Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket


PERLIS WEEK DI GEDUNG ISTIMEWA FOODMARKET™ | Assalamualaikum semua.. Bila sebut je Negeri Perlis mesti dah terbayang pelam harum manis kan. Keenakan pelam harum manis memang tiada bandingannya dengan pelam-pelam yang lain sehingga buah ini menjadi tular setiap kali musimnya tiba. Selain dari tu, negeri perlis juga kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisi serta produk makanan melayu yang boleh diketengahkan. Jadi atas inisiatif ini Foodmarket™ telah memilih negeri Perlis dengan mengadakan Perlis Week sebagai penutup tahun 2018


Mungkin ramai yang masih belum mengetahui apakah makanan tradisi negeri Perlis. Rasanya kalau suruh sebut pasti ramai yang tak tahu. Betul tak? Yang tau pelam harum manis je la. Jadi itu sebabnya Foodmarket™ telah bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri Perlis bagi menjayakan program Perlis Week ini. Lokasi Perlis Week akan diadakan di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan juga di Denai Alam, Shah Alam secara serentak bermula 12 Disember hingga 16 Disember 2018. 

Program ‘Perlis Week’ ini dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 di cawangan pertama mereka di Bandar Seri Permaisuri. Apa yang menarik ketika program ‘Perlis Week’ ini adalah pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas terus dari Perlis ke Kuala Lumpur. Antaranya belacan madu Perlis, pekasam daging, acar rebung, buah jeruk Perlis, produk hasilan mangga harum manis dan macam-macam lagi.


Walaupun program ini nampak ringkas dan mudah, sebenarnya banyak kajian dan usaha telah diletakkan bagi menjayakan program ini. Pasukan kreatif dari Foodmarket™ telah berkampung di Perlis selama seminggu menjelajah ceruk-ceruk pekan dan kampung bagi mencari produk-produk yang unik serta mempunyai nilai komersil yang boleh di bawa ke Kuala Lumpur. Selain itu mereka juga terpaksa membuat banyak pembacaan serta temuramah orang-orang tua bagi mengenali kuih-muih serta makanan tradisi Perlis yang ada sebahagiannya sukar untuk didapati walaupun di negeri itu sendiri.


Semua usaha ini tak akan terhasil dengan jayanya tanpa bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi Kerajaan Negeri Perlis khususnya dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, FAMA Perlis dan LKIM Perlis. Pihak Foodmarket™ amat bertuah dan menjunjung kasih kerana Ke Bawah Duli Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Tuanku Raja Puan Muda Perlis juga turut berkenan dan mencemar duli membantu kumpulan mereka sepanjang berada di negeri yang penuh dengan 1001 rahsia dan khazanah yang masih belum diterokai sepenuhnya ini. Semua dapatan ini telah direkodkan dan boleh dilihat di Youtube di akaun Foodmarket™


Tak sabar rasanya nak ke Perlis Week nanti. Bukan apa, nak juga merasa produk hasil air tangan orang Perlis ni. Paling aku teringin dan dah lama mencari adalah pekasam. Ha, pekasam kat Perlis ni lain tau. Ada pekasam ikan dan daging. Istimewanya pekasam Perlis menggunakan beras yang dihancur halus seperti serbuk, tidak seperti pekasam dari Kedah atau Perak. Ikan pekasam yang diperam dengan cara ini tidak hancur dan jika digoreng masih dalam bentuk seekor-seekor. Uish, kecur rasa bila teringat pekasam especially pekasam daging. Nanti nak beli la, pastu goreng bersama bawang besar, cili merah, daun kari dan orang Perlis suka juga tambahkan serai yang diracik untuk bau yang wangi. pergh... sedapnya.


Antara perkara yang menarik sepanjang menjalankan program ini, salah satunya adalah makanan yang tidak asing bagi kita semua iaitu laksa. Laksa Perlis tidak seperti laksa dari tempat-tempat lain. Laksa Perlis dihidang hanya dengan timun diracik halus, bawang besar dan daun selom serta diletakkan telur. Kuah laksa Perlis warnanya lebih cerah dan yang paling unik, laksa Perlis dimakan bersama-sama pulut udang. Kalau nak tau laksa Perlis akan hilang aslinya sekiranya menggunakan belacan lain melainkan ‘belacan madu Perlis’. Pastinya menu istimewa ini akan ada ketika ‘Perlis Week’ nanti di Foodmarket™.


Mesti ada yang bertanya sama ada kat Foodmarket™ ni ada jual buah pelam harum manis ke tidak. Ha, kalau buah yang fresh tu tak ada ye. Tapi produk dari pelam harum manis ada tau. Contohnya seperti pati jus mangga harum manis. Ni kalau bancuh time cuaca panas, ditambah pulak ais memang enak dan menyegarkan dengan rasa buah pelam harum manis.


Selain itu, sepanjang program ‘Perlis Week’, pelbagai kuih muih tradisi Perlis juga turut dijual dan hanya ada eksklusif ketika program ini sahaja. Antaranya biskut bangkit kelapa, kuih dangai, pulut kucai, ubi nenas dan macam-macam lagi kuih muih yang pastinya wajib dicuba ketika program ini


Jadi kepada semua pembaca blog ni, jangan ketinggalan untuk datang ke Foodmarket™ sempena Perlis Week ini. Serius memang menarik dan pasti memikat hati kerana di sini sahaja kita boleh mendapat makanan tradisi sempena Perlis Week ni. #PalatMaiNoh


Alamat:
Bandar Sri PermaisuriFoodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, Kuala Lumpur
No Telefon: 019-666.4889
Shah Alam Foodmarket, 12 Jalan Elektron U16/H, Denai Alam, 47000 Shah Alam,SelangorNo Telefon: 0192706003
Instagram : @Food.marketFacebook : @FoodmarketYoutube : @Foodmarket



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2018/12/perlis-week-di-gedung-istimewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember Hingga 16 Disember 2018

Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember Hingga 16 Disember 2018

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 517 hits
Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018 Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018 Assalamualaikum Salam Sejahtera gais Foodmarket sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi...
Beli Pekasam Daging Perlis Di Foodmarket Sempena Program Perlis Week

Beli Pekasam Daging Perlis Di Foodmarket Sempena Program Perlis Week

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 784 hits
Kalau cerita berkenaan makanan kegemaran sudah semestinya makanan kampung yang saya paling gemar Tak kisah lah makanan selera Kelantan ke Negeri Sembilan ke Melaka ke asalkan makanan kampung memang boleh buat meleleh air liur ni Antara maka...
Perlis Week Di Food Market Seri Permaisuri Cheras

Perlis Week Di Food Market Seri Permaisuri Cheras

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 332 hits
Kalau korang mencari produk makanan tempatan dari serata negeri datanglah ke Foodmarket Sri Permaisuri Cheras Seriously first time aku masuk ke Foodmarket memang excited Mana taknya pelbagai produk makanan dari serata negeri ada Paling best...
Kapolda Jabar Tegaskan Penahanan Habib Bahar Kasus Biasa Tidak Ada Yang Istimewa

Kapolda Jabar Tegaskan Penahanan Habib Bahar Kasus Biasa Tidak Ada Yang Istimewa

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 212 hits
Polisi menegaskan penahanan terhadap Bahar bin Smith atau Habib Bahar tidak mengandung unsur politis Penegak hukum melakukan semua tindakan hukum sesuai aturan yang berlaku
Sambut Krismas Dengan Hi Tea Istimewa Di Hotel Summit Subang Usj

Sambut Krismas Dengan Hi Tea Istimewa Di Hotel Summit Subang Usj

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 370 hits
AssalammualaikumMenjelang hujung tahun ni pelbagai tawaran Hi Tea yang ditawarkan yang bukan sahaja menggamit selera tetapi juga mengecurkan air liur tatkala melibat tawaran harga dan menu yang enak enak Dengan tawaran harga istimewa serend...
Wanita Sememangnya Insan Yang Istimewa

Wanita Sememangnya Insan Yang Istimewa

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 224 hits
Wanita sememangnya insan yang istimewa Wanita sememangnya insan yang istimewa Tak mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dalam masa yang sama perlu menguruskan rumahtangga dan anak anak Rutin harian yang sangat sibuk seg...
Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea

Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 533 hits
Birthday Gift Box Istimewa Dari Althea Hai all rasa happy sangat bila ini pertama kali zaza terima Birthday Gift Box istimewa dari Althea Terima kasih Althea sebab bagi point kredit untuk zaza beli pelbagai produk di Althea Rambang mata jug...
Pimpinan Kpk Harap Lagu Anti Korupsi Bikin Setan Di Gedung Dpr Kabur

Pimpinan Kpk Harap Lagu Anti Korupsi Bikin Setan Di Gedung Dpr Kabur

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 242 hits
Kemungkinan ini kalau diputar di Gedung DPR atau diputar di mobil mobil pejabat mudah mudahan setan keluar dari dalam mobilnya agar dia tidak korupsi ujar pimpinan KPK tersebut
Kisah Hidup George H W Bush Dari Perang Dunia Ii Perang Irak Hingga Gedung Putih

Kisah Hidup George H W Bush Dari Perang Dunia Ii Perang Irak Hingga Gedung Putih

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 339 hits
Presiden ke 41 AS George H W Bush dipandang sebagai sosok yang baik dan memiliki kehidupan yang luar biasa
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun