Perkasa Jawi Di Papan Iklan Telefon Pintar Pengangkutan Dan Bangunan Awam


BANGI – Kerajaan perlu bertegas dalam usaha memperkasakan tulisan Jawi – warisan peradaban bangsa – bagi mendidik masyarakat menghargai tulisan yang menjadi identiti orang Melayu.
Tidak hanya pada buku, pemerkasaan tulisan Jawi boleh dilakukan melalui papan iklan, komputer, telefon pintar, nama jalan, pengangkutan awam, nama bangunan serta premis-premis perniagaan, kata Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican.

Profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu turut menyarankan tulisan Jawi diguna pakai pada kereta nasional di negara ini.

“Dalam hal ini, pendidikan awam antara perkara paling penting bagi memperkasakan Jawi – bagi mendidik masyarakat melalui pembentukan persekitaran.

“Malah, pendidikan berterusan tidak formal ini juga tangungjawab masyarakat, badan bukan kerajaan, dan sebagainya.

“Untuk fasa awal, kita perlu guna kedua-dua tulisan Jawi dan rumi. Ini mungkin untuk satu atau dua generasi lamanya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan mengesyorkan tulisan Jawi disertakan dalam mata pelajaran bahasa Melayu seperti dilaksanakan kerajaan pada awal kemerdekaan dahulu.

Penyandang Kursi Za’ba Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berkongsi pengalamannya berkata, ketika memasuki tahun satu pada tahun 1960, kesemua murid diajar tulisan rumi dan Jawi sehingga cekap membaca dan menulis kedua-dua tulisan itu.

Manakala pada 1970-an, katanya, Jawi dimasukkan dalam sukatan bahasa Melayu namun tidak diajarkan di dalam kelas.

“Dalam tahun 1970-an hingga 1980-an Jawi boleh diterima dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), khususnya untuk bahagian karangan,” katanya.

Menyambut baik cadangan berkenaan, Prof Ahmad Murad mengakui tiada salahnya akhbar tulisan Jawi dikembalikan semula.

Katanya, akhbar Jawi tidak semestinya mempunyai muka surat tebal atau mengaut keuntungan semata-mata, namun yang lebih mustahak adalah tanggungjawab kerajaan dan agensi-agensi awam memberi pendidikan berterusan.

“Perlu ada pendekatan semula bahasa Melayu dalam huruf Jawi dengan memperkenalkan semula tulisan Melayu dalam huruf Jawi sebagai satu persekitaran di Malaysia,” sarannya.

JAWI TIDAK KUNO
Dalam perkembangan sama, Prof Ahmad Murad menolak persepsi segelintir pihak yang menyifatkan bahawa tulisan Jawi adalah kuno atau ketinggalan zaman, selain menegaskan pihak yang berpendapat demikian perlu membuka minda lebih luas.

Beliau berkata, hal itu terjadi disebabkan negara kita didedahkan dengan budaya Barat di Eropah yang mengamalkan bahasa-bahasa Anglo Saxon seperti Inggeris, Jerman, Sepanyol, Denmark, Sweden dan Itali yang menggunakan tulisan rumi.

“Bahasa Jerman, Perancis dan Belanda ditulis dalam skrip rumi. Kita telah terbiasa dengan pemikiran bahawa semua bahasa di Eropah guna skrip rumi. Namun, bahasa Slavic, Greek tidak guna skrip rumi.

“Ini bukan soal budaya Barat, tetapi kognitif dan budaya kita telah terbiasa dengan aksara dan skrip rumi. Sebab skrip dan aksara yang didedahkan itu mempengaruhi kita.

“Jangan sebab kita didedahkan dengan huruf rumi, maka kita anggap seluruh dunia menggunakan huruf rumi sebagai huruf universal,” katanya.

Pada peringkat antarabangsa, katanya, bahasa Arab yang ditulis dalam aksara Arab atau Jawi tersenarai dalam lima bahasa paling terkenal serta mempunyai jumlah pertuturan tertinggi di dunia selain bahasa Perancis, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Beliau memberi contoh bahawa terdapat segelintir kaum yang menggunakan bahasa Tamil atau Urdu di India dengan tulisan Jawi atau Arwi dalam penulisan termasuk dunia perfileman.

“Kalau kita pergi ke Iran atau mereka yang cakap (bertutur) Parsi, huruf atau aksara yang ditulis adalah menggunakan tulisan Arab atau Jawi.

“Ini termasuk bahasa Swahili juga menggunakan aksara Arab yang kita sebut sebagai Jawi. Jawi bukan hanya untuk Melayu, cuma nama di setiap tempat adalah berbeza. Dalam bahasa Tamil kita panggil tulisan Arwi, manakala dalam bahasa Hindi, kita gelarnya sebagai tulisan Urdu,” jelasnya. - ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/perkasa-jawi-di-papan-iklan-telefon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Papan Tanda Jawi Dap Sha Dong Zong Bertindak Derhaka

Papan Tanda Jawi Dap Sha Dong Zong Bertindak Derhaka

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 397 hits
Oleh Zuhayati Yazid Sudah lama Pahang wajibkan papan tanda guna tulisan Jawi BANGI Tindakan pemimpin DAP dan Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak membidas isu papan tanda Jawi di Pahang boleh dianggap sebagai perbuatan derhaka ...
Isu Papan Tanda Jawi Di Sjkc Dong Zong Sarawak Kecam Pihak Berkuasa

Isu Papan Tanda Jawi Di Sjkc Dong Zong Sarawak Kecam Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 635 hits
BANGI Selepas pemimpin parti tamak haloba DAP Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak pula mengecam pihak berkuasa kerana tidak mempamerkan tulisan Cina pada papan tanda dua sekolah rendah Cina di Pahang Memetik Borneo Post Sha Do...
Papan Iklan Gunting Peta Sarawak Dari Malaysia Propaganda Melampau

Papan Iklan Gunting Peta Sarawak Dari Malaysia Propaganda Melampau

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 192 hits
LINA Soo bergambar di hadapan sepanduknya yang memaparkan simbolik Bebaskan Sarawak dari Malaysia berupa sebilah gunting di tengah Laut China Selatan sebelum diturunkan oleh Parti Aspirasi selepas diarahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya KUC...
Dong Jiao Zong Mahu Kedudukan Jawi Pada Papan Tanda Sjkc Ditukar Letak Paling Bawah

Dong Jiao Zong Mahu Kedudukan Jawi Pada Papan Tanda Sjkc Ditukar Letak Paling Bawah

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 298 hits
BANGI Ibarat diberi betis mahu paha pertubuhan radikal Dong Jiao Zong tanpa segan silu menuntut Jabatan Pendidikan memperbetulkan susunan tulisan pada papan tanda dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pekan Pahang Ia susulan susunan tul...
Sistem Operasi Telefon Pintar Pilihan Pemberi Maklumat Cia

Sistem Operasi Telefon Pintar Pilihan Pemberi Maklumat Cia

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 271 hits
Edward Snowden ialah salah satu nama yang paling terkenal dalam kalangan pemberi maklumat yang berkaitan CIA dan NSA Selepas bekerja dengan CIA dan NSA pada 2013 dia melarikan diri dari AS dan membocorkan beribu ribu dokumen rahsia NSA mend...
Pastikan Model Pertanian Pintar Mardi Capai Matlamat

Pastikan Model Pertanian Pintar Mardi Capai Matlamat

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 240 hits
Oleh Laporan muka depan BH hari ini mengenai usaha MARDI memperkenalkan model pertanian pintar bagi meningkatkan pengeluaran sayur sayuran negara bermula tahun depan KUALA LUMPUR Kerajaan dan agensi berkaitan di bawahnya perlu memanfaatkan ...
Bm City Mall Ibarat Bom Jangka Bangunan Tinggi Tanpa Sistem Kebakaran

Bm City Mall Ibarat Bom Jangka Bangunan Tinggi Tanpa Sistem Kebakaran

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 326 hits
Penduduk BM City Mall Pulau Pinang dakwa sistem perpaipan ditempatkan sekali dengan bilik generator elektrik menjadikan bangunan itu ibarat bom jangka mengancam nyawa penduduk BUKIT MERTAJAM Kira kira 2 000 penduduk BM City Mall di sini hid...
Pelajar Islam Dipaksa Guru Solat Diluar Bangunan Sekolah Di Uk Mohon Maaf Selepas Terima Kecaman

Pelajar Islam Dipaksa Guru Solat Diluar Bangunan Sekolah Di Uk Mohon Maaf Selepas Terima Kecaman

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 371 hits
LONDON Sebuah sekolah di United Kingdom berdepan kritikan selepas tular rakaman video menunjukkan sekumpulan pelajar Islam dipaksa solat di luar kawasan sekolah ketika musim sejuk Arab News melaporkan Oldham Academy North dekat Manchester d...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri