Permainan Atas Talian Hilangkan Stress
Suasana dalam tekanan atau stress kadang-kadang boleh memudaratkan kesihatan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah bermain permainan atas talian. Ya, ramai yang mengatakan permainan atas talian tidak berfaedah dan membuang masa, tetapi sebenarnya ia merupakan salah satu aktiviti yang berguna sekiranya dilakukan tanpa ketagihan
Pandemik Covid-19 yang melanda di Malaysia menyebabkan lebih ramai yang tertekan akan situasi ini. Jauh daripada ahli keluarga, hialng kerja, kebosanan, sunyi dan sebagainya membawa kepada tekanan. Bermain permainan dalam talian adlaah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan dan stress ini
PERMAINAN ATAS TALIAN HILANGKAN STRESS
#1 Mengurangkan Stress Dengan Cara Sihat
Pengurusan stress atau tekanan merupakan sesuatu yang penting. Sekarang ini, kita boleh lihat ramai yang tertekan dengan kerja, pendidikan dan sebagainya. Salah satu cara yang aku rasa mampu untuk kurang stress adalah dengan permainan dalam talian. Setidak-tidaknya dalam jangka masa satu hari, ada beberapa waktu yang diluangkan diluar suasana penuh tekanan. Terutamanya sewaktu pandemik ini, mereka yang bujang tinggal bersendirian, jauh daripada kawan, keluarga dan sebagainya, bermain permainan atas talian
#2 Asah Kreativiti dan Penyelesaian Masalah
Percaya atau tidak, bermain game dapat meningkatkan kemampuan kognitif! Isabela Granic, profesor dari Radbound University Nijmegen di Belanda, dalam kajiannya mengatakan bermain permainan atas talian dapat meningkatkan kemampuan navigasi, berfikir, menguatkan memori, dan mencerna penerimaan informasi baru. Semua jenis permainan atas talian mempunyai panduan, objektif, dan juga misi tersendiri yang memerlukan pemain untuk berfikir cara menyelesaikan permainan tersebut.
#3 Mengembangkan Pengetahuan dan Pengalaman
Banyak yang boleh dibelajar dari bermain permainan atas talian, ada banyak permainan yang berlatarkan sejarah benar dan mitos terkenal seperti Assasin’s Creed dan God of War. Secara tidak langsung ia membuatkan pemain mengetahui tentang sejarah dan sebagainya. Selain itu, ada juga permainan yang berteraskan pendidikan dimana pemain boleh belajar dalam masa yang sama turut bermain permainan online. Sebagai contoh dalam permainan Burn Matches Math Logic Puzzle Game, pemain perlu menyelesaikan struktur matematik yang memerlukan pemain berfikir dengan betul
#4 Memupuk Semangat Berpasukan
Beberapa jenis permainan atas talian seperti RTS (Real Time Strategy) dan FPS (First Person Shooter) memerlukan kerjasama antara ahli pasukan yang kukuh untuk menang sesebuah pertempuran. Dalam permainan ini para pemain akan dilatih untuk berunding, mengambil keputusan, melakukan rancangan dan menyusun strategi. Di dunia nyata, hal ini menjadikan nilai ini lebih mudah difahami oleh para pemain. Pemain boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan bersosial mereka. Sebagai contoh semasa bekerja dengan sebuah pasukan atau kumpulan, mereka boleh bekerjasama dalam pasukan dengan baik demi mencapai sebuah tujuan bersama
#5 Belajar Menerima Menang atau Kalah
Permainan atas talian juga secara tidak langsung telah menanamkan nilai-nilai positif dalam diri mereka. Mereka mematuhi peraturan permainan yang telah berlaku. Selain itu, bagi seseorang pemain permainan atas talian, kalah dan menang adalah hal yang biasa. Secara tidak sedar mereka dididik agar tidak sombong semasa menang dan tidak pula untuk mudah menyerah semasa mengalami kekalahan. Nilai-nilai seperti inilah yang sangat penting dalam mengharungi kehidupan di dunia nyata. Nilai-nilai yang membuat seseorang menjadi individu yang selalu bersyukur dalam segala hal dan tidak pernah merasa murung dikala sedang terjatuh
Okay, adakah aku juga bermain permainan atas talian? Sudah pasti ya! Untuk anda yang tertanya-tanya dimanakah aku bermain permainan atas talian, okay, kebanyakannya adalah di komputer riba aku sahaja. Kenapa tak main di telefon pintar? Sebab telefon pintar untuk aku tonton filem dan drama, jadi komputer ribalah lokasi tepat untuk bermain permainan atas talian sebab saiznya yang lebih besar dan memuaskan pengalaman permainan atas talian. Aku bermain permainan atas talian di : Plays.org
Permainan atas talian di Plays.org ini adalah PERCUMA atau kata lain 'Free'. Jadi jangan risau untuk bermain pelbagai permainan di laman ini, semuanya menarik tambahan pula percuma. Anda tidak perlu memuat turun apa-apa aplikasi untuk bermain permainan di sini. Hanya perlukan sambungan Internet dan peranti elektronik sahaja dan anda sudah boleh bermain permainan atas talian.
Pengalaman aku sendiri, permainan di dalam laman ini memang banyak, antara permainan yang aku cuba adalah tiga permainan ini. Semuanya mudah dan senang difahami. Permainannya adalah :-
1) Maze Control: Physics Puzzle Game with Moving Obstacles
Permainan Maze Control ini bagi aku seronok sebab kita perlu menggunakan akal untuk memikirkan arah bola itu bergerak. Cara permainan pun mudah sahaja, hanya putarkan sahaja maze itu ke arah kiri atau kanan dan membolehkan bola itu bergerak ke arah keluar.
Ada 30 Peringkat dan setiap peringkat tahap permainannya lebih susah. Di peringkat lebih susah, akan ada objek Tajam berbentuk bintang yang muncul mengganggu bola untuk ke arah keluar. Halangan ini perlulah dihindari dengan menggunakan akal kerana salah aturan, permainan akan tamat dan anda perlu mulakan permainan semula.
Satu perkara lagi yang aku suka adalah rekaan permainan ini sendiri yang sangat ringkas dan kemas. Mudah nak faham, mereka yang muda/ kecil pun aku rasa boleh faham permainan ini.
2) Piano Tiles: Infinite Arcade Piano Music Speed Tapping Game
Permainan Piano Tiles ini pastinya ramai yang pernah cuba di telefon pintar. Untuk permainan Piano Tiles di Plays.org ini, ia lebih mudah. Cara permainan mudah sahaja, perlu tekan / pilih kekunci Hitam sahaja.
Bila semakin lama anda bermain, akan muncul kekunci berwarna Merah yang anda DILARANG untuk pilih / tekan. Permainan ini bagi aku sangat menarik dan membuatkan aku sedikit ketagih untuk bermain.
Selain boleh dimainkan melalui telefon pintar, permainan ini boleh juga dimain di tablet atau macam aku, main di komputer riba menggunakan Tetikus untuk tekan kekunci Hitam.
3) Kingdom Defense: Action RPG Castle Defense Game
Permainan ini adalah jenis RPG atau Role Play Game dimana pemain perlu memanah pada pihak musuh. Selain itu, pemain juga mempunyai kuasa magik untuk menyerang musuh dengan ais, cahaya dan juga bola api. Cara permainan mudah sahaja, hanya perlu tujukan sahaja panah pada pihak musuh. Kemudian apabila musuh lebih ramai muncul, pemain boleh guna sahaja serangan magik untuk menyerang musuh beramai-ramai sekaligus
Semakin lama anda bermain, musuh akan menjadi lebih kuat. Selain itu, pemain juga boleh mendapatkan duit setelah membunuh musuh. Dibahagian atas kiri menunjukkan jumlah duit yang anda perolehi.
Ini baru tiga sahaja permainan yang aku tunjukkan pada anda semua. Ada pelbagai lagi permainan yang menarik daripada pelbagai kategori permainan atas talian yang ada. Macam yang dihuraikan dalam kenyataan dibahagian atas artikel ini, permainan atas talian ini sememangnya dapat menghiburkan diri apabila pelbagai tekanan muncul, setidak-tidaknya ada juga hiburan untuk dilakukan
Kesimpulannya, bermain permainan atas talian bukanlah suatu yang negatif atau memburukkan, tetapi bagi aku sendiri ia adalah sebagai satu cara untuk menghiburkan diri, lari dari tekanan dan sebagainya. Bermain permainan atas talian di Plays.org ini bagi aku satu pengalaman menarik kerana permainan disini menarik, percuma, tiada bayaran dikenakan, grafik yang kemas dan mudah serta tidak perlu muat turun sebarang aplikasi.
Untuk anda yang mungkin mencari sesuatu yang baru, bolehlah cuba bermain permainan atas talian di Plays.org.
PLAYS.ORG
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2021/07/permainan-atas-talian-hilangkan-stress.html