Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Berhutang Yang Ramai Buat Tak Tahu
Banyak yang Islam sebut pasal hutang. Dalam al-Quran, ayat yang paling panjang adalah mengenai hutang. Al-Baqarah, 282 :
Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Berhutang Yang Ramai Buat Tak Tahu
Credit Pic : SUMBER
1. Allah swt bantu orang yang bersungguh-sungguh hendak melangsaikan hutang
Allah swt tahu kita kurang mampu maka sebab itu kita berhutang. Dan jika kita niat berhutang nak bayar balik, Allah swt mudahkan jalan rezeki kita. Tapi siapa yang berniat nak lari dari bayar hutang, makin susahlah hidup seseorang itu.
Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Berhutang Yang Ramai Buat Tak Tahu2. Zalim jika mampu bayar, tapi melambat-lambatkannya
Sekiranya kita mampu, bayarlah hutang tersebut secepat mungkin. Adalah satu kezaliman kita menangguhkan membayar hutang sedangkan kita ada duit.
3. Pahala mati syahid pun tergantung
"Allah swt mengampunkan dosa orang yang mati Syahid kecuali hutang"
Direkodkan oleh Imam Muslim
Kita tahu pahala mati syahid ini besar. Terus masuk syurga. Tapi ia dapat terhalang dengan hutang. Nau’zubillah.
4. Orang berhutang kuat menipu
"Ketika ditanya kenapa selalu berdoa minta perlindungan dari berhutang, Baginda saw pun menjawab, orang yang berhutang ini apabila dia bercakap dia menipu, apabila dia berjanji, dia mungkir."
Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari
Kita sepatutnnya berjumpa dengan orang yang kita berhutang, baik dengan bank, kawan atau saudara mara, jika kita betul-betul tak mampu bayar hutang. Bukannya lari. Tutup telefon. Buat-buat tak kenal. Islam tak ajar begitu.
5. Hidup tak tenang hidup banyak hutang
"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."
Hadis direkodkan oleh Imam Baihaqi
Ini yang menyebabkan rumahtangga bergoncang. Anak-anak menjadi mangsa. Sebab kita terlalu runsing akibat berhutang.
Panduan Mudah Untuk Anda Bebas Hutang - Klik Disini -Setiap sesuatu itu ada jalan keluarnya.
Masih belum terlambat untuk membaiki situasi kewangan kita. Mulakan dengan betul-betul berazam untuk membayar hutang. Hubungi semula bank, individu-individu yang kita ada hutang dengan mereka dan mula membayar hutang walaupun sedikit. Allah swt pasti memudahkan jalan untuk kita.
SUMBER
Baca Juga : Cara Mengenalpasti Adakah Anda Otak Kiri Atau Otak Kanan?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dakcaii.blogspot.com/2019/11/perkara-yang-perlu-anda-tahu-tentang.html