Perketat Pemeriksaan Status Mysejahtera Di Setiap Premis Kata Khairy


Kementerian Kesihatan mengesan ketidakpatuhan terhadap Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah kerana masih ada individu didapati melakukan daftar masuk antaranya di pasar raya walaupun berada dalam tempoh kuarantin, kata menterinya, Khairy Jamaluddin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September 2021.
PEMERIKSAAN status aplikasi MySejahtera di setiap premis terutama pasar raya perlu diperketatkan bagi memastikan individu yang berada di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) tidak masuk ke premis berkenaan.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mengesan berlaku ketidakpatuhan terhadap HSO kerana masih ada individu didapati melakukan daftar masuk antaranya di pasar raya walaupun berada dalam tempoh kuarantin.


“Di Kedah dalam seminggu ini sahaja berlaku 523 daftar masuk MySejahtera (ke premis), yang mana daftar masuk itu adalah orang positif atau berisiko tinggi yang ada perintah kuarantin di rumah.

“Sebanyak 18 peratus daripada (523) daftar masuk itu berlaku di pasar raya, jadi kita minta supaya pengawasan di pintu masuk lebih ketat sebab dia (individu dikuarantin) dapat daftar masuk maksudnya pengawal tidak periksa betul-betul status MySejahtera, dia lepaskan sahaja,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai status vaksinasi COVID-19 di Kedah, Khairy berkata pihaknya meminta agar usaha dipergiat bagi memastikan kira-kira 17 peratus lagi individu dewasa di negeri itu mendapatkan suntikan vaksin.


Beliau berkata perhatian perlu diberikan kepada penduduk di beberapa daerah yang masih merekodkan kadar vaksinasi rendah seperti di Pendang dan Baling.

“Kita perlukan kerjasama pemimpin masyarakat untuk memastikan mereka yang masih enggan terima vaksin ini tampil dan kita minta penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) vaksinasi diperketatkan… (misalnya) jawatankuasa masjid mesti periksa betul-betul (sebelum benarkan jemaah masuk),” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga meminta setiap majikan memperketatkan prosedur di tempat kerja dengan hanya membenarkan individu menerima vaksin lengkap sahaja kembali bekerja.

Katanya, pada masa ini bekalan vaksin di setiap pusat pemberian vaksin (PPV) di Kedah adalah mencukupi, malah sebenarnya berlebihan.


“Di banyak kawasan, kita dah sampai tahap yang mana lebih banyak vaksin daripada lengan (penerima)… Jadi kita kena betul-betul outreach, pergi periksa golongan tegar (antivaksin) fokus kepada golongan tersebut, kena cari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata bermula esok lebih 180,000 remaja di Kedah mula diberikan suntikan vaksin dilaksanakan di PPV atau di sekolah dan pihaknya menjangkakan proses itu selesai dalam tempoh sebulan.

SOURCE: BERNAMA

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/perketat-pemeriksaan-status-mysejahtera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 507 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Status Partially Vaccinated Dalam Mysejahtera

Status Partially Vaccinated Dalam Mysejahtera

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 2142 hits
Assalamualaikum semua pada malam ini Naim ingin berkongsi sedikit pasal status selepas vaksin Sebelum itu sekarang ini semua PPV khususnya di negeri Kedah sudah boleh Walk in Oleh itu bersegeralah pergi ambil vaksin Gambar di atas adalah in...
Angka Kematian Harian Tinggi Berpunca Daripada Backlog Kata Khairy

Angka Kematian Harian Tinggi Berpunca Daripada Backlog Kata Khairy

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 236 hits
Menteri Kesihatan berkata penambahbaikan akan dibuat bagi proses mengumpul data supaya kematian yang diumumkan mengikut tarikh kematian Petugas kesihatan dan anggota pengurusan jenazah memakai PPE lengkap untuk mengebumikan jenazah Gambar B...
Mou Dengan Ph Akan Diterjemah Dalam Aspek Pemulihan Negara Kata Bung

Mou Dengan Ph Akan Diterjemah Dalam Aspek Pemulihan Negara Kata Bung

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 236 hits
September 14 2021 Perjanjian kerjasama antara kerajaan dan Pakatan Harapan dibuat atas kepentingan negara dan rakyat kata Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin KOTA KINABALU Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata perjanjian kerjasa...
Bukan Semua Sekolah Akan Dibuka 3 Oktober Kata Menteri Pendidikan

Bukan Semua Sekolah Akan Dibuka 3 Oktober Kata Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 244 hits
MALAYSIA NOW Menteri Pendidikan Radzi Jidin menegaskan tiada sekolah akan dibuka di negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara Pembukaan semula sekolah di seluruh negara akan dilaksanakan berdasarkan fasa fasa yang dite...
Pelaksanaan Mou Mungkin Sukar Kata Guan Eng

Pelaksanaan Mou Mungkin Sukar Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 256 hits
September 14 2021 Lim Guan Eng berkata DAP mengakui bahawa perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan itu bukan satu langkah ideal PETALING JAYA Perjanjian bersejarah antara kerajaan dan Pakatan Harapan menerusi kerjasama dwipartisan me...
Apa Kata Penganalisis Barat Mengenai Emas

Apa Kata Penganalisis Barat Mengenai Emas

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 260 hits
Emas gagal menembusi tahap 1 800 per auns sekali lagi tetapi menurut penganalisis salah satu pemacu yang akan datang berpotensi untuk mengeluarkan logam berharga dari julat dagangannya Kebanyakan pakar dalam bidang ini memberikan amaran kep...
Tidak Wajar Tetapkan Kuota Vip Dalam Masjid Kata Mufti

Tidak Wajar Tetapkan Kuota Vip Dalam Masjid Kata Mufti

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 208 hits
Mufti Negeri Sembilan berkata penetapaan kuota VIP dibimbangi akan menyekat peluang jemaah lain untuk menunaikan solat Mufti Negeri Sembilam Mod Yusof Ahmad berkata penyediaan ruangan solat khas untuk individu tertentu bukanlah satu kesalah...
Penambahbaikan Sop Parlimen Pastikan Sidang Selamat Kata Speaker

Penambahbaikan Sop Parlimen Pastikan Sidang Selamat Kata Speaker

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 224 hits
BERNAMA Beberapa perkara dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa Dewan semalam antaranya mengenai SOP pergerakan warga Parlimen termasuk mewajibkan ujian RTK Antigen Saliva Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun Gambar Bernama Pros...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan