Perlis Benarkan Sembahyang Jumaat Bersyarat Mulai 15 Mei



Sebagai langkah permulaan untuk membolehkan 'syiar Jumaat' dihidupkan kembali, Perlis membenarkan sembahyang Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini.

Peraturan yang ditetapkan ialah jumlah jemaah termasuk imam/khatib tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang dari tiga orang dengan hanya pegawai masjid dan ahli jawatankuasa Masjid yang dibenarkan.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) ketika mengumumkan perkara itu dalam kenyataan, hari ini, menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Menurutnya Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua Maips bertitah kebenaran itu tidak dapat diizinkan kepada masyarakat awam disebabkan ancaman penularan wabak Covid-19 yang belum pulih sepenuhnya.

“Masjid tidak boleh dibuka kepada orang ramai sebaliknya mereka yang dibenarkan menunaikan sembahyang Jumaat ialah pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid sahaja. Jemaah perlu membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekod kehadiran di buku kedatangan.

“Mereka yang berumur 60 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir, selain mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak, selesema serta mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit barah juga tidak dibenarkan,” titah baginda, menurut kenyataan itu.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah mereka yang hadir juga perlu memakai penutup hidung dan mulut dan melaksanakan penjarakan sosial sekurang-kurangnya dua meter ketika solat.

Selain itu jemaah juga perlu berwuduk sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah sendiri, selain sembahyang diutamakan di tempat terbuka seperti di anjung masjid.

Baginda bertitah tempoh bermula azan hingga selesai sembahyang Jumaat hanya 15 minit dan kontak fizikal seperti berjabat tangan tidak dibenarkan sama ada sebelum atau selepas sembahyang dan semua jemaah perlu beredar dari masjid selepas selesai solat.

Pengerusi masjid dipertanggungjawab memastikan semua syarat dipatuhi dan kegagalan untuk mematuhi semua syarat-syarat akan menyebabkan masjid berkenaan tidak dibenarkan untuk mengadakan sembahyang Jumaat.

MAIPs mengeluarkan peraturan itu setelah mengambil kira pandangan Jabatan Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Muzakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Kementerian Kesihatan.

-Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/perlis-benarkan-sembahyang-jumaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Jumaat Bersyarat Di Perlis Mulai 15 Mei Maips

Solat Jumaat Bersyarat Di Perlis Mulai 15 Mei Maips

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 378 hits
Jumlah jemaah termasuk imam khatib tak lebih 12 orang KANGAR Sebagai langkah permulaan untuk membolehkan Syiar Jumaat dihidupkan kembali Perlis membenarkan Solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini Peraturan yang ditetapkan ialah jumlah jemaa...
Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat Mufti Perlis

Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 522 hits
Sebelum ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa kebenaran untuk solat Jumaat dan solat berjemaah terawih ketika Perintah Kawalan Pergerakan bakal dibincangkan Menurutnya semua kementerian bakal menyertai perbinca...
Terengganu Benar Solat Jumaat Mulai 22 Mei

Terengganu Benar Solat Jumaat Mulai 22 Mei

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 542 hits
Solat sunat Tarawih dan Aidilfitri di masjid surau tak dibenarkan KUALA TERENGGANU 15 Mei Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat diadakan di masjid bermula 22 Mei selepas mendapat pandan...
Mahkamah Dibuka Secara Berperingkat Mulai 13 Mei

Mahkamah Dibuka Secara Berperingkat Mulai 13 Mei

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 339 hits
PUTRAJAYA 4 MEI Kes kes yang telah ditetapkan untuk pendengaran di mahkamah terbuka akan bermula secara berperingkat mulai 13 Mei ini Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan K...
Restoran Boleh Dibuka Mulai 4 Mei Dengan Mengamalkan Penjarakan Sosial Pm

Restoran Boleh Dibuka Mulai 4 Mei Dengan Mengamalkan Penjarakan Sosial Pm

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 411 hits
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kesemua restoran di Malaysia boleh dibuka semua bermula 4 Mei ini Menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja beliau memaklumkan bahawa peniaga restoran d...
Solat Jumaat Berjemaah Di Masjid Surau Terpilih Mulai Esok

Solat Jumaat Berjemaah Di Masjid Surau Terpilih Mulai Esok

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR Semua masjid surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri bermula esok dalam tempoh Perintah Kawalan P...
Bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional Mulai 04 Mei 2020 Hingga 15 Mei 2020 Secara Berperingkat

Bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional Mulai 04 Mei 2020 Hingga 15 Mei 2020 Secara Berperingkat

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 543 hits
Bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional Mulai 04 Mei 2020 Hingga 15 Mei 2020 Secara Berperingkat Pembayaran fasa kedua akan dikreditkan terus ke akaun bank dan akan dibuat secara berperingkat Jumlah bayaran adalah seperti berikut B40 I...
Pkp Polis Benarkan Rentas Negeri 1 Hingga 3 Mei

Pkp Polis Benarkan Rentas Negeri 1 Hingga 3 Mei

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 445 hits
Anggota polis dan tentera mengawal sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Shah Alam 5 April 2020 Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 25 April Orang ramai yang hendak melakukan pergerakan antara negeri untuk tujuan yang dib...
Mulai Hari Ini Kerajaan Benarkan Dua Orang Pergi Beli Barang Dalam Tempoh Pkp

Mulai Hari Ini Kerajaan Benarkan Dua Orang Pergi Beli Barang Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 552 hits
Dua ahli keluarga dibenarkan membeli barang keperluan atau mendapatkan perkhidmatan perubatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini sesuai dengan warta persekutuan baru mengenai Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah