Perkara Yang Perlu Tahu Kalau Nak Beli Mesin Basuh Muatan Depan


Assalamualaikum..
NAK sambung kisah beli Mesin Basuh Muatan Depan atau Front Load. Sk cuma nak kongsikan dengan mereka yang merancang untuk membeli mesin basuh muatan depan, perkara yang perlu anda ambil tahu jangan semata-mata mengharap kepada pekerja syarikat yang menghantar barang ke rumah semata sebab bukan semua mereka ni tahu tentang barang yang dihantar. Dahlah tak tahu, kerek pulak tu, geram aku!
Sebelum tu, Sk nak kongsikan tips dari seorang pembaca yang ingin dikenali sebagi G, terima kasih G yang berkongsi tips penggunaan mesin basuh muatan depan. Ini tips dari G ya..
"Salaam, front loading pakai rubber ring.belah atas dalam rubber ring selalu kulat Hitam.
Lepas basuh 4-5 per day of use loads, buat empty load drum wash legal bleach atau cuka jika air keras.
Lepas Tu setiap Kali lepas basuh dedah pintu Kasi Kering dalam Dan rubber ring."
Pasti akan Sk amalkan tips dari G ni, kalau boleh biarlah mesin basuh ni tahan sampai Iman pulak ambil alih, hihi. Kalau boleh, Iman tu takyah dah nanti beli home appliance dah, beli makanan cukup makan sudah, hihi.
Berbalik kisah Sk beli mesin basuh ni, kita semua maklum bahawa panjang water hose atau salur air bagi air keluar kebanyakan mesin basuh adalah standard iaitu lebih kurang satu meter aje kot. Tapi, Sk tengok salur air keluar mesin baru ni, agak panjang jugak, tetapi walaupun panjang, ia tak cukup panjang untuk sampai ke lubang air lantai rumah Sk. Kiranya, kalau Sk letak mesin basuh ni rapat ke belakang dinding, air basuhan akan melimpah ke lantai sebab salur tu tak masuk dalam lubang. Jadi, memang kena kedepankan mesin basuh tu tapi masih juga tak dapat capai jarak yang cantik untuk masukkan salur tu. Lalu, Sk pun tanyalah dengan staf yang hantar mesin tu..
"Salur tu memang tak boleh sampai masuk lubang ek?" Sebab Sk nampak masih ada sedikit bahagian salur tu terikat pada body mesin.
"Eh, boleh.. kalau akak nak panjangkan, saya boleh buka turunkan...", jawabnya selamba sambil terus membuka skru yang mengikat salur air tu. Maka, berjayalah masukkan salur air dalam lubang lantai.

Rujuk gambar, asalnya hose air keluar tu terikat di sini, dia buka skru tu dan keluarkan hose tu dari situ turunkan. Sk pun lega la bila tengok hose tu dah boleh masuk dalam lubang terus, takyah lagilah nak beli hose lain yang lebih panjang. Lepas tu dia test mesin basuh, air boleh masuk, mesin on, dia pusing-pusing knob tu tapi tak terangkan apa-apa sangat, dan dia tinggal mesin tu berputar. Dia cakap test tiga minit, tiga minit dia tu tiga jam okeh @#$%^&*!


Lepas mesin tu berhenti, Sk terus cuci baju kotor yang taklah berapa banyak, sajalah kan nak test mesin baru. Sk ni pulak, masih tak puas hati dengan panjang hose tu sebab tak masuk sepenuhnya dalam lubang lantai. Dengan bijaknya, Sk pergi potong cable tie yang mengikat hose tu, haaa... baru masuk betul, dalam hati fikir, takyah dah beli extension hose. Tapi, Sk pelik, mana pergi sabun yang Sk masukkan, langsung tak ada buih pun dan air cucian pun tak banyak. Lepas tu mesin berhenti macam hang! Display keluar E10. Disebabkan tak nak memeningkan kepala Pak Inche, SK dok pusing-pusing knob program tu, kenapa dia cuma buat task cucian sahaja, lepas tiga minit dia keluar E10, berkali-kali. Sk pun mesej staf yang rekomen brand brandt ni, kan. Sk tanya, macammana kita nak set mesin ni auto, maksudnya, ia boleh buat semua task, wash, rinse & spin. Dia kata, semua program ada wash, rinse dan spin. Tapi Sk pelik, sebab lepas cuci tiga minit akan keluar E10. Sebab dah berkali-kali mesin dok wash wash wash, Sk ambil keputusan untuk terus pilih program Spin only, siaplah basuh baju pada hari pertama dengan perasaan yang keliru dan sebal


Esoknya, balik kerja, Sk cuba lagi cuci baju lepas puas study buku manual malam semalamnya. Kali ini, Sk pilih program Opti 45 min. Apa yang Sk faham, untuk program ni, dalam masa 45 minit, dia akan cuci, bilas dan perah baju kita. Kiranya untuk cucian biasa la, kan. Jadi, lepas masukkan sabun, Sk pun tekan butang play dan mesin pun mula gedek gedek gedek, air pun masuk... nampak macam dah okey ni, legaaaa


Lepas tu Sk tinggalkan, dengar dari jauh macam senyap aje.. datang dekat.. eh, dia keluar lagi lah E10 tu, diorang ni hantar mesin yang bermasalah ke aku yang bermasalah tak faham ni. Oh my my.. marah ni.. dah lah penat balik kerja, terus Sk mesej staf HN tu, namanya En Zamri. Nak tanya baik-baik aje.. tak molah terus nak melenting kan

Nak share screen shot ke?? Hehehe.. tak payahlah ya.. biarlah SK kongsi intipati mesej jer
Sk tanya En Zamri tu, kenapa lepas 4 minit cucian, display paparkan E10, E tu tahulah, mesti ada error, masalah problem apa.. tu yang nak tahu


Haaaaaa.... inilah masalah problem yang sebenarnya dicetuskan oleh staf yang hantar mesin basuh ni. Ingat tak bila SK minta panjangkan salur tu, dia jawab apa. Tengok semula gambar pertama. Kan dia buka skru dan turunkan water hose tu. Menurut En Zamri, bagi mesin basuh muatan depan, water hose tu mesti kekal di situ dan tak boleh diturunkan langsung. Water hose perlu naik dulu baru turun dan selalunya memang akan sambung hose lain untuk salurkan air basuhan ke lubang lantai


En Zamri hantar gambar ni buat rujukan Sk. Menurut beliau, jika turunkan hose tu, air yang masuk mesin akan terus keluar. Maka sistem akan error. E10 tu sebab air basuhan yang masuk terus keluar, patutlah Sk punya sabun semua hilang, huwa huwa huwa. En Zamri suruh Sk pasang semula water hose tu masukkan semula dalam ring berskru tu. Lepas dah masuk tu, tekan play, terus mesin basuh tu boleh pusing balik dan berjaya siapkan cuci baju. Lepas tu dia pesan beli water hose lain, sambungkan dengan water hose dari mesin basuh tu untuk masukkan ke lubang lantai


Esoknya terus cari hose sambungan di Mr DIY. Hose bagi mesin basuh muatan depan ialah yang kecil dan comel. Hurmmm, nasib baiklah ada darah Tun Tijah yang mengalir. Sebab Sk memang tak nak bagitahu Pak Inche masalah ni, sebab tak nak bagi dia sakit kepala. Cukuplah sakit kepala keluarkan duit jer, hahahaha


Balik rumah, terus Sk naikkan water hose ni masukkan dalam benda bulat yang ditunjukkan dengan anak panah tu. Entah apakah namanya pengikat tu, hahaha. Patutlah dia ada kat keliling bahagian belakang mesin basuh tu, rupanya ada sebab penting, bukan suka-suka hati aje nak turunkan water hose tu


Dah sambung water hose lain terus ke lubang. Sekarang ni baru tahu, mesin basuh muatan depan kena pastikan water hose outlet (salur air keluar) dipasang macam ni, tak boleh terus turun. Sk cakap dengan En Zamri, sepatutnya staf yang hantar mesin tu mestilah tahu pasal perkara ni, kenapa dia boleh buka dan turunkan pulak salur air tu bila Sk minta panjangkan.. patut dia boleh cakap.

"Tak boleh, kak. Kalau saya turunkan water hose ni, nanti mesin akak error, sebab air yang masuk terus keluar. Akak kena beli hose baru untuk sambungkan dengan water hose asal," Betul tak

En Zamri kata, dia pun pelik... haha. Kalau En Zamri pelik, saya lagi pelik laaa.. hahaha

Alhamdulillah, dah selesai dan faham cara nak kendalikan mesin basuh ni. Yang best baju-baju terutama tuala dan t-shirt tebal dah tak bau kepam. Seluar-seluar gelap dah tak bercapuk dengan sabun. Yey!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/perkara-yang-perlu-tahu-kalau-nak-beli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Kucing Yang Kau Sayang Rosakkan Mesin Basuh Nak Belasah Tak

Bila Kucing Yang Kau Sayang Rosakkan Mesin Basuh Nak Belasah Tak

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 564 hits
Assalamualaikum BAGI pencinta kucing kucing memang boleh menghiburkan bila kita di rumah Ibaratnya macam orang ada anak kecik atau atuk dengan cucu ada saja keletah mereka yang boleh buat kita ketawa tapi jangan tataw di sebalik semua itu a...
Beli Mesin Basuh Baru Yey

Beli Mesin Basuh Baru Yey

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 464 hits
Assalamualaikum TENGAH sibuk kerja tetiba dapat call dari Iman tanya pasal mesin basuh Bonda nak mesin berapa kilo babah nak belikan ni Rupa rupanya dua beranak tu dah meronggeng ke bandar cari mesin basuh baru huhu Pak Inche yang selama Sk...
Mudah Baiki Mesin Basuh Tak Sampai Rm100 30 Minit Dah Siap

Mudah Baiki Mesin Basuh Tak Sampai Rm100 30 Minit Dah Siap

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 365 hits
Mudah Baiki Mesin Basuh Tak Sampai RM100 Assalamualaikum dan salam sayang Lebih kurang sebulan yang lepas mesin basuh rumah ciktom
Alahai Anak 3 Kali Basuh Baju Tetap Busuk Bila Tengok Penuh Udang Dalam Mesin

Alahai Anak 3 Kali Basuh Baju Tetap Busuk Bila Tengok Penuh Udang Dalam Mesin

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 376 hits
Bayangkan bila tiba tiba kain yang dibasuh dalam mesin berbau apa yang mama akan buat Semestinya kita akan bertindak membasuhnya lagi dan meletakkan sabun untuk pastikan basuhan betul betul cuci Melalui apa yang dikongsikan oleh seorang ibu...
Aduhai Apabila Paip Mesin Basuh Tercabut

Aduhai Apabila Paip Mesin Basuh Tercabut

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 522 hits
Aduhai Apabaila Paip Mesin Basuh Tercabut Assalamualaikum Hai korang semua pengalaman yang tidak boleh lupa kita simpan dalam blog ni Pada 12 Oktober jam pukul 9 00 tadi ada post dekat sosial media Nak buat kenangan Cik Ash coret dalam blog...
Saya Usaha Dapatkan Penjaga Yang Baik Abby Abadi Nak Bantu Ibu Bayi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik

Saya Usaha Dapatkan Penjaga Yang Baik Abby Abadi Nak Bantu Ibu Bayi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 432 hits
Seperti kita sedia maklum pelakon Abby Abadi memang sering melakukan kerja kerja amal terutamanya membela nasib ibu yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi mereka Malah dia sendiri turut mempunyai tiga orang anak angkat Baru baru ini men...
Terjawab Kenapa Guru Ini Suka Longgok Sampah Depan Rumah Sampai Nak Masuk Umah Pun Susah

Terjawab Kenapa Guru Ini Suka Longgok Sampah Depan Rumah Sampai Nak Masuk Umah Pun Susah

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 457 hits
Kisah seorang pesara guru yang mengumpul timbunan sampah di kediaman di Simpang Pulai telah mencvri perhatian ramai Dikatakan Chung sering dilihat berbasikal hingga lewat malam mengutip sampah dari premis berhampiran yang kemudian dibawa pu...
Ini Cara Cara Nak Mohon Jawatan Perkhidmatan Awam Melalui Spa9 Yang Baharu

Ini Cara Cara Nak Mohon Jawatan Perkhidmatan Awam Melalui Spa9 Yang Baharu

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 335 hits
Seperti semua sedia maklum sebelum ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan melancarkan laman web baharu iaitu SPA9 pada 5 Oktober 2020 yang menggantikan SPA8i untuk orang awam memohon jawatan kosong dalam perkidmatan awam Nak tahu Cara Nak M...
Akhirnya Ku Beli Chest Freezer Online Ja

Akhirnya Ku Beli Chest Freezer Online Ja

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 337 hits
Salam dears Sekarang ni kan Mama tiap tiap hari masak sendiri Jadi memang cepat je lah habis barang basah kat rumah ni Nak kerap keluar beli barang risau plak dengan keadaan kes Covid tengah banyak ni Jadi nak memudahkan simpan barang basah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia