Perkahwinan Dengan Konsep Dikelilingi Kehijauan Alam Semulajadi Dan Sungai Di Orchard Villa Gombak
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu orang nak buat majlis perkahwinan dengan konsep dalam taman atau kehijauan alam semulajadi tapi kalau kat KL ni mana nak cari tempat macam tu. Kalau ada pun mungkin dewan yang dihiasi dengan pelbagai tumbuhan dan bunga-bungaan tapi macam mana nak buat air sungai yang real. Terfikir juga kalau ada tempat macam ni mesti best.
Sebenarnya ada je tak jauh pun hanya dekat Gombak sahaja, bakal pengantin dan juga keluarga boleh buat perkahwinan impian mereka menjadi realiti. Ini kerana kat Orchard Villa yang terletak di Jalan Gombak Lama anda boleh buat majlis dengan dikelilingi oleh tumbuhan semulajadi dan juga deruan air sungai yang sangat tenang.
Dulu penyanyi terkenal tanah air Hazama dan isteri Genervie pernah melangsungkan perkahwinan beliau di sini tahun 2017. Maha pernah datang juga masa majlis tu berlangsung memang seronok dan meriah. Kali ini tahun 2019 Maha datang lagi jemputan ke majlis resepsi perkahwinan pasangan Syed Naquib dan Balqiss yang diadakan kat sini
Masih tetap sama tempat masih hijau dan juga penuh dengan tumbuhan yang memberi ketenangan serta boleh dengar kicauan unggas yang memecah kesunyian. Orchard Villa ini boleh dijadikan lokasi untuk bukan sahaja majlis perkahwinan tapi juga pelbagai program lain seperti bertunang, akad nikah, akikah, reunion, majlis koporat, pelancaran produk, gathering, pelbagai jenis kenduri dan macam-macam lagi.
Kat sini kalau disusun dengan kemas dan teratur mampu untuk memuatkan seramai lebih kurang 400 orang tetamu dalam satu-satu masa. Kat sini walaupun rasa mcam jauh untuk korang masuk kedalam tapi segala kemudahan lengkap ada disediakan seperti surau yang luas, bilik persalinan dan juga tandas yang selesa untuk semua tetamu yang hadir
Kalau majlis yang ramai parking tak perlu nak bimbang kerana ada satu kawasan yang luas untuk parking dikawal oleh pegawai RELA. Dekorasi kat sini boleh ikut kehendak pasangan kalau nak lebih meriah dan lebih bajet pun boleh dilaksanakan demi merialisasikan segala agar majlis berjalan lancar. Macam yang pengantin Maha datang hari tu mereka siap ada persembahan nyanyian dan juga kumpulan kompang dan silat memang sangat meriah
Pakej Lengkap Dikendali Felda D'Saji
Orchard Villa dikelolakan oleh Felda D'Saji yang merupakan organisasi pengurusan katering yang telah bertapak di Malaysia selama lebih 25 tahun. Paling penting mereka mendapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM untuk semua makanan yang disediakan. Hari tu D'Saji menyediakan pelbagai makanan enak dan memang sangat memenuhi seleras kita orang Malaysia
Pakej perkahwinan kat sini disediakan daripada merancang konsep perkahwinan ke menu makanan, gaun pengantin yang elegan, imej yang menakjubkan, bunga dan hiasan yang indah. Mereka juga ada ramai pramusaji yang lengkap dan terlatih untuk menjadikan majlis berjalan tanpa ada masalah. Makanan mesti cukup untuk semua tetamu kerana itu sangat penting dalam satu majlis
Rasa masih belum ada masa untuk membuat pilihan dan lokasi majlis yang penuh bermakna dalam hidup boleh sahaja pilih di sini. Maha suka datang sini sebab menarik dan menenangkan.. Korang boleh hubungi pegawai mereka terus untuk mengatahui harga dan juga pakej yang disediakan. Nak datang sini kalau dari Plaza Tol Gombak tu hanya dalam 14 minit sahaja dan kalau korang dari MRR2 hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tahniah Maha ucapkan kepada pasangan pengantin moga terus kekal hingga anak cucu. Selamat Pengantin Baru
Pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :-Laman web : http://www.feldadsaji.com.myFacebook : https://www.facebook.com/feldadsajiTel : 03-26988302 019-2974800 (Zaidi) 012-9214691 (Hidayu)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/01/perkahwinan-dengan-konsep-dikelilingi-alam-semulajadi-sungai-orchard-villa.html