Perlukah Anda Membaca Habis Dari Helaian Pertama Sampai Ke Akhir Sesebuah Buku Tips Membaca




Soalan seperti tajuk di atas sering kawan-kawan utarakan setiap kali bersembang pasal baca buku.
Punca utamanya adalah sebab timbul rasa bersalah setiap kali beli buku dan baca hanya sekerat jalan. Bila dah jadi banyak buku macam tu, maka jalan terbaik adalah berhenti terus membeli buku. Diikuti oleh berhenti terus membaca buku!
Saya kongsikan apa yang saya faham dari amalan sendiri. Juga dari pengalaman orang lain yang rajin membaca.
Membaca itu baik untuk andaKenapa anda perlu jadikan amalan membaca sebagai rutin seharian hidup, telah saya tulis sebelum ini.
Saya rasa anda tentu setuju bahawa amalan membaca merupakan satu aktiviti yang berfaedah. Cuma ada sedikit masalah apabila ada sesetengah orang yang menyangka seseorang yang kuat membaca adalah individu yang pandai.
Secara peribadi khasnya untuk saya sendiri, jika saya banyak membaca tidak semestinya saya masuk dalam kategori orang pandai. Cuma yang pastinya hasil dari amalan membaca, saya lebih banyak ‘tahu’. Itu memang berlaku.
Banyak tahu tidak bermakna pandaiOrang yang pandai adalah orang yang tahu menggunakan apa yang dia tahu dengan menjalinkan ikatan serta menghubungkan segala perkara yang dia tahu itu.
Hasil daripada jalinan berbagai perkara yang dia tahu mencetuskan pula satu perkara yang baru. Itu hanya dapat dilakukan oleh orang yang pandai. Kalau kalau tak pandai, tak akan mampu buat begitu.
Jadi kalau setakat tahu berbagai perkara tetapi tidak tahu untuk apa kegunaan semua yang dia tahu itu serta tidak tahu menghubungkan perkara yang belum terhubung, bukanlah pandai namanya.
Oleh itu untuk mereka yang risau takut-takut orang akan mengatakan padanya ‘pandai’ sebab kuat amalan membaca a.k.a rajin, anda telah mendapat satu jawapan untuk menolak apa yang orang akan katakan pada anda itu.
Sebab apa saya kata begitu?
Kerana budaya orang kita (terutamanya tempat di mana saya membesar), seperti telah terlatih untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh membuatkan orang sangka kita hebat. Kononnya atas alasan merendah diri. Lalu lansung tak buat usaha untuk jadi hebat. Kalau buat, diam-diam saja takut orang tahu.
Dalam ertikata lain orang kita tak suka menunjuk-nunjuk sebab dilarang sejak kecil, segala perkara yang boleh ditafsirkan sebagai mahu menonjolkan diri menjadi sesuatu yang tidak digemari.
Bila cikgu tanya siapa nak jawab soalan, semua orang takut angkat tangan walaupun dia tahu jawapan kepada soalan yang ditanya. Ini semata-mata kerana dikhuatiri orang akan kata mahu tunjuk pandai.
Jika anda sudah bersetuju dengan apa yang saya tulis di atas, bermakna anda sudah bersedia mahu menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian.
Matlamat membacaSebelum kita lihat apa petua mudah untuk menjadikan kegiatan membaca seperti amalan makan nasi, kita perlu terlebih dahulu tahu kenapa anda lakukan amalan membaca.
Secara umum, anda bersusah payah mengeluarkan duit atau meminjam buku untuk dibaca sebenarnya atas 2 matlamat sahaja.
Untuk berhiburUntuk belajarMembaca untuk berhiburApa sahaja buku atau majalah yang kita pegang untuk dibaca tidak akan lari daripada dua matlamat tersebut di atas.
Setiap matlamat yang anda sasarkan mempunyai cara yang berbeza, bagaimana untuk membaca.
Bagi buku-buku yang anda baca untuk tujuan berhibur atau bersantai, biasanya anda akan baca habis satu ayat demi satu ayat dari awal hingga akhir.
Contoh buku-buku seperti ini adalah seperti kisah dongeng, hikayat, fiksi, novel dan seumpamanya.
Jadi ingat anda hanya perlu membaca habis keseluruhan buku yang berada dalam kategori bersantai sahaja.
“Amalan membaca buku sehingga habis adalah untuk buku dalam kategori santai hiburan sahaja.”
Membaca untuk belajarJika anda membaca buku atas dasar mahu belajar, anda buka buku itu untuk mencari perkara-perkara yang mahu didalami.
Kebiasannya ia berupa isi-isi penting atau laporan serta fakta yang anda belum tahu atau tak berapa mahir.
Secara purata sebuah buku tebal yang anda mahu belajar mengandungi 20% sahaja isi-isi penting di dalamnya, selebihnya 80% lagi adalah huraian dan goreng untuk persembahan buat tambah pemahaman saja.
Jadi jika anda mahu belajar sesuatu dari sebuah buku, anda hanya perlu membaca atau mencari 20% sahaja daripada keseluruhan tulisan yang terdapat di dalamnya.
Jika anda membaca keseluruhan buku tersebut untuk belajar, anda sebenarnya hebat kerana menjadikan buku ilmiah sebagai bahan bacaan hiburan santai!.
Ulang baca untuk belajarNamun begitu, ada buku yang tulisannya padat berisi dari awal hingga akhir. Malah setiap perkataan dan ayat yang dipilih ada tujuannya tersendiri. 
Contoh paling dekat adalah Al-Quran. Setiap pilihan perkataan dan ayat ada tujuan dan makna yang sangat mendalam. Untuk faham satu perkataan yang tak jelas, anda perlu rujuk pada perkataan sama yang digunakan pada ayat lain pula.
Dalam kitab atau buku sebegitu, baca sekali faham lain. Baca 2 kali lain pula fahamnya. Baca berkali-kali anda akan lebih faham dan faham. Itupun masih tak habis sebab pengalaman yang anda jalani setiap hari akan memberikan perspektif baru pula bila anda buka dan ulang baca.
Ada tulisan berat seperti falsafah, pemikiran, doktrin dan seumpamanya yang masuk dalam kategori sebegitu. 
Tujuan tulisan sedemikian adalah untuk memerah dan menajamkan akal anda supaya berfikir. Itulah tujuan utama belajar.
Buku seperti itu biasanya akan diulang baca banyak kali.
Selamat membacaApabila kita memahami perkara di atas, amalan membaca akan menjadi sesuatu yang tidak menakutkan malah menyeronokkan.
Jika ada manusia yang tidak suka kedua-dua perkara yang saya sebutkan diatas, dia perlu segera pergi ke depan cermin untuk pastikan samada dia benar-benar manusia.
Adalah sesuatu yang pelik jika ada orang yang tidak suka bersantai dan tak ada lansung perkara yang mahu ketahui atau dipelajarinya.
Selamat bersantai dengan amalan membaca…!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/02/perlukah-anda-membaca-habis-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Tips Kuku Cepat Panjang Dan Sehat Secara Alami Mudah Banget

8 Tips Kuku Cepat Panjang Dan Sehat Secara Alami Mudah Banget

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 192 hits
Kuku yang panjang dan sehat pastinya menjadi impian bagi siapa saja khususnya para wanita Nah berikut ada tips untuk memanjangkan kuku secara cepat dan sehat yang patut untuk dicoba
Rider Tergamam Tak Sangka Terima Rm500 Sebagai Tips Daripada Pelanggan

Rider Tergamam Tak Sangka Terima Rm500 Sebagai Tips Daripada Pelanggan

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 119 hits
Tidak dapat dinafikan pekerjaan penghantar makanasering menjadi tumpuan orang ramai Mana tidaknya tugas yang digalas oleh mereka bukanlah semudah yang disangka kerana perlu mengejar pesanan makanan tepat pada waktunya kepada pelanggan Kadan...
Suka Baca Buku Anak Jadi Pandai Banyak Boleh Belajar Memang Bagus

Suka Baca Buku Anak Jadi Pandai Banyak Boleh Belajar Memang Bagus

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 213 hits
Bila anak selalu membaca buku cerita ia dapat merangsang pemikiran mereka Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca menulis dan mengira Anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita atau ibu ayahnya suka bercerita didapat...
Bawa Yassin Duduk Atas Kerusi Buku Banyak Tapi Ainul Pilih Yasin Nak Baca Mama Kongsi Surah Amalan

Bawa Yassin Duduk Atas Kerusi Buku Banyak Tapi Ainul Pilih Yasin Nak Baca Mama Kongsi Surah Amalan

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 164 hits
Anak kita berbeza beza dan punya keistimewaan masing masing Namun amat berbeza dan istimewa bagi buah hati kesayangan rakyat Malaysia adik Ainul Mardhiah yang cukup istimewa dalam semua segi Terbaru menerusi Instagramnya ibunya Nurul Erwani...
Buku Gratis 20 Kiat Bersabar Ketika Disakiti

Buku Gratis 20 Kiat Bersabar Ketika Disakiti

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 279 hits
Ada saja gangguan dari yang lain bahkan dari orang terdekat kita Tugas kita adalah BERSABAR
Tips Untuk Memilih Warna Untuk Rumah Anda

Tips Untuk Memilih Warna Untuk Rumah Anda

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 204 hits
Berikut adalah tips untuk memilih warna untuk rumah Anda Pertimbangkan kawasan sekitar rumah seperti taman pohon dan warna rumah jiran Gunakan warna yang dapat memperkuat gaya arsitektur rumah Anda seperti warna tradisional untuk rumah kolo...
Our Tips For Optimizing The Space In Your Home

Our Tips For Optimizing The Space In Your Home

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 228 hits
At a time when square meters are expensive it is important to learn how to optimize the space of the place where we live Sometimes all it takes is a few very simple changes to feel The post appeared first on
Tips Hilangkan Tidak Elak Mengantuk Ketika Memandu Jarak Jauh

Tips Hilangkan Tidak Elak Mengantuk Ketika Memandu Jarak Jauh

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 209 hits
Tips Hilangkan Tidak Elak Mengantuk Ketika Memandu Jarak JauhTips Hilangkan Tidak Elak Mengantuk Ketika Memandu Jarak Jauh Setiap hari saya kena melalui perjalanan yang lama dan jauh untuk pergi kerja dan balik kerja berulang alik naik kere...
Tips Guru 50 An Kerja Badan Lenguh Bertenaga Jeragat Hilang

Tips Guru 50 An Kerja Badan Lenguh Bertenaga Jeragat Hilang

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 207 hits
Tips Guru 50 an Kerja Badan Lenguh Bertenaga Jeragat HilangTips Guru 50 an Kerja Badan Lenguh Bertenaga Jeragat Hilang Saya bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur Setiap hari saya berulang alik ke seko...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Buat Saya Jerit Ada Ahli Baru 16 Tahun Peminat Kritik Lirik Lagu Illit Selit Unsur Seksual

Bila Kerap Pembohong Lama Lama Orang Tak Peecaya

Terkini Apa Jasa Akmal Di Melaka Umno Buka Jalan Pada Kj Dan Shahril

Malaysia Pemain Utama Ekonomi Digital

Pelakon Zulkifli Ismail Dedah Nafas Terhenti Ketika Tidur Jalani Sleep Test

Wanita Terperangkap Banjir Selamat Bersalin Sejurus Tiba Di Hospital Bomba Guna Perahu Bawa Ke Jalan Besar