA.   
13 Bintang Gegar Vaganza Musim Ke Lapan Bakal Memeriahkan Hujung Minggu Anda Bermula 21 November 2021

'Bintang Kembali Menyengat' itulah tagline pentas berprestij Gegar Vaganza. Pada musim ke lapan (GV8) ia akan menjadi medan penentu bagi 13 bintang utama. 
Menariknya kali ini, bintang GV8 kali ini terdiri dari tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kemampuan 13 bintang utama yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan. 
Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura). 
Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam GV8 ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia). 
Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan. 
Pemarkahan 100 Peratus Dari Juri Professional
Untuk makluman, GV8 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. 
Guru vokal popular, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS (Tok Ram) dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang akan mengemudi tanggungjawab sebagai juri tetap. 
Nabil Ahmad Dan Jihan Muse Pengacara GV8
Pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga kekal sebagai hos utama musim terbaharu. Ini pasti menghiburkan! Penyeri program siaran langsung adalah pengacara yang pantas mengawal suasana. Hahaha. 
Pemenang-Pemenang Gegar Vaganza Terdahulu
Untuk rekod, pertandingan Gegar Vaganza sebelum ini telah menobatkan lapan juara sepanjang penganjuran untuk tujuh musim sebelum ini yang terdiri daripada Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7). 
Penonton Setia Gegar Vaganza Sentiasa Ada. Fenomena Luar Biasa!
Dalam pada itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro Raqim Ahmad akui keampuhan populariti dan kredibiliti jenama 'GV' kini semakin matang. 
“Mengimbas kembali perjalanan program ini sewaktu mula diperkenalkan sekitar tahun 2014, matlamat utama kami ialah untuk menyediakan platform penjenamaan semula bagi para penghibur berpengalaman yang pernah merasai era kegemilangan suatu ketika dahulu sekaligus membuka lembaran baharu dalam kembara seni mereka. 
“Inisiatif yang dirintis telah berkembang dan terbukti berjaya meletakkan 'GV' sebagai pencetus fenomena sosial yang mempunyai kekuatan dan impak tersendiri untuk mempengaruhi kecenderungan peminat saban tahun. 
“Persaingan 13 bintang dari tiga negara serumpun merupakan antara tarikan utama 'GV8' pada kali ini. 
“Selain itu, kami turut melantik tiga juri tetap yang memiliki reputasi luar biasa dan cukup disegani di kalangan penggiat seni berbanding hanya dua orang sahaja sebelum ini. 
“Ketiga-tiga mereka akan turut ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap minggu menjadikan proses penjurian musim ini akan lebih sukar dan mencabar,” jelasnya. 
Gegar Vaganza Digegarkan Oleh Farm Fresh, DiGi, Adabi dan CUCKOO
Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh sebagai Penaja Utama dengan kerjasama Digi iaitu Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan sebagai penaja bersama. 
Sumber artikel dari Astro Gempak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/11/13-bintang-gegar-vaganza-musim-ke-lapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman Ptptn Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021

Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman Ptptn Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 714 hits
Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021 Pada 29 November menerusi pembentangan Bajet 2022 oleh Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysi...
Gegar Vaganza 2021 Senarai Lagu Keputusan Konsert Mingguan Gegar Vaganza 8

Gegar Vaganza 2021 Senarai Lagu Keputusan Konsert Mingguan Gegar Vaganza 8

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 515 hits
Gegar Vaganza 2021 Senarai Lagu Keputusan Konsert Mingguan Gegar Vaganza 8 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Biarkan sedikit lewat Gegar Vaganza tetap kembali menggegarkan malam Ahad anda bermula 21 November ini dengan Gegar Vaganza musi...
Temubual Aliff Aziz Bersama Media Di Pengumuman Peserta Gegar Vaganza 2021

Temubual Aliff Aziz Bersama Media Di Pengumuman Peserta Gegar Vaganza 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 254 hits
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton sudi LIKE sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI Portal https www budiey com Instagram https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http
Hiburan Demi Peminat Adibah Noor Setuju Sertai Gegar Vaganza Musim Ke 8

Hiburan Demi Peminat Adibah Noor Setuju Sertai Gegar Vaganza Musim Ke 8

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 261 hits
Penyanyi tampil menjawab soalan peminat setelah dia bersetuju untuk menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ke 8 2 jam laluPertempuran Sengit Adibah Noor Fazley Yaakob Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza Musim 8AdvertisementIa berikutan ...
13 Senarai Rasmi Peserta Gegar Vaganza 8 Bintang Kembali Menyengat

13 Senarai Rasmi Peserta Gegar Vaganza 8 Bintang Kembali Menyengat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 405 hits
Gegar Vaganza musim 8 kembali di tahun 2021 menampilkan 13 peserta baru yang akan berentap merebut gelaran Juara menerusi pertandingan nyanyian popular tanah air Menggunakan tagline Bintang Kembali Menyengat pentas berprestij GV8 akan menja...
Bandi Amuk Ani Maiyuni Adibah Noor Dan Aliff Aziz Antara Bintang Gegar Vaganza 8

Bandi Amuk Ani Maiyuni Adibah Noor Dan Aliff Aziz Antara Bintang Gegar Vaganza 8

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 1309 hits
Memecahkan kebuntuan orang ramai senarai peserta Gegar Vaganza musim kelapan akhirnya rasmi diumumkan tadi Pada tahun ini masih mengekalkan Farm Fresh sebagai penaja utama dan Digi sebagai telco rasmi Manakala Cuckoo dan Adabi juga menjadi ...
Isyarat Dagangan Untuk Eur Usd Pada 01 02 November 2021 Beli Di Atas 1 1535

Isyarat Dagangan Untuk Eur Usd Pada 01 02 November 2021 Beli Di Atas 1 1535

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 379 hits
Tip dagangan untuk EUR USD untuk 01 02 November 2021Beli di atas 1 1535 dengan ambil keuntungan pada 1 1596 dan 1 1659 stop loss di bawah 1 1500 Carta harian untuk EUR USD menunjukkan bahawa pada hari Jumaat ia mencapai bahagian atas salura...
Analisis Gelombang Elliott Perak Untuk 1 November 2021

Analisis Gelombang Elliott Perak Untuk 1 November 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 286 hits
Perak sepatutnya melihat pengembalian semula sementara untuk menyokong pada 22 73 untuk melengkapkan bahagian kanan bahagian bawah S H S Sebaik sahaja bahagian kanan ini berada di bahagian bawah berhampiran 22 73 kita akan melihat peningkat...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur