Beli Pekasam Daging Perlis Di Foodmarket Sempena Program Perlis Week



Kalau cerita berkenaan makanan kegemaran, sudah semestinya makanan kampung yang saya paling gemar. Tak kisah lah makanan selera Kelantan ke, Negeri Sembilan ke, Melaka ke, asalkan makanan kampung memang boleh buat meleleh air liur ni

Antara makanan kampung yang selalu jadi pilihan aku adalah ikan pekasam. Goreng letak bawang banyak-banyak memang kenalahkan? Dapat makan pulak dengan nasi panas alahai sedapnya. Tapi kan, selain pekasam ikan rupanya pekasam daging pun ada. Pekasam daging dikatakan cukup popular di negeri Perlis. Pekasam daging selalunya digoreng bersama bawang besar, cili merah, daun kari dan orang Perlis suka juga tambahkan serai yang diracik untuk bau yang wangi



Kalau orang Perlis diorang tahu lah macamana sedapnya pekasam daging ni kan. Saya sendiri memang tak pernah cuba. Dapat tahu kewujudannya pun dari promosi #PerlisWeek yang berlansung di Foodmarket™. Dah alang-alang singgah Foodmarket™ ni memang borong banyak-banyaklah kan. Nak ke Perlis tak tahu bila lagi




Istimewanya pekasam Perlis ni, ia menggunakan beras yang dihancur halus seperti serbuk, tidak seperti pekasam dari Kedah atau Perak. Untuk pekasam ikan, Ikan pekasam yang diperam dengan cara ini tidak hancur dan jika digoreng masih dalam bentuk seekor-seekor

PROGRAM PERLIS WEEK DI FOODMARKET™
Untuk pengetahuan korang, Foodmarket™ ni sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi dan produk makanan Melayu dari desa. Kali ini sempena penutup tirai 2018, Foodmarket™ memilih negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di utara Semenanjung Malaysia sebagai pilihan untuk diketengahkan. Program ‘Perlis Week’ di Foodmarket™ telah bermula pada 12 Disember dan akan berakhir pada 16 Disember 2018. Program ini akan berjalan serentak di kedua-dua cawangan Foodmarket™ yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan juga di Denai Alam, Shah Alam.



Program ‘Perlis Week’ ini akan dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 di cawangan pertama kami di Bandar Seri Permaisuri


Apa yang menarik ketika program ‘Perlis Week’ ini adalah pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas terus dari Perlis ke Kuala Lumpur. Antaranya belacan madu Perlis, pekasam daging, acar rebung, buah jeruk Perlis, produk hasilan mangga harum manis dan macam-macam lagi.


Walaupun program ini nampak ringkas dan mudah, sebenarnya banyak kajian dan usaha telah diletakkan bagi menjayakan program ini. Pasukan kreatif dari Foodmarket telah berkampung di Perlis selama seminggu menjelajah ceruk-ceruk pekan dan kampung bagi mencari produk-produk yang unik serta mempunyai nilai komersil yang boleh di bawa ke Kuala Lumpur. Selain itu kami juga terpaksa membuat banyak pembacaan serta temuramah orang-orang tua bagi mengenali kuih-muih serta makanan tradisi Perlis yang ada sebahagiannya sukar untuk didapati walaupun di negeri itu sendiri.



Semua usaha ini tak akan terhasil dengan jayanya tanpa bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi Kerajaan Negeri Perlis khususnya dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, FAMA Perlis dan LKIM Perlis. Kami juga amat rasa bertuah dan menjunjung kasih kerana Ke Bawah Duli Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Tuanku Raja Puan Muda Perlis juga turut berkenan dan mencemar duli membantu kumpulan kami sepanjang berada di negeri yang penuh dengan 1001 rahsia dan khazanah yang masih belum diterokai sepenuhnya ini. Semua dapatan ini telah kami rekodkan dan boleh dilihat di Youtube di akaun Foodmarket.


Antara perkara yang menarik sepanjang menjalankan program ini, salah satunya adalah makanan yang tidak asing bagi kita semua iaitu laksa. Laksa Perlis tidak seperti laksa dari tempat-tempat lain. Laksa Perlis dihidang hanya dengan timun diracik halus, bawang besar dan daun selom serta diletakkan telur. Kuah laksa Perlis warnanya lebih cerah dan yang paling unik, laksa Perlis dimakan bersama-sama pulut udang. Kami juga dimaklumkan laksa Perlis akan hilang aslinya sekiranya menggunakan belacan lain melainkan ‘belacan madu Perlis’. Pastinya menu istimewa ini akan ada ketika ‘Perlis Week’ nanti di Foodmarket™

Selain itu, sepanjang program ‘Perlis Week’, pelbagai kuih muih tradisi Perlis juga turut dijual dan hanya ada eksklusif ketika program ini sahaja. Antaranya kuih dangai, pulut kucai, ubi nenas dan macam-macam lagi kuih muih yang pastinya wajib dicuba ketika program ini. Jadi apa tunggu lagi, jomlah beramai-ramai memeriahkannya. Macam-macam ada

Info mengenai Foodmarket™ 
Foodmarket™ diasaskan pada tahun 2015 dengan permulaan sebagai kedai maya www.foodmarket.com.my dan pada Oktober 2017 atas permintaan ramai, kedai pertama Foodmarket™ dibuka di Bandar Seri Permaisuri. Foodmarket™ hanya memfokuskan kepada produk unik dan tradisi yang bercirikan Malaysia yang kebanyakannya telah diberi nafas baru dengan penambah baikan pembungkusan dan reka bentuk yang lebih menarik, moden dan chic. 
Pelanggan Foodmarket™ rata-ratanya adalah dari warga kota, pelancong malah produk-produk dari Foodmarket™ menjadi pilihan ramai sosialit di Kuala Lumpur serta kerabat DiRaja. Produk-produk yang dibawa dititikberatkan keaslian tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang lebih baik dalam kelas tersendiri, melangkaui apa yang ada dipasaran ketika ini. 
Ketika ini terdapat hampir 500 jenis produk makanan tradisi seperti sambal, budu, cincalok, pekasam, tempoyak dan pelbagai hasilan desa, industri kecil dan sederhana serta produk artisan berada dibawah bumbung Foodmarket™. 
Alamat: 
Foodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, Kuala Lumpur. No Telefon: 019-666.4889 
Foodmarket, 12 Jalan Elektron U16/H, Denai Alam, 47000 Shah Alam, Selangor 
No Telefon: 0192706003 
Email: [email protected] web: www.foodmarket.com.myInstagram: @food.market Facebook: www.facebook.com/foodmarket.my

Trivia Foodmarket 
1. Cawangan pertama Foodmarket™ di Bandar Seri Permasuri dibuka selepas dua tahun laman web Foodmarket dilancarkan. 
2. Foodmarket™ telah menerima anugerah ‘Social Entrepreneur’ yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia oleh MDEC. 
3. Kesemua produk yang ada di Foodmarket adalah Halal. 
4. Setiap usahawan yang ingin meletakkan produk makanan mereka di situ perlu mempunyai keunikan dan ciri-ciri Malaysia. 
5. Foodmarket menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan penjenamaan sesebuah produk kepada usahawan yang memerlukan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2018/12/beli-pekasam-daging-perlis-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember Hingga 16 Disember 2018

Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember Hingga 16 Disember 2018

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 525 hits
Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018 Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018 Assalamualaikum Salam Sejahtera gais Foodmarket sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi...
Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket

Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 635 hits
PERLIS WEEK DI GEDUNG ISTIMEWA FOODMARKET Assalamualaikum semua Bila sebut je Negeri Perlis mesti dah terbayang pelam harum manis kan Keenakan pelam harum manis memang tiada bandingannya dengan pelam pelam yang lain sehingga buah ini menjad...
Perlis Week Di Food Market Seri Permaisuri Cheras

Perlis Week Di Food Market Seri Permaisuri Cheras

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 337 hits
Kalau korang mencari produk makanan tempatan dari serata negeri datanglah ke Foodmarket Sri Permaisuri Cheras Seriously first time aku masuk ke Foodmarket memang excited Mana taknya pelbagai produk makanan dari serata negeri ada Paling best...
Berbaloi Beli Set Hadiah Eksklusif Sempena Krismas Di Guardian

Berbaloi Beli Set Hadiah Eksklusif Sempena Krismas Di Guardian

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 383 hits
SEMPENA PERAYAAN KRISMAS NIE BANYAK BETUL PROMOSI HEBAT YANG DITAWARKAN YANG BESTNYA DI GUARDIAN PUN ADA ADA BANYAK SET HADIAH EKSKLUSIF YANG MENARIK DAN PRAKTIKAL SERTA LEBIH JIMAT Kalau korang masuk atau singgah ke Guardian pasti akan ter...
Kelantan Cuti Peristiwa Sempena Himpunan Anti Icerd Rileksmedia

Kelantan Cuti Peristiwa Sempena Himpunan Anti Icerd Rileksmedia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 348 hits
KOTA BHARU Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti peristiwa di negeri ini pada Ahad sempena perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di ibu negara sehari sebelumnya Menteri Besar Datuk A...
Nike Air Max Plus Kembali Dengan Warna Blue Void Total Orange Sempena Ulang Tahun Ke 20

Nike Air Max Plus Kembali Dengan Warna Blue Void Total Orange Sempena Ulang Tahun Ke 20

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 353 hits
Bagi meraikan ulang tahun yang ke 20 Nike Air Max Plus TN telah melancarkan keluaran terbaru kasut berunsurkan klasik dalam warna Blue Void Total Orange yang mengancam Hiasan struktur warnanya yang mempunyai dua ton warna klasik iaitu Sunse...
Tempat Percutian Menarik Di Johor Sempena Cuti Sekolah

Tempat Percutian Menarik Di Johor Sempena Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 809 hits
Tempat percutian menarik di Johor sempena cuti sekolah Cuti persekolahan baru je beberapa minggu bermula kan Tentu ibu bapa dah ada plan untuk bawa anak bercuti semasa musim persekolahan Jika korang tidak tahu ke mana nak bawa anak anak kor...
Menu Hi Tea Sempena Krismas Dan Tahun Baru 2019 Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Menu Hi Tea Sempena Krismas Dan Tahun Baru 2019 Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 602 hits
Menu Hi Tea Sempena Krismas dan Tahun Baru 2019 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam Assalamualaikum dan selamat sejahtera Lagi beberapa hari je kita nak bertemu dengan Hari Natal Hari Krismas dan juga Tahun Baru 2019 Cuti cuti ni apa kata kit...
Kadir Saran Potong Gaji Selepas Kelantan Isytihar Cuti Sempena Himpunan Icerd

Kadir Saran Potong Gaji Selepas Kelantan Isytihar Cuti Sempena Himpunan Icerd

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 354 hits
Kadir Jasin PETALING JAYA Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mencadangkan Putrajaya memotong gaji penjawat awam di Kelantan selepas kerajaan negeri mengisytiharkan cuti peristiwa Ahad ini untuk memberi peluang rakyatnya menyertai himpunan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah