Perkenal Kursus Integriti Anti Rasuah Di Sekolah Rendah Kata Pbm


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-June 6, 2022 2:29 PM
Pendedahan kursus integriti kepada murid sekolah rendah boleh membantu mengubah minda rakyat Malaysia berhubung rasuah dalam tempoh jangka panjang, kata seorang pemimpin PBM.
PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan kursus integriti dan anti-rasuah di sekolah rendah.

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad berkata, lebih mudah untuk memupuk murid di peringkat sekolah rendah supaya menjauhi amalan rasuah kerana mereka masih dalam usia pembentukan.

Ia susulan Jawatankuasa Khas Jemaah Menteri mengenai Anti-Rasuah memutuskan bahawa kursus itu akan diwajibkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) bermula tahun depan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norazlan Mohd Razali berkata, kursus itu akan menjadi pembelajaran berstruktur bagi membolehkan pelajar lebih memahami rasuah dan kesannya, bukan sahaja ke atas diri mereka tetapi juga negara.

Bagaimanapun, Nor Hizwan percaya pengenalan kursus ini di peringkat pengajian tinggi mungkin tidak mencukupi.

“Pendedahan subjek ini kepada pelajar di peringkat pengajian tinggi mungkin sudah terlambat walaupun ia diwajibkan,” katanya.

“Sebaik mencapai usia lewat remaja atau awal 20an, agak sukar untuk menerapkan nilai seperti menolak rasuah. Mereka akan hanya mempunyai pemahaman teori tentang subjek itu.”

Lebih mudah untuk membentuk minda yang masih mentah, kata Nor Hizwan.

Tambahnya, jika murid sekolah rendah didedahkan kepada subjek itu, kemungkinan besar mereka akan dapat menyerap pengajaran dengan lebih baik dan mengguna pakai apa yang diajar sepanjang hidup mereka.

“Selain pembaharuan institusi, salah satu elemen penting dalam memerangi rasuah adalah mengubah minda rakyat rakyat Malaysia, yang sebahagiannya masih merasakan rasuah adalah sebahagian daripada ‘budaya’ kita atau amalan yang ‘boleh diterima’.

“Untuk mengubahnya, kita perlu mempunyai rancangan jangka panjang dan ini termasuk kempen pendidikan awal mengenai perangkap rasuah,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/perkenal-kursus-integriti-anti-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejauh Mana Kursus Anti Rasuah Berjaya Jika Pemimpin Gagal Tunjuk Teladan Soal Ahli Akademik

Sejauh Mana Kursus Anti Rasuah Berjaya Jika Pemimpin Gagal Tunjuk Teladan Soal Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 142 hits
freemalaysiatoday com June 13 2022 8 30 AMSeorang ahli akademik berkata cadangan mewujudkan kursus anti rasuah di universiti tidak difikirkan secara mendalam GEORGE TOWN Seorang ahli akademik mencadangkan bahawa kursus menentang diskriminas...
Gaji Rm23 000 Sebulan Najib Kata Rendah

Gaji Rm23 000 Sebulan Najib Kata Rendah

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 493 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu bekas perdana menteri Najib Razak melantik Mohd Sidek Hassan sebagai ahli lembaga penasihat 1MDB kerana dia merasakan gaji bekas ketua setiausaha negara itu terlalu rendah Sidek berkata demiki...
Introduce Integrity Anti Corruption Course In Primary Schools Says Pbm

Introduce Integrity Anti Corruption Course In Primary Schools Says Pbm

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 220 hits
Exposing primary school students to a course on integrity can help in the long term to change the mindset of Malaysians towards corruption says PBM leader PETALING JAYA Parti Bangsa Malaysia has urged the education ministry to look into int...
Kes Hfmd Johor Menurun Pada Minggu Cuti Sekolah Kata Exco

Kes Hfmd Johor Menurun Pada Minggu Cuti Sekolah Kata Exco

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 163 hits
Kes HFMD Johor menurun pada minggu cuti sekolah kata exco Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Jun 2022 11 20PM
Latih Tubi Tatabahasa Untuk Murid Murid Sekolah Rendah

Latih Tubi Tatabahasa Untuk Murid Murid Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 183 hits
Latih Tubi Tatabahasa Untuk Murid Murid Sekolah Rendah Guru guru yang mengajar bahasa melayu perlu mengambil inisiatif dalam mengajar Selain memberi dan mengajar bahasa melayu tugas guru juga adalah untuk memastikan murid murid memahami apa...
Lawan Rasuah Dengan Tunjuk Teladan Baik Kata Kumpulan Ibu Bapa

Lawan Rasuah Dengan Tunjuk Teladan Baik Kata Kumpulan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 183 hits
freemalaysiatoday com June 8 2022 11 35 AMSetiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia Nor Hizwan Ahmad sebelum ini mencadangkan supaya kursus integriti dan anti rasuah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah PETALING JAYA Dua kumpulan ibu bapa...
Rm13 Juta Sumbangan Bina Masjid Sekolah Tahfiz Bukan Rasuah Zahid Beritahu Mahkamah

Rm13 Juta Sumbangan Bina Masjid Sekolah Tahfiz Bukan Rasuah Zahid Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 253 hits
freemalaysiatoday com May 25 2022 7 11 PMSumbangan menerusi 23 cek berjumlah RM13 juta oleh syarikat Mastoro Kenny IT Consultant Services dimasukkan ke dalam akaun pelanggan Tetuan Lewis Co kata Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Wang RM13 jut...
Malaysia Perlu Kempen Anti Rasuah Baharu

Malaysia Perlu Kempen Anti Rasuah Baharu

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 518 hits
Malaysia memerlukan satu kempen anti rasuah yang baharu memandangkan bekas Perdana Menteri sendiri pun berpendapat gaji Ketua Setiausaha Negara yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri sendiri terlalu rendah Parlimen yang dijadualkan...
Manual Kesedaran Sivik Dan Amalan Nilai Murni Bagi Sekolah Rendah

Manual Kesedaran Sivik Dan Amalan Nilai Murni Bagi Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 497 hits
Manual Kesedaran Sivik Dan Amalan Nilai Murni Bagi Sekolah Rendah Guru yang mencari bahan maklumat berkait aktiviti sekolah pengajaran subjek dan beberapa bahan formal seperti file pengurusan anda boleh mendapatkan semuanya di Sistem Guru O...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya