Perkhidmatan Spa Dan Merawat Kulit Wajah Di The Beauty Expert Academy Cheras


Assalamualaikum. Beberapa minggu lepas Fiza telah mendapatkan 'me time' di salah sebuah pusat perkhidmatan spa dan rawatan muka yang terletak di Cheras. Ini adalah pengalaman pertama kali Fiza menjejakkan kaki ke spa tau.
Sebelum ini kalau nak pergi memang berkira-kira sebabkan masa dan tak tahu spa mana hendak dituju. Pengalaman pertama kali ini membuatkan Fiza sangat teruja dan alhamdulillah memang sangat berpuas hati.

Perkhidmatan SPA dan merawat kulit wajah di The Beauty Expert Academy Cheras | Terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dengan menawarkan pakej perkhidmatan spa dan rawatan muka dengan harga yang berpatutan menjadi pilihan Fiza untuk berkunjung di sini. 

Memandangkan beberapa hari lagi hendak puasa dan kemudiannya nak raya, Fiza memilih untuk mendapatkan rawatan kecantikan kulit wajah. Kononnya wajah raya la pulak kan. Sebab baju raya memang selalu kita dengar. Kali ini Fiza tampil dengan muka raya pula. Okay panjang dah bebel.

Cerita pasal servis yang Fiza dapatkan disini. Korang pernah dengar rawatan muka sulam bedak tak? Inilah yang Fiza nak cerita bagi korang tahu dan mesti korang pun hendak datang dan dapatkan rawatan wajah di sini. 
Mula-mula jejak kaki ke sini, pengunjung dah dialunkan dengan muzik ala-ala bali. Memang tenang dan damai rasanya. Sementara menunggu terapis membuat persiapan, sempat juga pusing-pusing dalam ini sambil ambil-ambil gambar.





Apa itu Sulam Bedak?Sulam Bedak adalah rawatan yang kini menjadi trending di Korea dan kini boleh didapati di The Beauty Expert Academy. "RAHSIA KULIT GLOWING TANPA FOUNDATION" adalah trademark untuk rawatan sulam bedak nie. 

Hasil yang Fiza dapat dengan rawatan ini memang tidak dijangka. Kulit wajah cerah serta merta selepas menjalani sesi sulam bedak selama 1 jam. Wow memang macam tak percaya kan. Tapi memang benar-benar terjadi.
Fiza hendak ceritakan pula kelebihan sulam bedak. Selain memutihkan wajah, ada beberapa kebaikan lain yang terkandung apabila mendapatkan rawatan ini. Antaranya ialah :

🌼Meneutralkan radikal bebas
🌼Memudarkan pigmentasi kulit, bintik hitam, bekas parut jerawat dsb.
🌼Mengurangkan kandungan melanin dalam kulit sebelum atau selepas pancaran UV
🌼Mengembalikan warna kulit
🌼Mengurangkan masalah tona kulit tidak sekata
🌼Tidak menutup pori-pori kulit seperti memakai foundation atau BB Cream.
🌼Rawatan ini tidak sakit, tiada kesan kemerahan, tiada 'downtime', dan hasilnya boleh terus kelihatan sejurus selepas rawatan

Seronok sangat bila ahli terapi merawat dan belai-belai muka. Dengan alunan muzik shahdu ala-ala di Bali, tipulah kalau kata tak best kan. Boleh tertidur dibuatnya. Mujur 1 jam sahaja, kalau tidak dah berdengkur Fiza.


Bagaimana proses sulam bedak? Fiza akan ceritakan dari A sampai Z yer. Mula-mula mereka akan cuci dulu muka kita supaya supaya bersih. Hilangkan semua solekan yang ada pada muka. Kemudian diikuti dengan cleansing milk.
Selepas selesai, barulah proses sulam bedah. Muka diurut-urut perlahan-lahan dan waktu ini terasa geli pada muka bukan sebab apa, sebab urutan dengan alat yang mereka gunakan buat Fiza geli tapi best sebenarnya.
Kemudian mereka akan rehatkan muka kita dalam 10 minit sebelum disapu dengan pearl mask cream. Diletakkan sekali eye mask dan lip mask. Sambil rehat mereka letakkan hot stone di leher. Memang selesa betul.



Bagaimanana kesan sulam bedak?Kesan sulam bedak memang terbaik sangat. Selepas selesai rawatan, muka Fiza memang terasa ringan dan lembut sangat. Hilang rasa-rasa kesat yang selama ini ada atas muka sebab terlalu lembut dan licin. Blackhead atas hidung pun hilang semuanya. Bersyukur betul dapat buat rawatan sulam bedak.
Paling best tak perlu buat sebarang solekan selepas sulam bedak. Seronok betul bila sapu lipstik je atas bibir. 
Testimoni dari Fiza sendiri, sebelum dan selepas

Korang boleh lihat sendiri hasilnya pada kulit wajah Fiza. Gambar di atas itu adalah gambar tanpa sebarang alat solekan tau. Seronok betul bila keluar tidak perlu tepek bedak atau foundation. Fiza nak bagitahu 3 sebab korang perlu ke The Beauty Expert Academy dan dapat rawatan sulam bedak. 
❤ Produk yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan mesra wuduk
❤ Result serta merta kerana proses sulam bedak menggunakan Micro Needle Therapy dan menggunakan serum khas 100% organic skin colour ampoules (ORIGINAL) kesannya akan dapat di lihat selepas rawatan.
❤ Harga sangat berpatutan. Kos yang Fiza ambil ini tidak sampai RM 100 tetapi kesannya sangat mengagumkan.






Selain itu, The Beauty Expert Academy turut menawarkan pelbagai perkhidmatan buat pelanggannya. Antaranya adalah :
All facial treatmentFacial treatmentDerma pen Micro needleLifting DetoxWhitening ArbutinLED light mas treatmentOxygen double treatmentEye treatmentResdung sinusFacial jerawatBekam kosmetik
Spa theraphyBody bleachingBody scrubBody maskTanggas Thai, saunaMandi bunga, susu, limauManicure, Pedicure
Lain-lain servisEye brow trimEyelashes permingWaxingMake upFoot Spa, hand treatmentBekam badan darah
Extra servisUrutan pulih daraUrutan payudaraUrutan lepas bersalinUrutan seri wajahUrutan terapi rahinBody massage relaxing

Foot SpaSpa room

Jom dapatkan rawatan di sini. Servis terbaik, layanan dari terapis yang juga sangat lemah lembut. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan, servis dan ingin membuat tempahan awal. Korang boleh pergi ke pautan dan laman sosial yang disertakan di bawah ini.
The Beauty Expert Academy Spa beralamat di : 
No14B, Jalan Suadamai 1/2,Bandar Tun Hussein Onn,43200 Cheras, Selangor. No. Tel : 03-9546 7094
Waktu rawatan : 
Isnin-Jumaat : 10.30 am- 7.30 pm Sabtu & Ahad : 10am-6pm
Facebook : The Beauty Expert AcademyInstagram : @thebeautyexpertcherasUntuk tempahan awal atau pertanyaan whatsapp sahaja ke : chatwasap.com/thebeautyexpertspaUntuk tempahan : 0132576447
Bersama terapis Mimi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ourmemoria.blogspot.com/2019/05/perkhidmatan-spa-dan-merawat-kulit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras

The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 367 hits
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras Orang perempuan ni bab nak cantik laju je kan Kinah pun nak jugak nak cantik hehe Bila dapat tahu ada spa muslimah di Cheras terus je kinah booking untuk buat facial kat sana Sekali sekala...
The Beauty Expert Academy Spa Cheras Pilihan Spa Muslimah Terbaik

The Beauty Expert Academy Spa Cheras Pilihan Spa Muslimah Terbaik

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 567 hits
Perempuan dan kecantikan berpisah tiada Tapi perlu ingat kecantikan yang hakiki bukanlah dari luaran paras rupa yang bertopengkan solekan tetapi kecantikan seorang wanita itu apabila dizahirkan dalam fizikal dan mental yang benar benar siha...
Manjakan Diri Dengan Rawatan Sulam Bedak Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras

Manjakan Diri Dengan Rawatan Sulam Bedak Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1145 hits
Jadi wanita ni sangat complicated tau Semuanya kena fikir dari segi nak jaga kesihatan jaga rumahtangga jaga anak dan sampaikan jaga diri pun boleh terlupa Terfikir juga bila kali terakhir mama pergi spa Manalah nak cari facial spa sekitar ...
The Beauty Expert Spa Menawarkan Pakej Spa Yang Murah Dan Berbaloi Di Cheras

The Beauty Expert Spa Menawarkan Pakej Spa Yang Murah Dan Berbaloi Di Cheras

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 701 hits
Eyza ni sejenis yang suka Me Time dekat SPA Eyza suka sesekali bila kita manjakan diri macam tu Tahu je la duduk kat KL ni jammed pun boleh buat stress Ada banyak SPA yang tawarkan pakej Eyza nak tapi tak banyak yang tawarkan perkhidmatan t...
Korean Drama The Beauty Inside

Korean Drama The Beauty Inside

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 668 hits
Okey hari ini aku nak buat review drama Korea The Beauty Inside yang disiarkan di channel JTBC pada 1 Oktober 2018 dan tamat episodnya pada 20 November 2018 yang lalu Drama ini mempunyai 16 episod dan merupakan remake pada movie Korea The B...
Black Sheep The Fiery Preacher Behind Easter Sunday Bombs

Black Sheep The Fiery Preacher Behind Easter Sunday Bombs

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 272 hits
Mohamed Hashim Mohamed Zahran was 12 years old when he began his studies at the Jamiathul Falah Arabic College He was a nobody with no claim to scholarship other than ambition Zahran and his four brothers and sisters squeezed into a two roo...
Tommy Thomas Wants The Government To Ratify The Rome Statute

Tommy Thomas Wants The Government To Ratify The Rome Statute

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 307 hits
Attorney General Tommy Thomas said today he had advised the government to ratify the Rome Statute as it had many advantages He also noted that it was an extension of a Cabinet decision made in 2011 Thomas said that from a legal perspective ...
Taking The Konmari Method To The Next Level

Taking The Konmari Method To The Next Level

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 311 hits
We ve all seen the that had the whole world yearning for a decluttered home where only the things we love live in the world with us However knowing that complete decluttering would need a time commitment that not many could afford few have ...
2020 Lincoln Corsair The Skull Bones Clubhouse On Wheels

2020 Lincoln Corsair The Skull Bones Clubhouse On Wheels

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 392 hits
The 2020 Lincoln Corsair looks quite promising with strong levels of performance and luxury As the market shifts away from sedans Lincoln is looking to capitalize on new consumer tastes Lincoln now has a full family of SUVs to exceed the ne...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik