Terengganu Benar Solat Jumaat Mulai 22 Mei


Solat sunat Tarawih dan Aidilfitri di masjid, surau tak dibenarkan.
KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat diadakan di masjid bermula 22 Mei selepas mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Osman Muda walau bagaimanapun berkata, kebenaran yang diberikan itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk hanya diadakan di satu masjid utama dalam setiap daerah seperti masjid Wakaf Tembesu bagi Kuala Nerus.

"Bilangan jemaah pula tidak melebihi 40 orang, termasuk imam dan khatib.

"Pegawai Agama Daerah bertanggungjawab dalam mengenal pasti jemaah yang akan menghadiri solat Jumaat dan catatan ahli jemaah hendaklah dicatat dengan teliti," ujar beliau dalan satu kenyataan rasmi hari ini.

Mengulas lanjut, katanya khutbah Jumaat hendaklah ditumpukan kepada rukun sahaja dengan tidak melebihi tujuh minit untuk kedua-dua khutbah.

Jelasnya, jemaah yang diizinkan hadir pula hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran.

"Individu yang berumur 60 tahun dan ke atas serta yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema tidak dibenarkan hadir.

"Begitu juga mereka yang  mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah dan sebagainya juga tidak dibenarkan hadir.

"Penjarakan sosial 1 meter, memakai penutup mulut dan hidung (face-mask) ketika menunaikan solat, berwuduk terlebih dahulu sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah sendiri mesti diamalkan," jelas beliau.

Katanya lagi, semua yang hadir juga hendaklah terus beredar meninggalkan kawasan masjid setelah selesai solat.

"Tidak dibenarkan berjabat tangan di masjid  setiap masa sama ada sebelum atau selepas solat.

"Sembahyang sunat adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh berada di dalam masjid kecuali solat sunat Tahiyatul Masjid," katanya.

Bagi memastikan aliran pengudaraan di dalam ruang solat, beliau menyarankan agar pihak masjid membuka semua jendela dan menggunakan kipas angin sahaja.

Mengenai solat fardu berjemaah, Baginda turut memberi perkenan untuk diadakan pada tarikh sama di semua masjid tetapi hanya tiga orang sahaja dibenarkan iaitu ahli jawatankuasa dan pegawai masjid secara bergilir-gilir.

"Solat fardu berjemaah bersyarat juga bermula pada 22 Mei, manakala, solat sunat tarawih dan Aidilfitri tidak dibenarkan di masjid dan surau sama sekali," tambah beliau

Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/05/terengganu-benar-solat-jumaat-mulai-22.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Jumaat Bersyarat Di Perlis Mulai 15 Mei Maips

Solat Jumaat Bersyarat Di Perlis Mulai 15 Mei Maips

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 396 hits
Jumlah jemaah termasuk imam khatib tak lebih 12 orang KANGAR Sebagai langkah permulaan untuk membolehkan Syiar Jumaat dihidupkan kembali Perlis membenarkan Solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini Peraturan yang ditetapkan ialah jumlah jemaa...
Pkpb Perlis Benar Solat Jumaat

Pkpb Perlis Benar Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 462 hits
Gambar HiasanPERLIS membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid seluruh negeri bermula 15 Mei dengan syarat tertentu tanpa kehadiran orang awam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam kenyataan hari ini berkata solat Jum...
Kerajaan Digesa Benar Solat Jumaat Dan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan Digesa Benar Solat Jumaat Dan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 474 hits
Kerajaan digesa untuk membenarkan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di beberapa masjid utama di seluruh negara Melihat sektor ekonomi dan sosial dibuka semula selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Pengerusi Ja...
Solat Jumaat Berjemaah Di Masjid Surau Terpilih Mulai Esok

Solat Jumaat Berjemaah Di Masjid Surau Terpilih Mulai Esok

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Semua masjid surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri bermula esok dalam tempoh Perintah Kawalan P...
Pulau Pinang Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan Terhad 15 Jemaah

Pulau Pinang Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan Terhad 15 Jemaah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 553 hits
Pulau Pinang akan membenarkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid dan surai mulai minggu depan tetapi jumlahnya terhad kepada 15 jemaah pada satu satu masa Mufti negeri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata semua masjid dan surau perlu m...
Sultan Nazrin Perkenan Solat Jumaat Di Perak Mulai Esok

Sultan Nazrin Perkenan Solat Jumaat Di Perak Mulai Esok

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 319 hits
Pengawal Keselamatan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Mimi Sapura Musa mengimbas bacaan suhu badan salah seorang jemaah Zainuddin Lela sebelum dibenarkan masuk ke dalam masjid pada simulasi solat Jumaat yang diadakan secara tertutup hari ini Pr...
Terengganu Umum Lapan Masjid Untuk Solat Jumaat

Terengganu Umum Lapan Masjid Untuk Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 346 hits
Masjid Abidin dibenar mengadakan solat Jumaat bermula 22 Mei KUALA TERENGGANU 18 Mei Kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu hari ini mengumumkan senarai lapan masjid yang dibenar mengadakan solat Jumaat sepanjang tempoh...
Pulau Pinang Benar Pelanggan Makan Di Restoran Mulai 18 Mei

Pulau Pinang Benar Pelanggan Makan Di Restoran Mulai 18 Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 367 hits
Bermula Isnin depan semua restoran di Pulau Pinang dibenarkan menerima pelanggan makan di restoran dengan mengenakan langkah langkah bagi membendung Covid 19 daripada terus menular Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penjarakkan sosial yang...
Johor Dan Perak Benar Solat Jumaat Dengan 12 Jemaah Sahaja

Johor Dan Perak Benar Solat Jumaat Dengan 12 Jemaah Sahaja

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 620 hits
Johor Dan Perak Benar Solat Jumaat Dengan 12 Jemaah Sahaja Kerajaan negeri Johor dan Perak membenarkan solat Jumaat di masjid dan surau mulai esok dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dengan mengenakan beberapa syarat Pejabat ...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord