Perlu Ulang Rawatan Radioactive Iodine Lagi
PERLU ULANG RAWATAN RADIOACTIVE IODINE LAGI? - Hari Selasa baru ni, aku sebenarnya plan nak tengok kad appointment je. Sebab aku confident yang aku punya appointment dengan unit Nuklear pada hari Khamis. Mujur aku tengok kad tu uolsss, rupanya appointment pagi Selasa tu
Bangun seawal pagi, bersiap ke Hospital Kuala Lumpur, unit Nuklear. Aku sampai awal, so siap breakfast dulu. Lepas tu aku terus minta tuan suami hantar aku dekat lobi. Tuan suami pergi balik rumah. Boleh aku settle sendiri semua
Dalam pukul 7:30 aku sampai ke Unit Nuklear. Dah ramai orang pakat tunggu dekat luar klinik. Aku mamai campur mengantuk. Elok staff buka pintu, berebut lah masing-masing taruk kat appointment dalam bakul. Cari tempat duduk dan duduk
Sambil menunggu tu, aku sempat berborak dengan seorang akak tu. Yang kena sakit tiroid tu ayah dia. Tapi percentage pesakit tiroid bagi lelaki adalah sikit je
Aku sempat terlelap berapa kali atas kerusi. Mengantuk gila-gila ! Walaupun giliran aku tak ada laa lama mana, tapi memang haritu aku letih gila
Bila dah turn nombor aku dipanggil, aku pun jumpa doktor. Ingat jumpa doktor Hanif. Tapi beliau tak ada pula. So jumpa doktor apa ntah nama dia. Dia bagi lah penerangan sikit-sikit pada aku. Kata hormon tiroid aku okay-okay je. Tapi kena repeat radioactive iodine untuk tengok sel kanser aku menternak lagi atau tidak
Jadi, appointment untuk aku ambil radioactive iodine (RAI) adalah bulan November 2019. Dan sekali lagi aku perlu berpisah dengan Is selama 8 hari. Untuk sihat kan? Kira pengorbanan antara aku dengan Is lah.. haaa gitu ~
Harapnya lepas ni aku betul-betul berpantang dan tak langgar macam haritu. Dan aku berharap lepas ni kanser tu duduk diam-diam je. Tak payah nak aktif-aktif
The writer,Tunsha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2019/08/perlu-ulang-rawatan-radioactive-iodine.html