Perlukah Kita Dos Vaksin Ketiga



Perlukah Kita Dos Vaksin Ketiga?
SECARA umumnya, antibodi yang dihasilkan selepas vaksinasi atau  sesuatu jangkitan menurun selepas sela masa tertentu.
Bagaimanapun, sekiranya vaksin terbabit merangsang tindak balas sel B iaitu sel yang menghasilkan sel memori, maka jangkitan masih boleh dicegah kerana sel itu akan menjadi aktif dan mengeluarkan antibodi apabila terdapat jangkitan baharu.
Persoalannya, adakah penurunan paras antibodi ini cukup untuk melindungi daripada jangkitan Covid-19? Penularan wabak dan vaksin Covid-19 masih baharu dan saintis belum benar-benar faham tentang perkara ini. Justeru, kajian berterusan perlu dilakukan.
Rakyat tidak perlu keliru sebaliknya berlapang dada sekiranya mendapat berita baharu berkaitan vaksin kerana ia adalah hasil kajian terbaru.
Mungkin hasil kajian hari ini tidak sama dengan hasil kajian sebulan akan datang kerana pelbagai faktor seperti mutasi virus. Virus akan terus bermutasi dan besar kemungkinan boleh menjadi lebih bahaya.
Setakat ini, kajian yang dijalankan masih menunjukkan dua dos vaksin mampu untuk mengurangkan risiko kematian dan risiko jangkitan yang teruk.
Kajian klinikal setakat ini menunjukkan paras antibodi yang terhasil selepas dos pertama adalah rendah dan hanya mampu mencegah lebih kurang 50 peratus jangkitan.
Bagaimanapun, perlindungan selepas mendapat dos kedua sangat tinggi iaitu sehingga lebih 90 peratus.
Secara teori, apabila vaksin dos pertama disuntik, sistem imun badan akan menghasilkan antibodi dan sel-sel memori yang spesifik kepada kuman tersebut.
Tindak balas ini dikenali sebagai respon primer yang mengambil masa beberapa hari sebelum antibodi terhasil. Antibodi tersebut dihasilkan dalam kuantiti yang agak rendah.
Apabila dos kedua diberikan, sel-sel memori telah mengenali antigen yang terdapat di dalam vaksin dan akan terus bertindak dengan cepat.
Tindak balas ini dikenali sebagai respons sekunder. Respons sekunder  lebih cepat dan bilangan antibodi yang terhasil adalah lebih banyak.
Lebih banyak antibodi dan sel memori yang terhasil, maka perlindungan adalah lebih baik.
Vaksin tidak menyebabkan seseorang kebal kepada jangkitan tetapi membantu melawan dan menghalang virus daripada terus menjangkiti dan menyebabkan komplikasi.
Pemberian vaksin dos ketiga dipengaruhi oleh dua faktor utama. Faktor pertama ialah mengenai keberkesanan vaksin.
Kajian menunjukkan paras antibodi menurun antara tiga hingga enam bulan selepas dos kedua tetapi sel memori kekal di dalam badan dan akan menjadi aktif serta berupaya memberi perlindungan yang baik sekiranya terdapat jangkitan Covid-19.
Bagaimanapun, kajian juga mendapati apabila dos ketiga diberikan setelah enam hingga lapan bulan selepas dos kedua, ia dapat meningkatkan paras antibodi sebanyak tiga kali ganda.
Ada juga kajian yang dilakukan melibatkan penambahan dos daripada jenis vaksin berbeza, namun setakat ini kebanyakan kajian menunjukkan kesan yang lebih baik sekiranya mengambil lebih daripada dua dos.
Faktor kedua pula disebabkan mutasi virus yang mungkin memerlukan  dos ketiga atau suntikan vaksin setiap tahun disebabkan virus SARS–CoV–2 yang menyebabkan Covid-19 berupaya untuk bermutasi dan menghasilkan varian baharu.
Jika keberkesanan vaksin terhadap varian baharu berkurangan, maka vaksin baharu perlu dihasilkan dan diberikan kepada rakyat.
Pun begitu, banyak lagi kajian perlu dilakukan sebelum polisi tiga dos dilaksanakan. Buat masa ini, keutamaan harus diberi kepada mereka yang masih belum mendapatkan dos pertama dan kedua.
Sekurang-kurangnya masyarakat memiliki perlindungan asas untuk melawan jangkitan Covid-19.
PROF. MADYA DR. NURUL AZMAWATI MOHAMED & DR. LIYANA AZMI, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Perlukah Kita Dos Vaksin Ketiga?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Najib sokong pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ PH jangan hanya jerit di Parlimen saja – Rafizi Zizan Razak Nasihat Aliff Syukri Jadi Ketua Kampung Sebelum Masuk Politik Muhyiddin Perlu Lalui ‘Ujian Integriti’ Elok jika Bersatu tidak sertai kabinet Kerajaan baharu bukan kerajaan PN, pemimpin Umno bidas Muhyiddin Resepi Maggi Bandung Sempoi Sedap Saya takkan lompat cari tempat berlindung-Zahid Cabaran laluan berliku Pak Long Itulah belalang, kan bapak dah bilang
Zamburger giat ambil alih hotel Layari Laman Facebook MYKMU
PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

The post Perlukah Kita Dos Vaksin Ketiga? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/23/perlukah-kita-dos-vaksin-ketiga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Fda Lulus Dos Ketiga Vaksin Kepada Golongan Berisiko

Covid 19 Fda Lulus Dos Ketiga Vaksin Kepada Golongan Berisiko

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 210 hits
COVID 19 FDA lulus dos ketiga vaksin kepada golongan berisiko Pentadbiran Makanan dan Ubat Ubatan Amerika Syarikat meluluskan penggunaan dos penggalak atau booster vaksin COVID 19 jenis Pfizer dan Moderna kepada individu yang mempunyai taha...
Perlukah Dos Vaksin Ke 3

Perlukah Dos Vaksin Ke 3

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 142 hits
SEHINGGA kini dua dos vaksin sudah cukup melindungi masyarakat daripada komplikasi akibat jangkitan Covid 19 SAUDARA PENGARANG SECARA umumnya antibodi yang dihasilkan selepas vaksinasi atau sesuatu jangkitan menurun selepas sela masa terten...
Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 157 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa berbual dengan penduduk ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di Projek Perumahan Rakyat Sri Johor Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur Gamba...
Dos Kedua Vaksin Pfizer Simptom Kuat Tidur

Dos Kedua Vaksin Pfizer Simptom Kuat Tidur

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 380 hits
Dos Kedua Vaksin Pfizer Simptom Kuat Tidur Alhamdulillah hari Jumaat lepas telah lengkap lah vaksin dos kedua mama Proses vaksin amat cepat dan mudah Dalam 15 minit dah terima vaksin Syukur sangat sangat Masa ambil first dose dulu sampai sa...
11 4 Juta Populasi Negara Lengkap Dos Kedua Vaksin Covid 19

11 4 Juta Populasi Negara Lengkap Dos Kedua Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 252 hits
Oleh Infografik pemberian vaksin Covid 19 di seluruh negara setakat semalam Foto JKJAV SEBANYAK 11 400 456 orang atau 34 9 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos kedua vaksin Covid 19 setakat semalam Mengikut Jawatankuasa Khas ...
Vaksin Covid 19 Pfizer Serah Data Ujian Awal Dos Ke 3 Kepada Fda

Vaksin Covid 19 Pfizer Serah Data Ujian Awal Dos Ke 3 Kepada Fda

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 282 hits
Syarikat itu juga menyatakan dos ketiga berkesan menangani varian yang mudah berjangkit seperti Beta dan Delta Foto fail REUTERS SYARIKAT farmaseutikal Pfizer dan BioNTech menyerahkan laporan ujian klinikal peringkat awal kepada pengawal se...
Kes Nenek Terima 2 Dos Vaksin Sehari

Kes Nenek Terima 2 Dos Vaksin Sehari

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 173 hits
Somwang menunjukkan lengan kanannya kepada anak lelakinya Boonsong ketika bercakap dengan media Thailand mengenai pengalamannya yang mendapat dua suntikan vaksin AstraZeneca pada 14 Ogos lalu Bangkok Post BANGKOK Seorang wanita warga emas d...
Vaksin Dos Pertama Di Regency Specialist Hospital

Vaksin Dos Pertama Di Regency Specialist Hospital

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 357 hits
VAKSIN DOS PERTAMA DI REGENCY SPECIALIST HOSPITAL Alhamdulillah selesai dos pertama pada awal ogos hari tu Ingatkan nak tunda je tarikh untuk vaksin tu sebab tarikh tu sama dengan tarikh kakak appointment kat hospital Alhamdulillah kakak pu...
Vaksin Covid 19 Benarkan Penonton Lengkap Dua Dos Ke Stadium Usahawira

Vaksin Covid 19 Benarkan Penonton Lengkap Dua Dos Ke Stadium Usahawira

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 261 hits
Liga Bola Sepak Malaysia sekali lagi akan memohon kebenaran untuk penyokong menyaksikan perlawanan Liga Malaysia di stadium sebagai usaha merancakkan kembali saingan liga berkenaan Presiden MFL yang baharu Datuk Ab Ghani Hassan berkata bada
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat