Perkhidmatan Pemandu Wanita Jom Makcik
Diah tahu tentang MakCik Travel atau nama baru
mereka selepas re-branding Jom Makcik melalui iklan di Facebook (FB).
Diah gunakan khidmat pemandu Wanita dari Jom
Makcik beberapa bulan yang sudah disebabkan ketiadaan suami kerana outstation.
Suami outstation atas urusan kerja lebih
seminggu juga. Jadi cari pemandu untuk urusan hantar dan ambil anak dari
sekolah.
Nak upah pemandu lelaki rasa segan, ditambah
faktor keselamatan jadi kita cuba minimakan risiko yang tak perlu. Selepas
bincang dengan suami jadi kita guna khidmat Jom Makcik.
Perkhidmatan Pemandu Wanita – Jom Makcik
Waktu tu masuk dalam group FB Taman dekat
rumah, mencari Pemandu Peribadi Wanita. Kebetulan terbaca posting dalam group
yang seakan-akan sama mencari pemandu Wanita.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Diah
terus hubungi admin Jom Makcik. Sebelum tu buat juga carian untuk pastikan
ianya bukan scam.
Alhamdulillah proses berjalan lancar dan
semuanya secara professional. Bertambah yakin bila proses ada SOP, bukan cincai-cincai.
I like.
Jenis-Jenis Perkhidmatan Jom Makcik
Jom Makcik merupakan sebuah syarikat bumiputera
yang menyediakan servis pengangkutan & peneman untuk wanita oleh wanita di
Malaysia.
Gembira sangat bila tahu tentang kewujudan
perkhidmatan premium khas untuk wanita ni. Secara ringkasnya, mereka menawarkan
tiga jenis perkhidmatan utama: pemandu, peneman dan AbiliCar.
Servis Pemandu Wanita – Sangat sesuai untuk penumpang
wanita yang inginkan keselesaan dan keselamatan terutama untuk perjalanan jarak
jauh dan di waktu malam.
Servis Peneman Wanita – Peneman akan bantu dan
temankan pelanggan di sesebuah lokasi. Sesuai untuk urusan temujanji di
Hospital dan Klinik.
AbiliCar – Sesuai untuk penumpang berkerusi
roda yang memerlukan kenderaan yang diubah suai untuk membawa penumpang bersama
kerusi roda ke sesebuah destinasi.
Cara Tempah khidmat Jom Makcik
Perkara perlu tahu sebelum menggunakan khidmat Jom
Makcik ialah:
Servis ABILICAR adalah terhad, hanya tersedia untuk
penumpang di Lembah Kelang dan perlu buat tempahan awal. Waktu operasi adalah bermula 8 pagi sehingga jam
5 petang tetapi khidmat perjalanan lewat malam turut disediakan. Sabtu, Ahad & cuti awam mereka cuti. Jadi buat
tempahan awal semasa hari berkerja. Korang boleh hubungi nombor di bawah:
Cara Untuk Tempah: Whatsapp atau boleh rujuk Facebook JomMakcik
Sekarang dah ada servis tambahan tau iaitu perkhidmatan
runner dan personal shopper. Sehingga ke hari ini banyak juga Kawasan yang
Jom Makcik cover termasuklah:
Lembah Klang - Petaling Jaya, Kajang, Bangi,
Shah Alam, Putrajaya dan Kuala Lumpur.Lain-lain - Taiping, Alor Setar, Bukit
Mertajam, Nilai.
Review Perkhidmatan – Jom Makcik
Overall Diah sangat berpuas hati dengan
perkhidmatan dari Jom Makcik. Setiap pertanyaan diterangkan dengan baik dan
pantas.
Selepas confirm segala maklumat, admin akan
carikan pemandu yang tersedia. Selepas itu admin akan berikan detail pemandu.
Pemandu pun mesra dan akan hubungi melalui
whatsapp untuk sahkan tempahan. Sebelum tu kena berikan detail tempahan untuk
admin quote harga.
Jika semua setuju baru move ke next step. Alhamdulillah
urusan Diah dipermudahkan. Memang tak serik nak guna khidmat Jom Makcik di masa
depan.
Kesimpulan
Pendek kata, adanya perkhidmatan Pemandu Wanita
seperti Jom Makcik memberi keselesaan kepada penumpang juga membuka peluang
pekerjaan kepada ramai wanita.
Semoga lebih banyak servis seperti ini wujud di
masa hadapan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/12/perkhidmatan-pemandu-wanita-jom-makcik.html