Perkahwinan Manusia Dengan Robot Normal Menjelang 2050
Perkahwinan Manusia dengan Robot Normal Menjelang 2050
LONDON – Pengarang buku Love and Sex with Robots, Dr. David Levy berkata bahawa perkahwinan antara manusia dengan robot seks akan menjadi sesuatu yang normal menjelang 2050, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Dr. Levy berkata, sama seperti perkahwinan sejenis yang sebelum ini dianggap asing, penerimaan kepada kepintaran buatan (AI) juga akan pantas berubah seiring dengan kemajuan teknologi.
Katanya, menjelang tahun 2050, mereka yang menentang perkahwinan antara manusia dengan robot akan menjadi golongan minoriti.
Perkahwinan dengan robot akan dianggap normal dan diterima menjelang 2050. -Getty Images
Pakar AI itu berkata, robot seks akan menjadikan individu yang kesunyian gembira kerana mempunyai teman buat pertama kali.
“Ini bukanlah petanda penghujung ketamadunan manusia, biarpun sudah ramai yang mengatakan robot akan mengambil alih dunia.
“Malah, saya fikir ia merupakan langkah positif dalam masyarakat kerana kelebihan mempunyai robot yang menyerupai manusia dapat dilihat bagi individu yang tidak boleh atau tidak mampu menjalin hubungan sesama manusia,” katanya.
Robot seks yang banyak berada di rumah-rumah kelak mungkin sukar dipercayai sekarang, namun menurut Dr. Levy, saintis boleh menjadikan perkara itu sesuatu yang tidak mustahil.
“Saya fikir ia akan menjadi semakin diterima oleh sebahagian besar populasi manusia,” katanya. -Agensi
Perkahwinan Manusia dengan Robot Normal Menjelang 2050
Baca Artikel Menarik :
Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
[VIDEO] Kenapa? Tak Percaya Ka?? Kahwini Margo Patung Silikon
Amboi Mona Allen! Baik Punya….
The post Perkahwinan Manusia dengan Robot Normal Menjelang 2050 appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/10/perkahwinan-manusia-dengan-robot-normal-menjelang-2050/