Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri



Soalan:Bolehkah kita solat ke atas jenazah yang mati kerana membunuh diri? Kerana ada hadith yang jelas menyebut mereka yang membunuh diri, tempatnya di neraka?
Jawapan:Membunuh diri merupakan salah satu dosa besar, dan Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan bahawa orang yang membunuh diri akan diazab di akhirat sama dengan cara dia membunuh diri sewaktu di dunia. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Baginda SAW bersabda:
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَهْوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ، يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَحَسَّى سَمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَسَمُّهُ فِي يَدِهِ، يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ، فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ، يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا“Sesiapa yang sengaja terjun daripada bukit dan membunuh dirinya, akan jatuh di neraka ke dalam api dan kekal dalam keadaan tersebut; sesiapa yang meminum racun dan membunuh dirinya, dia akan membawa racun tersebut dengan tangannya dan meminumnya di neraka selama-lamanya; dan sesiapa yang membunuh dirinya dengan senjata besi, akan membawa senjata itu dan menusuk-nusuk perutnya di neraka selama-lamanya.” [Sahih al-Bukhari (5778) dan Sahih Muslim (109) dengan lafaz yang berbeza]
Sabda Baginda lagi:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَىْءٍ عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ“Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula.” [Sahih al-Bukhari (6047) dan Sahih Muslim (110)]
Hukum Solat Jenazah Bagi Kes Bunuh Diri
Berkenaan hukum solat jenazah ke atas mereka yang membunuh diri, telah diriwayatkan oleh Jabir ibn Samurah R.A bahawa:
أُتِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ“Telah dibawa kepada Nabi SAW jenazah seorang lelaki Muslim yang telah membunuh dirinya dengan anak panah, dan Baginda SAW tidak solat ke atasnya.” [Sahih Muslim (978) dan Sunan al-Nasa’ie (1963)]
Menurut Imam al-Nawawi, hadith ini menjadi dalil bahawa tidak disolatkan jenazah mereka yang membunuh diri, dan ini merupakan pandangan Umar ibn Abd al-Aziz dan Al-Auza’ie.
Namun Menurut Al-Hasan al-Basri, al-Nakha’ie, Qatadah, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi’e dan jumhur ulama, jenazah orang yang membunuh diri perlu disolatkan, dan mereka memahami keengganan Nabi SAW untuk solat ke atasnya adalah supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak terjebak dengan perbuatan membunuh diri ini, sedang para sahabat solat ke atasnya. (Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim 7/47)
Disebalik hadith-hadith yang menjelaskan besarnya dosa dan beratnya azab bagi mereka yang membunuh diri, ia tidak menghalang kita untuk mendoakan rahmat dan keampunan bagi mereka. Membunuh diri bukanlah satu kekufuran yang mengeluarkan pelakunya daripada agama Islam, dan Allah SWT berhak mengampunkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Kami tegaskan di sini, sesusah mana hidup pun, jangan sekali-kali kita membunuh diri tetapi yakinlah kepada Allah dengan munajat, doa serta berusaha. Kalau perlu pun mati, maka doalah sebagaimana Nabi ajar kepada kita:
أَلاَ لاَ يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ فَإِنْ كَانَ لاَ بُدَّ مُتَمَنِّيًا الْمَوْتَ فَلْيَقُلِ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِيKetahuilah, Janganlah salah seorang kamu menginginkan dan bercita-cita untuk mati disebabkan kemudaratan yang menimpamu. Sekiranya dia terpaksa juga untuk berbuat demikian maka hendaklah dia berdoa:
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي“Ya Allah teruskanlah kehidupanku sekiranya hidup lebih baik bagi aku dan cabutlah nyawaku sekiranya kematian lebih baik buatku.” [Riwayat al-Bukhari (1/107-108) dan Muslim (2680)]
Wallahu a’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/perlukah-solat-jenazah-ke-atas-mereka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Sah Solat Jenazah Di Atas Kubur

Adakah Sah Solat Jenazah Di Atas Kubur

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 340 hits
Soalan Adakah sah solat jenazah dilakukan atas kubur Jawapan Sah solat jenazah di atas kubur Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW daripada Abi Hurairah R A katanya Bahawasanya seorang lelaki kulit hitam atau perempuan kulit hitam yang biasa...
Geng Bikers Nz Janji Kawal Luar Masjid Disaat Solat Jumaat Esok Hari Ternyata Ini Niat Mereka

Geng Bikers Nz Janji Kawal Luar Masjid Disaat Solat Jumaat Esok Hari Ternyata Ini Niat Mereka

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 416 hits
Serangan yang berlaku di Masjid New Zealand telah menyebabkan ramai pihak bersimpati dengan nasib penduduk Islam di situ Ramai yang telah bangkit menyokong masyarakat Muslim kerana bersetuju bahawa tembakkan rambang yang dilepaskan oleh pen...
Subhanallah Ketika Umat Islam Sedang Menunaikan Solat Jumaat Perhatikan Apa Yang Mereka Lakukan

Subhanallah Ketika Umat Islam Sedang Menunaikan Solat Jumaat Perhatikan Apa Yang Mereka Lakukan

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 595 hits
Menerusi siaran langsung itu dunia dapat melihat masyarakat New Zealand bersatu padu menentang kegan4san yang kini menjadi sejarah hitam buat mereka Hal ini kerana sewaktu khutbah dibaca ketika solat Jumaat ribuan hadir bukan hanya dikalang...
Solat Jenazah Ghaib Akan Diadakan Selepas Solat Jumaat Esok

Solat Jenazah Ghaib Akan Diadakan Selepas Solat Jumaat Esok

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 378 hits
Esok seluruh masjid di seluruh negara disaran untuk melakukan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat bagi adik Muhammad Haziq Mohd Tarmizi 17 tahun yang dilaporkan telah terkorban dalam serangan pengganas di Christchurch New Zealand Ini d...
Terkini Solat Jenazah Ghaib Buat Allahyarham Haziq Mangsa Tragedi Christchurch

Terkini Solat Jenazah Ghaib Buat Allahyarham Haziq Mangsa Tragedi Christchurch

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menunaikan solat Jumaat sempena Majlis Peringatan Hari Polis ke 212 di Masjid Sallehin Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur Kuala Lumpur MalaysiaGazette com Online News P
Jam Tangan Mengingati Allah Dan Didik Diri Disiplin Awali Solat

Jam Tangan Mengingati Allah Dan Didik Diri Disiplin Awali Solat

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 434 hits
Bismillah Dalam kesibukan kita menongkah arus dunia adakalanya kita alpa akan panggilan yang Maha Esa Mungkin bukan semua tetapi tiada di antara kita yang sempurna Saya juga begitu Kesibukan kerja bersosial dan keluarga mahupun dengan hanya...
Solat Jenazah Ghaib Haziq Di Masjid Seluruh Negara Esok

Solat Jenazah Ghaib Haziq Di Masjid Seluruh Negara Esok

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 431 hits
MASJID di seluruh negara diminta mengadakan solat jenazah ghaib untuk Muhammad Haziq Mohd Tarmizi 17 yang disahkan meninggal dunia dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch New Zealand Menteri di Jabatan Perdana Menteri D...
Bolehkah Solat Jumaat Di Atas Kapal Besar

Bolehkah Solat Jumaat Di Atas Kapal Besar

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 504 hits
Soalan Saya bekerja sebagai tentera laut Setiap bulan saya akan belayar ke laut untuk urusan kerja Kebetulan waktu belayar hari Jumaat Adakah saya boleh menunaikan solat Jumaat di atas kapal Jawapan Kami cuba memahami isu anda dan mereka ya...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti