Status Partially Vaccinated Dalam Mysejahtera
Assalamualaikum semua, pada malam ini Naim ingin berkongsi sedikit pasal status selepas vaksin. Sebelum itu sekarang ini semua PPV ( Pusat Pemberian Vaksin ) khususnya di negeri Kedah sudah boleh Walk-in. Oleh itu bersegeralah pergi ambil vaksin.
Gambar di atas adalah interface baharu MySejahtera boleh update melalui PlayStore bagi pengguna Android dan IOS bagi pengguna Iphone. Insha Allah next entri Naim berkongsi wajah baharu MySejahtera dan malam ini Naim hendak bercerita status vaksin dalam MySejahtera. Sebelum update MySejahtera sijil vaksin Naim berwarna oren . Maksudnya sudah lengkap dua dos vaksin dan mempunyai 'edah' selama 14 hari untuk aktiviti yang di benarkan.
Sebelum ini Naim tidak sedar sangat seperkara ini, semasa scroll newfeed facebook terbaca satu posting facebook dari rakan facebook beliau sudah lengkap dua dos vaksin masih berstatus ' Partially Vaccinated '. Selepas itu Naim membuka aplikasi MySejahtera untuk check apa status di dalam MySejahtera Naim dan ia tertera seperti gambar di atas masih status ' Partially Vaccinated '.
Selepas itu , Naim terus klik pada helpDesk untuk menanyakan soalan kenapa status vaksin Naim masih ' Partially Vaccinated '. Boleh lihat gambar rajah di bawah iaitu soalan dan jawapan.
Soalan
Jawapan dari HelpDesk MySejahtera
Fuh finally ada jawapan juga dan cepat juga helpdesk membalas soalan daripada user kan. dan sebentar tadi scroll newfeed facebook terpandang Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu perkara yang sama iaitu :-
Kiranya tinggal 5 hari lagi untuk full vaccinated di dalam MySejahtera Naim.Naim harap ia dapat membatu rakan-rakan di luar sana . Mesti yang pening dan pelik kan melihat status vaccine kita dalam aplikasi MySejahtera. Naim doakan semua selamat dan di dalam peliharaan Allah. Berdoa selalu semoga Allah lenyapkan Covid-19 dari muka bumi ini dan Allah mmelihara kita terkena dengan wabak ini. Insha ALlah , AMin! Stay safe semua!.
Rujukan :-
Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia- https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10158144074036237
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2021/09/status-partially-vaccinated-dalam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)