Perlukah Dos Vaksin Ke 3


SEHINGGA kini dua dos vaksin sudah cukup melindungi masyarakat daripada komplikasi akibat jangkitan Covid-19.


SAUDARA PENGARANG,

SECARA umumnya, antibodi yang dihasilkan selepas vaksinasi atau sesuatu jangkitan menurun selepas sela masa tertentu.

Bagaimanapun, sekiranya vaksin terbabit merangsang tindak balas sel B iaitu sel yang menghasilkan sel memori, maka jangkitan masih boleh dicegah kerana sel itu akan menjadi aktif dan mengeluarkan antibodi apabila terdapat jangkitan baharu.

Persoalannya, adakah penurunan paras antibodi ini cukup untuk melindungi daripada jangkitan Covid-19? Penularan wabak dan vaksin Covid-19 masih baharu dan saintis belum benar-benar faham tentang perkara ini. Justeru, kajian berterusan perlu dilakukan.

Rakyat tidak perlu keliru sebaliknya berlapang dada sekiranya mendapat berita baharu berkaitan vaksin kerana ia adalah hasil kajian terbaru.

Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed Mungkin hasil kajian hari ini tidak sama dengan hasil kajian sebulan akan datang kerana pelbagai faktor seperti mutasi virus. Virus akan terus bermutasi dan besar kemungkinan boleh menjadi lebih bahaya.

Setakat ini, kajian yang dijalankan masih menunjukkan dua dos vaksin mampu untuk mengurangkan risiko kematian dan risiko jangkitan yang teruk.

Kajian klinikal setakat ini menunjukkan paras antibodi yang terhasil selepas dos pertama adalah rendah dan hanya mampu mencegah lebih kurang 50 peratus jangkitan.

Bagaimanapun, perlindungan selepas mendapat dos kedua sangat tinggi iaitu sehingga lebih 90 peratus.

Secara teori, apabila vaksin dos pertama disuntik, sistem imun badan akan menghasilkan antibodi dan sel-sel memori yang spesifik kepada kuman tersebut.

Tindak balas ini dikenali sebagai respon primer yang mengambil masa beberapa hari sebelum antibodi terhasil. Antibodi tersebut dihasilkan dalam kuantiti yang agak rendah.

Apabila dos kedua diberikan, sel-sel memori telah mengenali antigen yang terdapat di dalam vaksin dan akan terus bertindak dengan cepat.

Tindak balas ini dikenali sebagai respons sekunder. Respons sekunder lebih cepat dan bilangan antibodi yang terhasil adalah lebih banyak.

Lebih banyak antibodi dan sel memori yang terhasil, maka perlindungan adalah lebih baik.

Vaksin tidak menyebabkan seseorang kebal kepada jangkitan tetapi membantu melawan dan menghalang virus daripada terus menjangkiti dan menyebabkan komplikasi.

Pemberian vaksin dos ketiga dipengaruhi oleh dua faktor utama. Faktor pertama ialah mengenai keberkesanan vaksin.

Kajian menunjukkan paras antibodi menurun antara tiga hingga enam bulan selepas dos kedua tetapi sel memori kekal di dalam badan dan akan menjadi aktif serta berupaya memberi perlindungan yang baik sekiranya terdapat jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, kajian juga mendapati apabila dos ketiga diberikan setelah enam hingga lapan bulan selepas dos kedua, ia dapat meningkatkan paras antibodi sebanyak tiga kali ganda.

Ada juga kajian yang dilakukan melibatkan penambahan dos daripada jenis vaksin berbeza, namun setakat ini kebanyakan kajian menunjukkan kesan yang lebih baik sekiranya mengambil lebih daripada dua dos.

Faktor kedua pula disebabkan mutasi virus yang mungkin memerlukan dos ketiga atau suntikan vaksin setiap tahun disebabkan virus SARS–CoV–2 yang menyebabkan Covid-19 berupaya untuk bermutasi dan menghasilkan varian baharu.

Jika keberkesanan vaksin terhadap varian baharu berkurangan, maka vaksin baharu perlu dihasilkan dan diberikan kepada rakyat.

Pun begitu, banyak lagi kajian perlu dilakukan sebelum polisi tiga dos dilaksanakan. Buat masa ini, keutamaan harus diberi kepada mereka yang masih belum mendapatkan dos pertama dan kedua.

Sekurang-kurangnya masyarakat memiliki perlindungan asas untuk melawan jangkitan Covid-19.

PROF. MADYA DR. NURUL AZMAWATI MOHAMED & DR. LIYANA AZMI, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/perlukah-dos-vaksin-ke-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah Kita Dos Vaksin Ketiga

Perlukah Kita Dos Vaksin Ketiga

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 181 hits
Perlukah Kita Dos Vaksin Ketiga SECARA umumnya antibodi yang dihasilkan selepas vaksinasi atau sesuatu jangkitan menurun selepas sela masa tertentu Bagaimanapun sekiranya vaksin terbabit merangsang tindak balas sel B iaitu sel yang menghasi...
Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 181 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa berbual dengan penduduk ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di Projek Perumahan Rakyat Sri Johor Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur Gamba...
Vaksin Covid 19 Pfizer Serah Data Ujian Awal Dos Ke 3 Kepada Fda

Vaksin Covid 19 Pfizer Serah Data Ujian Awal Dos Ke 3 Kepada Fda

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 304 hits
Syarikat itu juga menyatakan dos ketiga berkesan menangani varian yang mudah berjangkit seperti Beta dan Delta Foto fail REUTERS SYARIKAT farmaseutikal Pfizer dan BioNTech menyerahkan laporan ujian klinikal peringkat awal kepada pengawal se...
Covid 19 Fda Lulus Dos Ketiga Vaksin Kepada Golongan Berisiko

Covid 19 Fda Lulus Dos Ketiga Vaksin Kepada Golongan Berisiko

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 242 hits
COVID 19 FDA lulus dos ketiga vaksin kepada golongan berisiko Pentadbiran Makanan dan Ubat Ubatan Amerika Syarikat meluluskan penggunaan dos penggalak atau booster vaksin COVID 19 jenis Pfizer dan Moderna kepada individu yang mempunyai taha...
11 4 Juta Populasi Negara Lengkap Dos Kedua Vaksin Covid 19

11 4 Juta Populasi Negara Lengkap Dos Kedua Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 267 hits
Oleh Infografik pemberian vaksin Covid 19 di seluruh negara setakat semalam Foto JKJAV SEBANYAK 11 400 456 orang atau 34 9 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos kedua vaksin Covid 19 setakat semalam Mengikut Jawatankuasa Khas ...
Dos Kedua Vaksin Pfizer Simptom Kuat Tidur

Dos Kedua Vaksin Pfizer Simptom Kuat Tidur

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 401 hits
Dos Kedua Vaksin Pfizer Simptom Kuat Tidur Alhamdulillah hari Jumaat lepas telah lengkap lah vaksin dos kedua mama Proses vaksin amat cepat dan mudah Dalam 15 minit dah terima vaksin Syukur sangat sangat Masa ambil first dose dulu sampai sa...
Pesakit Covid 19 Stage 4 Kongsi Kisah Petua Walaupun Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin

Pesakit Covid 19 Stage 4 Kongsi Kisah Petua Walaupun Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 753 hits
Hari demi hari kehilangan keluarga mahupun orang tersayang akibat wabak Covid 19 semakin meningkat Sudah lebih 10 000 nyawa hilang kerana wabak ini Ada di antara mereka dijangkiti pada kategori tiga atau empat tapi masih terselamat kerana s...
Vaksin Covid 19 Benarkan Penonton Lengkap Dua Dos Ke Stadium Usahawira

Vaksin Covid 19 Benarkan Penonton Lengkap Dua Dos Ke Stadium Usahawira

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 280 hits
Liga Bola Sepak Malaysia sekali lagi akan memohon kebenaran untuk penyokong menyaksikan perlawanan Liga Malaysia di stadium sebagai usaha merancakkan kembali saingan liga berkenaan Presiden MFL yang baharu Datuk Ab Ghani Hassan berkata bada
Iman Dah Vaksin Dos Pertama

Iman Dah Vaksin Dos Pertama

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 377 hits
Assalamualaikum MALAM tadi semasa sedang lena dengar Pak Inche cakap air dah keluar Jeling ke jam macam pukul 1 pagi Kiranya cepat jugak la SAJ buat kerja Memang selalunya macam tu selama lama Sk tinggal di rumah ni masalah tak ada air jara...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada