Remaja Menangis Teresak Esak Dituduh Membunuh 23 Pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah



Seorang remaja lelaki menangis teresak-esak selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkannya membela diri atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran yang menyayat hati, tiga tahun lepas

Remaja berumur 19 tahun itu yang memakai kemeja-T hitam dan berseluar jean biru yang duduk dalam kandang tertuduh, tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak selepas peguamnya Haijan Omar menjelaskan kepadanya keputusan yang dibacakan Hakim Datuk Azman Abdullah

Dia kemudiannya ditenangkan oleh ibunya

Sementara itu rakannya yang juga berumur 19 tahun yang dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan sama, dilihat meraup muka tanda syukur selepas keputusan itu

Kedua-dua mereka berpelukan selepas prosiding selesai

Hakim Azman memerintahkan remaja itu membela diri atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas remaja berkenaan dan menetapkan 2 dan 3 Mac untuknya membela diri

Mahkamah itu melepas dan membebaskan rakannya tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan sama

Mengikut pertuduhan, dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini di antara 4.15 pagi dengan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan

Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala kedua-dua remaja itu diwakili peguam Haijan dan Ravin Jay

Haijan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan menyerahkan senarai saksi pembelaan kepada pihak pendakwaan dalam masa terdekat

Seramai 71 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 30 Mei 2018

Antara yang memberi keterangan pada perbicaraan itu ialah Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Edwin Galan Teruki yang memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa injap pada dua tong gas yang dijumpai susulan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah dicucuk bagi membolehkan ia mengeluarkan gas yang dihalakan ke pintu asrama yang didiami penghuni pusat itu

Pegawai Sains Yusnita Osman dalam keterangannya berkata terdapat kesan cecair petrol pada bahan bukti ditemui pada sisa kebakaran dan simen dinding pusat tahfiz yang terbakar itu

Sementara itu, perisik di Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ASP Mohd Shafizan Sazali dalam keterangannya berkata seorang daripada remaja terbabit menyimpan pemetik api yang digunakan semasa kejadian kebakaran di pusat tahfiz berkenaan di dalam bilik tidur rumahnya

Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/01/remaja-menangis-teresak-esak-dituduh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakar Pusat Tahfiz Remaja Diarah Bela Diri Menangis Teresak Esak

Bakar Pusat Tahfiz Remaja Diarah Bela Diri Menangis Teresak Esak

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 738 hits
KUALA LUMPUR Seorang remaja berusia 19 tahun menangis teresak esak sebaik Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkannya membela diri atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah September 2017 Pada prosiding it...
Sebelum Ke Padang Waktu Petang Pelajar Bergegas Ambil Wuduk Capai Al Quran

Sebelum Ke Padang Waktu Petang Pelajar Bergegas Ambil Wuduk Capai Al Quran

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 421 hits
Kebiasaannya kita selalu mendengar bahawa sekolah yang beraliran agama pelajarnya lebih cenderung membudayakan al Quran dalam sesi persekolahan Bagi sekolah harian biasa pula ia tidak terlalu dijadikan sebagai kemestian kecuali bergantung k...
Remaja Bunuh Penghuni Tahfiz Datuk Keramat Diarah Bela Diri

Remaja Bunuh Penghuni Tahfiz Datuk Keramat Diarah Bela Diri

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 576 hits
KUALA LUMPUR 28 JAN Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun membela diri atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hampir tiga tahun lepas Hakim Datuk Azman Abdul...
Menangis Mampu Mengurangkan Tekanan Merawat Dan Membunuh Bakteria Di Mata

Menangis Mampu Mengurangkan Tekanan Merawat Dan Membunuh Bakteria Di Mata

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 317 hits
Mungkin ada segelintir wanita di luar sana yang kerap menangis disebabkan hal hal yang boleh membuat hati terguris Mana ada wanita yang suka suka hendak menangis tanpa sebab Kadang kala bila kita gembira pun boleh membuat kita mengeluarkan ...
Rindu Punya Pasal Pelajar Tahfiz Utus Surat Cinta Tiap Minggu Buat Mak Abah

Rindu Punya Pasal Pelajar Tahfiz Utus Surat Cinta Tiap Minggu Buat Mak Abah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1817 hits
Memasuki alam asrama bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesetengah remaja apabila pertama kali berjauhan dengan keluarga Lebih lebih lagi jika seseorang itu merupakan anak manja ataupun anak bongsu dalam adik beradik Namun demi pembelajaran d...
Disebabkan Tom Tangkap Tikus Selama 2 Hari Pelajar Bagi Reward Tidur Atas Katil

Disebabkan Tom Tangkap Tikus Selama 2 Hari Pelajar Bagi Reward Tidur Atas Katil

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 671 hits
Korang pernah tengok tak kartun Tom and Jerry masa korang kecil dulu Mestilah pernah kan Haa kalau korang nak tahu sebenarnya ada kucing seperti Tom memang wujud in real life tau Psst Ohmedia rasa semua kucing macam Tom Ada tak kucing yang ...
Terancam Penjara Seumur Hidup Pelajar Pembunuh Begal Tak Ditahan

Terancam Penjara Seumur Hidup Pelajar Pembunuh Begal Tak Ditahan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 217 hits
Jaksa Agung ST Burhanuddin menjelaskan kasus pembunuhan terhadap terduga pelaku begal motor dilakukan seorang siswa SMA berinisial ZA di Kabupaten Malang Jawa Timur Menurut Burhanuddin begal yang dibunuh remaja karena melindungi kekasihnya ...
2 Lagi Mayat Pelajar Politeknik Lemas Ditemui

2 Lagi Mayat Pelajar Politeknik Lemas Ditemui

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 644 hits
Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu berkata ketika ini usaha mencari dan mengesan mangsa terakhir Mohamad Amir Izzudin dari Melaka sedang dipergiatkan DUNGUN Tiga daripada 4 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang hilang diha...
Maafkan Aku Sebab Tak Dapat Selamatkan Kau Aku Cuba Tapi Apakan Daya Luahan Kawan Mangsa Lemas Pelajar Psmza

Maafkan Aku Sebab Tak Dapat Selamatkan Kau Aku Cuba Tapi Apakan Daya Luahan Kawan Mangsa Lemas Pelajar Psmza

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 430 hits
Lima sahabat yang meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bersama sama di Sungai Pulau Melaka Kota Bahru Kelantan baru baru ini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemui lemas Mangsa seorang remaja yang berusia ...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Ke Hatnyai 24 11 2023 27 11 2023

Yummy Lean Ground Beef High Protein Recipe

Keropok Inang Inang Beras Pulut

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Tak Semua Lelaki Gagal

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan