Wanita Sememangnya Insan Yang Istimewa


Wanita sememangnya insan yang istimewa. Wanita sememangnya insan yang istimewa. Tak mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, dalam masa yang sama perlu menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Rutin harian yang sangat sibuk, segala penat dan lelah hanya dipendam sendiri demi memastikan keluarga terurus sempurna. Adakalanya pengorbanan besar ini, tidak dihargai oleh suami sendiri dan mengakibatkan ramai wanita mudah stress sehingga tahap hadapi kemurungan!
Jemput baca, fahamkan dan hayati perkongsian oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew ini sebagai renungan. Sedih dan cuma mampu berdoa kasihan pada wanita yang diuji.
Baru ini saya ceramah pada sekumpulan wanita yang mengalami tekanan dan stress dan sehingga sampai tahap kemurungan. Ramai yang menangis bila saya kata Allah sayang. Saya minta mereka ramai-ramai ulang sebut “Allah sayang saya. Allah sayang saya.” Mereka semua menangis sambil ucap perkataan itu. Mereka menangis makin kuat.
Orang tanya saya kenapa wanita ini stress. Jawapannya, mereka juga manusia. Cuba kenang sekejap. Undang-undang dibuat supaya semua waktu kerja ada waktu. Siapa majikan tak ikut diambil tindakan. Mesti ada waktu rehat. Untuk bibik pun kerajaan dah buat jadual mereka mesti ada rehat. Buruh di kilang dan ladang juga ada waktu. Seorang isteri ada jadual rehat tak? Hampir semua tiada rehat. Ya Allah. 24jam sehari. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga.
Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibu ayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami.
Uruskan Karenah Anak & Suami
Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami.
Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.
Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Kerja meleraikan anak menjerit bergaduh menangis. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati. Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah.
Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami. Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Masa nak mandi pun takde. Anak menjerit ketuk pintu. Masa bila nak makan. Masa bila nak tidur. Masa bila nak mandi. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah..
Isteri sepanjang malam rasa bersalah…itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita..
“Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama..“saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti..
Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya..
Seorang lelaki yang ingin kebaikan, bahagia dan kejayaan dalam hidupnya berusahalah gembirakan 2 orang ini. Isteri dan ibumu. Lihatlah bagaimana Allah akan bahagia dan kebaikan dalam hidupmu.
Sayangilah isteri kita. Maafkanlah mereka. Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk.
Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala. Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Jadilah pendengar setia dan penyayang.
Isteri Amanah Allah
Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw. Mereka bukan tukang masak. Bukan bibik. Bukan cleaner. Bukan pekerja kita. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi saw. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga.
Itulah kehidupan rumahtangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah
Harapan saya nak cadang supaya setiap rumahtangga suami isteri dihantar kursus kekeluargaan 3 bulan sekali. Organisasi dan kerajaan sepatutnya hantar setiap staf bawa pasangan belajar ilmu rumahtangga. Suburkan cinta dan sayang dengan sunnah Nabi saw. Buat isteri yang mengadu ada masalah keluarga di pejabat agama. Terus hantar suaminya bawa belajar iman di masjid supaya lebih menghargai isteri dan belajar bimbing isteri dan agama. Sedih sebab bila ada masalah bertahun-tahun wanita itu derita sampai jadi murung. Jadi takut suami. Trauma. Sakit. Disiksa zahir batin. Bantulah ya Allah. Permudahkanlah dan berilah jalan keluar buat wanita-wanita ini.-
Benarlah mafhum sabdaan Nabi saw, orang yang paling baik ialah orang yang paling baik kepada isterinya. Nabi saw ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Sumber: Ebit Lew
The post Wanita sememangnya insan yang istimewa appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/wanita-sememangnya-insan-yang-istimewa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebanyakan Lelaki Sememangnya Suka Melihat Wanita Tanpa Mekap

Kebanyakan Lelaki Sememangnya Suka Melihat Wanita Tanpa Mekap

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 271 hits
Kebanyakan Lelaki Sememangnya Suka Melihat Wanita Tanpa Mekap Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya Di sini kami bongkar rahsia...
7 Kebaikan Apabila Kita Amalkan Rendam Kaki Dalam Bancuhan Garam Untuk Wanita Yang Kerap Sakit

7 Kebaikan Apabila Kita Amalkan Rendam Kaki Dalam Bancuhan Garam Untuk Wanita Yang Kerap Sakit

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 775 hits
Terbukti merendamkan kaki dalam air panas dicampurkan dengan sedikit garam selain dapat membuat kita menjadi lebih tenang dan ianya juga boleh membersihkan kuman yang bersarang di telapak kaki Merendam kaki juga dapat membuat kaki kita menj...
Adrienne Koleszar Polis Wanita Paling Cun Di Jerman

Adrienne Koleszar Polis Wanita Paling Cun Di Jerman

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 654 hits
Seorang wanita yang digelar polis tercantik Jerman diberi kata dua sama ada masih mahu menjadi penjawat awam atau berhenti untuk mengejar populariti sebagai model di Instagram Adrienne Koleszar 34 yang bertugas di bandar ini mempunyai 557 0...
2 Sejoli Menikah Di Rumah Sakit Kaki Mempelai Wanita Sempat Terancam Diamputasi

2 Sejoli Menikah Di Rumah Sakit Kaki Mempelai Wanita Sempat Terancam Diamputasi

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 273 hits
Dua sejoli yang melangsungkan pernikahan di rumah sakit Grand Med Lubukpakam Kabupaten Deliserdang dan viral di media sosial diketahui merupakan Kurniadi Saragih dan Juwita Sundari Pernikahan keduanya ini dilangsungkan di rumah sakit pada S...
Kopi Pegaga Warisan Khasiat Terbaik Untuk Wanita Lelaki

Kopi Pegaga Warisan Khasiat Terbaik Untuk Wanita Lelaki

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 415 hits
Kopi Hampir semua orang suka kopi Sentiasa ada stok didapur Malah di pantry ofis juga Kopi juga mengandungi antioksidan Ia mampu melawan radikal bebas Sebab itu UN pilih KOPI PEGAGA WARISAN Alangkah bagusnya kopi yang diminum diadun bersama...
Walaupun Sudah Ada Isteri 5 Artis Popular Ini Pilih Wanita Lain Untuk Mengandung Anak Mereka

Walaupun Sudah Ada Isteri 5 Artis Popular Ini Pilih Wanita Lain Untuk Mengandung Anak Mereka

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 454 hits
Artis yang mempunyai anak dari ibu tumpang bukanlah perkara aneh Sebenarnya ada banyak artis terkenal yang menggunakan kaedah penyewaan ini Ada pelbagai alasan kenapa mereka menggunakan khidmat ibu tumpang Salah satu sebabnya adalah kerana ...
Bawa Lari Tas Penjual Sembako Wanita 40 Tahun Nyaris Diamuk Massa

Bawa Lari Tas Penjual Sembako Wanita 40 Tahun Nyaris Diamuk Massa

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 204 hits
Nuhaeda korban copet terakhir menjelaskan awalnya Suriani mau beli sembako Berbagai jenis sembako dia ambil dan terakhir minyak goreng Dia ambil sendiri di lemari kaca Sementara Nuhaeda sibuk melayani langganan yang lain
Mahu Stafnya Utamakan Keluarga Daripada Kerja Wanita Ini Rela Tutup Syarikat Daripada Lihat Pekerjanya Bersedih

Mahu Stafnya Utamakan Keluarga Daripada Kerja Wanita Ini Rela Tutup Syarikat Daripada Lihat Pekerjanya Bersedih

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 233 hits
Mahu Stafnya Utamakan Keluarga Daripada Kerja Wanita Ini Rela Tutup Syarikat Daripada Lihat Pekerjanya Bersedih Seorang wanita yang juga seorang ahli perniagaan yang berjaya ini mungkin menjadi majikan dambaan semua pekerja di seluruh dunia...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation