Perlukah Dsai Bertemu Dan Berbincang Dengan Tun Proff Agus


 


PERLUKAH DSAI BERTEMU DAN BERBINCANG DENGAN TUN?



1. Ramai menyatakan tidak perlu.

2. Mereka marah Tun kerana Tun tidak melepaskan jawatan PM kepada DSAI seperti yang dijanjikan, menyokong Azmin Ali untuk menyaingi kepimpinan DSAI dalam PKR, tidak menunaikan manifesto PH, membuat pelantikan utama tanpa berbincang dengan Majlis PH, menganjurkan Kongres Maruah Melayu bersama PAS dan UMNO untuk meremehkan DSAI dan PH, meletak jawatan PM tanpa berbincang dengan Majlis PH sehingga membawa kepada kejatuhan PH, dan banyak lagi.

3. Bagi mereka, adalah lebih bermaruah melihat PH kalah daripada bekerjasama dengan Tun Mahathir dan menggelar Tun sebagai Tokoh Khianat.

4. Mereka menyatakan Tun menanggung defisit kepercayaan rakyat yang besar kerana pengkhianatannya yang membawa kepada kejatuhan PH dan sejarah telah membuktikan Tun sanggup berbuat apa saja asalkan DSAI tidak menjadi PM. Jadi, mereka mengingatkan DSAI agar tidak lagi dipatuk ular di lubang yang sama.

5. Pertanyaannya, bolehkah PH menang tanpa bekerjasama dengan parti lain? Bekerjasama itu bukan bermakna berada dalam satu pakatan yang sama. Bekerjasama itu cukup sekadar electoral understanding untuk saling berkempen dan menyokong, dan untuk mengelakkan pertandingan bertindih.

6. Pada yang menolak pertemuan DSAI dengan Tun, nasihat saya, ketepikan emosi itu. PH tidak boleh terlalu yakin. Masing-masing DSAI dan Tun ada kelebihan dan kelemahan. Suka atau tidak, kedua-dua pemimpin ini sekali lagi perlu bekerjasama untuk menghalang BN/UMNO menang dalam PRU ini.

7. Ingat, dalam politik tidak ada kawan kekal dan musuh yang kekal. Jika melalui kerjasama boleh membawa kemenangan, maka apa masalahnya untuk bekerjasama. Cumanya pastikan kerjasama itu dibuat dengan syarat yang jelas.

8. Rangka dan bincanglah syarat itu. Tidak perlulah saya senaraikan syaratnya, tetapi yang penting dalam pertemuan itu, semua pemimpin PH perlu turut bersama.

9. Selepas itu, buat kenyataan bersama dan bagitahu rakyat syarat-syarat yang telah dipersetujui. Lebih baik lagi, tunjuklah perjanjian yang telah ditandatangani supaya rakyat boleh menjadi saksi kemudiannya.

10. Perbincangan kerjasama ini jangan hanya terbatas dengan Tun sahaja. Segerakan juga pertemuan dengan MUDA, PSM, dan parti-parti yang mendokong aspirasi yang sama.

Masih ada waktu untuk berbincang

11. Negara kita memerlukan kestabilan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. Kelmarin, ringgit kita merudum lagi. Kita terdesak memerlukan kerajaan dan pemimpin yang boleh melonjakkan kembali kemajuan negara kita yang telah banyak ketinggalan.

12. Oleh itu, pemimpin politik janganlah keras kepala jika mahu menang pilihan raya. Berjumpa dan berbincanglah untuk merancang strategi bersama. Tanpa bekerjasama, hasrat PH untuk menang hanya satu ilusi.

Tidak Mahu Tun Lagi dalam Politik

13. Jika mengenangkan kesilapan Tun selepas PRU-14 sehingga PH tumbang, saya juga bersetuju dengan pandangan supaya Tun berehat dari politik, apatah lagi mengenangkan umurnya telah 97 tahun.

14. Namun, PRU-15 ini adalah pilihan penting kita untuk melihat Malaysia terus maju ke depan. Kita memerlukan pemimpin yang mempunyai kebolehan dan keupayaan. Kesediaan Tun untuk bertemu dan berbincang dengan DSAI, saya fikir bertolak dari premis ini.

15. Semoganya Tun boleh memberikan sokongan terbuka kepada DSAI sebagai PM kita yang ke-10. Sokongan Tun tentunya memberikan senyuman lebar kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan, kemajuan dan kestabilan.

16. Bagi saya pula, saya mahukan DSAI kerana he has the vision of a leader, not a small-minded politician. Setelah beberapa kali menemu bual DSAI, saya yakin beliau mampu membawa negara kita megah di persada antarabangsa.

17. Oleh itu, kesediaan DSAI bertemu dengan Tun bagi membincangkan tentang PRU-15 adalah wajar dan perlu. Semoganya.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/perlukah-dsai-bertemu-dan-berbincang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pandangan Proff Agus

Pandangan Proff Agus

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 319 hits
Prof Dr Agus adalah antara cendiakawan sains politik yang sensible Tidak lah melampau partisan Walaupun ada inclination Condong ke Pembangkang Itu kita nampak jelas Tapi bila tak betul dia akan belasah Tak kira Dia juga katakan one to one i...
Tun Mahathir Mahu Spr Cegah Pengundi Bawa Telefon Bimbit Untuk Elak Rasuah

Tun Mahathir Mahu Spr Cegah Pengundi Bawa Telefon Bimbit Untuk Elak Rasuah

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 151 hits
PUTRAJAYA Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Suruhanjaya Pilihan Raya melarang penggunaan telefon bimbit di pusat pengundian ketika proses pembuangan undi nanti Kata bekas Perdana Menteri itu penggunaan telefo...
Tun M Saran Larang Bawa Telefon Bimbit Waktu Mengundi

Tun M Saran Larang Bawa Telefon Bimbit Waktu Mengundi

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 173 hits
BANGI 23 Rabiulawal 1444H Khamis Tun Dr Mahathir Mohamad menegur Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia supaya memperbaiki kelemahan yang ada sebelum Pilihan Raya Umum Ke 15
Tun Mahathir Pm Is Syok Sendiri

Tun Mahathir Pm Is Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 152 hits
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said Ismail Sabri was aware that opposition parties were not fully prepared to face the national polls amid the monsoon season NSTP MOHD FADLI HAMZAHPUTRAJAYA Caretaker Prime Minister Datuk Seri...
Kalau Dah Begini Keadaannya Lebih Baiklah Tun Hasmah Sendiri Nasihatkan Tun Mahathir Agar Bersara Sepenuhnya

Kalau Dah Begini Keadaannya Lebih Baiklah Tun Hasmah Sendiri Nasihatkan Tun Mahathir Agar Bersara Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 168 hits
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya Memberi contoh ketika pasangan ...
Tun M Sedia Jumpa Anwar Demi Kalahkan Perosak Negara

Tun M Sedia Jumpa Anwar Demi Kalahkan Perosak Negara

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 183 hits
ismaweb net24 mins agoTak kisah jika dianggap jilat ludah sendiriBANGI 24 Rabiulawal 1444H Jumaat Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi Pilih...
Tommy Tun M Repeatedly Violated Judicial Appointments Commission Act

Tommy Tun M Repeatedly Violated Judicial Appointments Commission Act

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 140 hits
The Special Taskforce report on Tan Sri Tommy Thomas s book last week revealed that the former Attorney General and former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad had repeatedly violated the Judicial Appointments Commission Act 2009 Accordin...
Pru15 Pakatan Harapan Tolak Tun M

Pru15 Pakatan Harapan Tolak Tun M

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 215 hits
kualalumpurpost netPublished on October 23 2022PETALING JAYA Pakatan Harapan menolak kerjasama dengan Gerakan Tanah Air bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Sekretariat PH Saifuddin Nasution I...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 1

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidangan Ramadan Dan Basikal Raya

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Petrol Ganti Minyak Tanah Jika Tiada Untuk Pasang Pelita Raya 4 Risiko Wajib Anda Tahu

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More

Kpm Larang Jualan Gula Gula Bentuk Vape Di Sekolah