Bm City Mall Ibarat Bom Jangka Bangunan Tinggi Tanpa Sistem Kebakaran


Malinda Abdul Malik Penduduk BM City Mall, Pulau Pinang dakwa sistem perpaipan ditempatkan sekali dengan bilik generator elektrik menjadikan bangunan itu ibarat bom jangka mengancam nyawa penduduk.BUKIT MERTAJAM – Kira-kira 2,000 penduduk BM City Mall di sini hidup dalam keresahan apabila unit bangunan komersial yang dibeli mereka didakwa ibarat bom jangka yang boleh mengancam nyawa mereka pada bila-bila masa.
Rata-rata penduduk mendakwa sistem kebakaran tidak disediakan dengan sempurna, sekali gus menyebabkan mereka berdepan risiko nyawa sekiranya berlaku kebakaran.

Zainudin menunjukkan sistem panggilan terus kepada pihak bomba yang dibiarkan tidak lengkap pada bangunan komersial BM City Mall, Bukit Mertajam di sini.Bangunan setinggi 23 tingkat yang siap dibina pada tahun 2016 itu menempatkan premis perniagaan di tingkat bawah manakala penempatan penghuni bermula dari tingkat lapan hingga 23.
Penghuni, Song Choon Thiam, 39, berkata, mereka berdepan situasi ini sejak tahun 2016 namun sehingga kini tiada sistem keselamatan kebakaran yang sempurna dipasang oleh pihak bertanggungjawab.
Jelasnya, ciri-ciri keselamatan sebagai bangunan komersial tidak ditunjukkan dalam pembinaan bangunan itu, namun penduduk perlu membayar cukai, bil elektrik serta air mengikut tarif komersial.

Song Choon Thiam.“Bayangkan bangunan ini siap tanpa sebarang peralatan memadam api, sistem pancur basah, sistem penggera serta pintu rintangan api.
“Pelbagai aduan dan tindakan undang-undang sudah dibuat berhubung isu ini dan pihak bertanggungjawab hanya tampil memasangkan alat kebakaran mengikut lokasi aduan.
“Contohnya, aduan dibuat di tingkat 11 atau pusat gimnasium mereka hanya pasangkan sistem di situ tempat lain yang sepatutnya perlu ada sistem kebakaran itu diabaikan,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui hari ini.
Menurut Zainudin Yaacob, 48, mereka sekeluarga terpaksa pindah ke rumah lain susulan bimbang faktor keselamatan ahli keluarga.
Zainudin.Jelasnya, bangunan komersial yang dijual kepada orang ramai dengan harga hampir RM400,000 itu dibina tanpa memikirkan risiko yang boleh mengancam nyawa penduduk.
“Tidak mustahil insiden kebakaran di Grenfell Tower di London berlaku di sini kerana sistem paip bangunan ini ditempatkan sama dengan bilik generator elektrik, sekali gus menunjukkan risiko berlaku kebakaran di bangunan ini amat tinggi.
“Setiap kali pergi kerja saya kena fikir keselamatan isteri serta tiga anak di rumah sedangkan semua orang idamkan kediaman sendiri sebagai tempat perlindungan selamat buat keluarga tetapi buat penduduk di sini ia merisikokan nyawa.
Zainudin menunjukkan tiada pemasangan sistem pancur basah di kaki lima unit komersial itu sedangkan ia merupakan syarat wajib bagi bangunan komersial.“Saya tiada pilihan lain kecuali pindah kerana bimbang sekiranya berlaku kebakaran anak serta isteri menjadi mangsa korban kerana sistem kebakaran turut tidak disediakan secukupnya,” katanya yang bertugas sebagai penjawat awam.
Sementara itu, Ang Yeow Yee, 33, yang merupakan pemilik premis perniagaan di bangunan tersebut mendakwa premisnya juga tidak dilengkapi sistem pemadaman kebakaran.
Ang Yeow Yee.“Tingkat lapan dan ke atas yang dijadikan kediaman pihak bertanggungjawab mendakwa itu unit kediaman jadi ada syarat untuk sistem pemadaman kebakaran namun bagaimana dengan premis perniagaan saya?
“Saya menjalankan perniagaan kedai serbaneka sekali gus menggunakan pelbagai alat serta barangan di jual di premis itu sekiranya berlaku kebakaran tuntutan insuran pun tidak boleh dilakukan kerana bangunan ini tiada hak milik strata.
Tiada pintu rintangan api antara bangunan antara yang meresahkan penduduk sekiranya berlaku kebakaran.“Adakah mereka tunggu berlaku insiden mengorbankan nyawa baru mahu bertindak? Sedangkan sudah banyak aduan kami utarakan dari peringkat negeri hingga persekutuan,” katanya.
Tambah Yeow Yee, mereka memohon campur tangan pihak berwajib agar unit bangunan komersial yang dimiliki penduduk itu selamat untuk didiami. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/bm-city-mall-ibarat-bom-jangka-bangunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerabu Maggi Viral Di Bangunan Depan Alor Setar Mall

Kerabu Maggi Viral Di Bangunan Depan Alor Setar Mall

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 518 hits
Kerabu Maggi Viral di bangunan depan Alor Setar Mall Peminat tegar kerabu maggi memang tak boleh dengar kalau orang cakap dekat mana sedap semua nak cuba Dulu ada seorang makcik ni berniaga kerabu maggi di Tesco Stargate Alor Setar tapi tib...
Sebelum Bom Jangka Dalam Umno Meledak

Sebelum Bom Jangka Dalam Umno Meledak

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 127 hits
December 17 2021 Umno semakin kesuntukan masa Meskipun hayat kerajaan yang dipimpinnya sekarang cuma akan mencapai tarikh luputnya pada pertengahan 2023 ia perlu bertindak segera untuk menggilap kewibawaannya yang nampaknya semakin tertekan...
Manfaatkan Cuti Sekolah Di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur

Manfaatkan Cuti Sekolah Di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 335 hits
Esok dah start cuti sekolah Paling seronok mestilah anak anak kan memang dah bahagian diorg So apa kata cari aktiviti yg bermanfaat utk diorg Daripada bg peluang kt diorg hadap gadget why try creative activity Ibu dah plan cuti sekolah ni n...
Wangsa Bowl Ioi City Mall Putrajaya

Wangsa Bowl Ioi City Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 533 hits
Lokasi Wangsa Bowl IOI City Mall Putrajaya Alamat Lot L2 26 IOI City Mall 62502 Putrajaya Waktu Operasi 10 00 pagi 10 00 tengah malam Harga Kasut RM 3 00Stokis RM 3 00 Hari Biasa Sebelum Pukul 5 00 Petang30 Minit RM 15 60 Minit RM 28 Selepa...
Curah Hujan Tinggi Makassar Dikepung Banjir

Curah Hujan Tinggi Makassar Dikepung Banjir

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 171 hits
Curah hujan tinggi melanda sejumlah daerah di Sulawesi Selatan sejak Sabtu Akibatnya beberapa wilayah dilaporkan terdampak banjir
Dua Marshal Termasuk Seorang Berpangkat Datuk Serah Diri Dua Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas

Dua Marshal Termasuk Seorang Berpangkat Datuk Serah Diri Dua Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 231 hits
Tular sebuah rakaman dimedia sosial memaparkan individu menaiki motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi marshal dipercayai di Port Dickson Kejadian dikatakan berlaku pada 6 Disember 2021 kira kira jam 12 45 tengah hari hingga 2 30 petang D...
3 Sumber Paling Top Untuk Dapatkan Gambar Resolusi Tinggi Secara Percuma

3 Sumber Paling Top Untuk Dapatkan Gambar Resolusi Tinggi Secara Percuma

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 256 hits
Sama ada anda seorang blogger pengaruh media sosial pencipta kandungan atau pemasar gabungan imej memainkan peranan penting dalam meningkatkan kandungan anda Anda memerlukan imej untuk menjadikan kandungan anda menarik dan menarik perhatian...
Gigi Berlapis Lebih Mudah Untuk Plak Berkumpul Risiko Tinggi Untuk Dapat Karies Gigi Penyakit Gusi Bengkak

Gigi Berlapis Lebih Mudah Untuk Plak Berkumpul Risiko Tinggi Untuk Dapat Karies Gigi Penyakit Gusi Bengkak

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 174 hits
Masalah gigi berlapis sering dipandang enteng oleh masyarakat umum Perkara ini perlu dititikberatkan kerana kelak ia boleh menyebabkan masalah karies gigi dan masalah gusi bengkak Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan o...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time