Perkara Wajib Tahu Sebelum Mula Bisnes Secara Francais



Bila sebut sahaja francais, ramai beranggapan ianya cara termudah untuk memulakan perniagaan, pasti untung, sudah ada jenama, kita akan mendapat latihan mantap dari francaisor, dan sebagainya. Tapi apa yang kita dengar tak seindah mereka yg sudah menceburkan diri dalam perniagaan francais. Tujuan saya menulis post ini cuma untuk berkongsi pengalaman saya sendiri membuka DUA unit francais dan pengalaman rakan-rakan saya.
Sebelum anda memilih untuk menjadi francaisi sesuatu sistem perniagaan francais, saya rasa wajarlah anda meneliti perkara-perkara berikut. Kegagalan untuk mematuhi satu daripada peraturan-peraturan berikut, akan menyebabkan kegagalan, malahan anda boleh bangkrap saya ingatkan!

PERTAMA
Selidik sistem pembekalan barangan mereka. Kita perlu ingat tujuan kita menjadi francaisi ialah untuk memanfaatkan kuasa beli atau "economic of scale". Maksudnya, sesuatu sistem francais yang besar dan mempunyai ramai francaisi sudah pastinya mampu membekalkan barangan pada harga yang lebih murah daripada supplier lain diluar.
Buat sedikit research, bandingkan harga yang mereka tawarkan untuk 10 jenis produk mereka, bandingkan dengan produk yang sama daripada pembekal luar. Jika harga mereka lebih tinggi, LUPAKan sahaja francais tersebut. Jika mereka sendiri gagal membekalkan pada harga yang kompetitif, maknanya anda tidak mendapat MARGIN keuntungan yang kompetitif di pasaran. Anda perlu ingat, anda akan bersaing dengan banyak lagi peniaga yang memperolehi bekalan daripada pembekal-pembekal luar. Adakah anda mampu bersaing nanti?Sebab berikutnya, Francaisor yang sanggup "markup" harga lebih tinggi daripada pembekal lain dipasaran, nampak hanya mementingkan keuntungan mereka semata-mata. Anda nak ke bernaung dibawah francaisor yang sebegini?

KEDUA
Kaji yuran francais yang di kenakan, adalah berbaloi dengan nama jenama mereka? Ada pihak yang charge yuran francais serendah RM 5000, ada yang setinggi RM 120,000. Kebanyakan dalam lingkungan RM 30,000. Anda perlu ingat ini adalah kos perniagaan anda. Jika yuran francais ada RM 30,000 untuk 5 tahun maknanya ada pertambahan kos RM 6000.00 setahun. Lepas tu kaji juga, adalah yuran francais boleh dipulangkan jika anda buat keputusan untuk batalkan perjanjian francais? Realitinya, kebanyakan francaisor hanya berminat membuat keuntungan melalui yuran francais, saya ulang KEBANYAKAN francaisor hanya berminat membuat keuntungan melalui yuran francais. Berhati-hati. Pada pendapat saya tidak ada jenama Malaysia yang wajar meletakkan yuran francais pun pada perniagaan mereka, kerana tiadanya pengiklanan besar-besaran seperti McD, KFC dan tiadanya nama yang kuat berbanding pesaing mereka di pasaran.

KETIGA
Masih lagi berkitar sistem stok dan pembekalan. Cuba anda selidiki, adakah anda WAJIB mengambil apa sahaja stok yang dibekalkan francaisor itu sendiri tanpa kebebasan daripada pihak anda untuk memilih sendiri stok dan jenis barangan yang anda ingin letakkan di kedai anda (ini lebih kepada sistem francais peruncitan, kecantikan dan yang bergantung pada produk). Adakah anda perlu membayar penuh sebaik sahaja barangan masuk ke kedai anda?Adakah terdapat pilihan untuk anda memulangkan semua barangan tersebut kepada francaisor jika anda gagal menjual barangan tersebut?
TIDAK pada mana-mana persoalan diatas, baik anda lupakan sahajalah francais tersebut. Realitinya, kebanyakan francaisor di Malaysia hanya berminat untuk menjual barangan mereka pada francaisi, dan "secure" keuntungan mereka, tanpa mengambil risiko sama ada barangan tersebut boleh dijual atau tidak oleh francaisi. YAng banyak berlaku, francaisi dijadikan "dumping ground" maksudnya tempat "pembuangan" barangan yang tidak laku di outlet-outlet francaisor kepada francaisi. Dahsyatkan? Inilah realiti sistem francais di Malaysia. Janganlah anda terpedaya jika francaisor memberi anda kredit, kerana anda akan berhutang sampai bila-bila, dan kebanyakan mereka charge 1-1.5% interest setiap bulan.

KEEMPAT
Adakah sistem francais yang anda minati itu mensyaratkan supaya anda "bank in" atau depositkan jualan harian anda pada akaun francaisor kononnya mereka boleh uruskan dengan lebih baik. Maknanya mereka akan tolak kos stok, kos sewa kedai, kos pinjaman perniagaan anda dan sebagainya. Percayalah, sistem sebegini akan menganiaya anda sendiri pada jangka masa lama. Cuba anda tanya mereka, jika katakan jualan pada sesuatu bulan amat rendah, hanya mampu menampung kos barangan sahaja, adakah pihak francaisor akan terus membayar sewa dan pinjaman perniagaan anda? Adakah anda boleh mendapat gaji dari perniagaan anda sendiri?
Realitinya, jangan harap. Sewa, pinjaman itu masalah anda. Yang penting bagi francaisor hanyalah untuk memastikan barangan yang anda ambil, dibayar dengan penuh. Itu sahaja.

KESIMPULAN
Ada banyak lagi kriteria yang perlu anda pertimbangkan. Saya akan menyentuh perkara-perkara berikut dalam siri yang akan datang. Cuma saya berharap, anda fikirlah semasak-masaknya sebelum menceburi perniagaan francais. Mungkin anda perlu berjumpa francaisi sedia ada, ataupun berjumpa mereka yang sudah makan asam garam perniagaan untuk mendapatkan nasihat.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tipsbantuniaga.blogspot.com/2023/09/perkara-wajib-tahu-sebelum-mula-bisnes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Panduan Ini Anda Perlu Tahu Sebelum Ingin Jadi Penulis Artikel Seo

6 Panduan Ini Anda Perlu Tahu Sebelum Ingin Jadi Penulis Artikel Seo

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 209 hits
Memandangkan ada yang tanya mengenai Nak masuk belajar SEO dalam masa yang sama tidak tahu apa itu SEO dan tujuannya Ha risaunya saya Sebelum pelbagai lagi yang berada di kepala rakan rakan Saya perincikan sedikit mengenai artikel Search En...
Kenali Aturan Main Judi Baccarat Online Sebelum Bermain

Kenali Aturan Main Judi Baccarat Online Sebelum Bermain

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 284 hits
Kenali Aturan Main Judi Baccarat Online sebelum Bermain Saat ini perjudian online semakin populer di kalangan masyarakat Salah satu permainan yang paling diminati adalah judi Baccarat online Namun sebelum Anda terjun ke dalam dunia perjudia...
Guru Perlu Patuhi Elemen 2 Saksi Sebelum Hukum Murid Fadhlina

Guru Perlu Patuhi Elemen 2 Saksi Sebelum Hukum Murid Fadhlina

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 227 hits
Nibong Tebal Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa elemen perlu mempunyai dua saksi sebelum guru menghukum murid yang melakukan kesalahan disiplin sememangnya sudah lama dilaksanakan mengikut garis panduan ditetapkan Menterinya Fadhlina ...
Pelajari 6 Struktur Cerpen Yang Benar Sebelum Membuat Cerita

Pelajari 6 Struktur Cerpen Yang Benar Sebelum Membuat Cerita

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 125 hits
Struktur cerpen adalah elemen penting yang harus penulis penuhi sebelum mulai mengarang sebuah cerita Apa saja isinya Yuk simak informasi selengkapnya
Kakak Cuba Selamat Adik Sebelum Kedua Dua Hilang

Kakak Cuba Selamat Adik Sebelum Kedua Dua Hilang

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 214 hits
Juwan Riduanam hmetro com myLokasi kedua dua beradik dikhuatiri lemas di Sungai Pegalan berhampiran Kampung Lingkudau Keningau FOTO Ihsan BombaKeningau Cubaan kakak menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam sungai berakhir tragedi apabil...
Sebelum Temui Jokowi Sby Bertemu Jk Bahas Masa Depan Bangsa

Sebelum Temui Jokowi Sby Bertemu Jk Bahas Masa Depan Bangsa

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 169 hits
JK mengatakan pertemuan dengan SBY membahas soal masa depan bangsa Indonesia
7 Aplikasi Travel Yang Wajib Ada Dalam Phone

7 Aplikasi Travel Yang Wajib Ada Dalam Phone

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 314 hits
Saya sangat saran kan anda untuk install 7 aplikasi travel ini dalam smartphone anda sebelum anda terbang ke luar negara untuk melancong business trip atau backpaker Ini bagi memudahkan urusan anda serta mengelakan kekalutan semasa tiba di ...
Siput Sedut 5 Resepi Sedap Siput Sedut Wajib Cuba

Siput Sedut 5 Resepi Sedap Siput Sedut Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 382 hits
Siput belitung juga dipanggil siput sedut kerana waktu nak makan kena sedut untuk menggeluarkan isinya yang sedap manis tapi ada yang tidak menggemarinya kerana isnya tapi terpulang pada selera masing masing Lazimnya siput sedut ni akan dim...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025