Perjumpaan Raksasa Umno Terakhir Sebagai Referendum Minta Bubar Parlimen


agendaily.com04/10/2022
Ahli-ahli UMNO hadir Taklimat Khas Presiden sebelum ini.
Petang hari ini, UMNO sekali lagi mengadakan perjumpaan raksasa dengan semua Ketua Bahagian, sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di markas mereka Dewan Tun Hussein Onn atas jemputan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kali terakhir Zahid memanggil semua pemimpin akar umbi berkumpul adalah selepas Datuk Seri Najib Razak disumbat masuk ke Penjara Kajang dan ketika itu menitis air mata jantan Presiden mengenangkan nasib rakannya yang sudah disabitkan hukuman.

Ketika itu berapi-api ucapan Zahid bersama-sama barisan peguam Najib yang dijemput untuk memberi taklimat dan seperti biasa laungan ‘bubar, bubar’ mengegarkan dewan sehingga mahu runtuh bumbung sebagai desakan supaya Parlimen dibubarkan kerana tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas Najib.

Hari ini, sekali lagi akar umbi turun berhimpun dan dijangka fokus perhimpunan dan Zahid adalah bagi meminta Perdana Menteri segera memanggil pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Peluang sudah diberikan kepada Perdana Menteri sebelum ini untuk mencari ilham memilih tarikh PRU-15 selepas pulang dari lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat dan Kuwait, sekembalinya dari lawatan terus diadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Malah UMNO sudah memberi mandat kepada Perdana Menteri untuk segera mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong cadangan membubarkan Parlimen tetapi setakat hari ini belum pasti tarikh menghadap tersebut.

Walaupun pelbagai spekulasi dibuat berhubung tarikh menghadap tersebut, namun setakat ini masih belum ada pengesahan secara rasmi daripada Istana Negara berhubung pertemuan dengan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, perjumpaan hari ini dilihat bakal menjadi referendum terakhir kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya segera mengambil langkah sepatutnya untuk menunaikan mandat yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh MT UMNO baru-baru ini.

“Ini bakal menjadi satu perjumpaan besar yang terakhir untuk menunjukkan sokongan akar umbi terhadap gesaan Zahid supaya Parlimen dibubarkan dan PRU-15 diadakan,” kata seorang pemimpin akar umbi yang akan turut hadir pada perjumpaan hari ini.

Sabtu lalu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam surat bertarikh 30 Sept berkata, majlis perjumpaan itu akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, bermula 2 petang.

“Adalah dimaklumkan bahawa satu perjumpaan khas bersama presiden Umno dan perdana menteri akan diadakan pada 4 Okt (Selasa), bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, aras 2 WTC,” kata surat itu.

Ahmad selepas mesyuarat MT UMNO Jumaat lalu memaklumkan parti itu mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan tahun ini.

Ahmad berkata, Ismail akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaras Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/perjumpaan-raksasa-umno-terakhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjumpaan Khas Umno Bersama Zahid Ismail Sebelum Parlimen Bubar Esok

Perjumpaan Khas Umno Bersama Zahid Ismail Sebelum Parlimen Bubar Esok

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 385 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Perjumpaan khas dengan semua ketua bahagian termasuk sayap Pemuda Wanita dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur esok merupakan himpunan terbesar dan terakhir Umno sebelum Parlimen di...
Umno Pm Akan Persembah Tarikh Bubar Parlimen Pada Agong

Umno Pm Akan Persembah Tarikh Bubar Parlimen Pada Agong

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 358 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 30 2022 11 07 PMUmno telah membuat ketetapan agar parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Piihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan Justeru katanya ...
Pas Aktifkan Jentera Pilihan Raya Selepas Umno Desak Pm Bubar Parlimen

Pas Aktifkan Jentera Pilihan Raya Selepas Umno Desak Pm Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 297 hits
agendaily com1 10 2022Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan Jentera pilihan raya PAS diaktifkan dengan serta merta susulan kenyataan UMNO semalam yang mendesak Perdana Menteri supaya mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen ...
Walaupun Diasak Umno Pm Belum Dapat Ilham Bila Nak Bubar Parlimen

Walaupun Diasak Umno Pm Belum Dapat Ilham Bila Nak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 269 hits
PRU 15 mungkin diadakan semasa musim banjir selepas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sedia meredahnya sekalipun pilihan raya diadakan Ketika desakan terus kencang daripada UMNO supaya membubarkan segera Parlimen Datuk Ser...
Ahli Mkt Umno Beri Bayangan Parlimen Bubar Esok

Ahli Mkt Umno Beri Bayangan Parlimen Bubar Esok

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 321 hits
TUN CARLOS LABELS SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan Parlimen akan dibubarkan esok Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya Raya atau Pilihan raya tulisnya ringkas ...
Bubar Parlimen Jemaah Menteri Pas Umno Bersatu Tidak Sokong

Bubar Parlimen Jemaah Menteri Pas Umno Bersatu Tidak Sokong

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 321 hits
Nak buat PRU15 tahun ni memang dah terlambat dan boleh dikatakan agak melampau sekiranya diadakan pada musim tengkujuh Rakyat sedang risau malapetaka banjir apakah yang bakal mereka hadapi Ismail sabri tidak perlu tunduk dengan desakan geng...
Jika Pm Gagal Bubar Parlimen Dia Akan Digantung Keahlian Umno Seperti Saya

Jika Pm Gagal Bubar Parlimen Dia Akan Digantung Keahlian Umno Seperti Saya

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 263 hits
Malaysiakini Ketua Umno Alor Setar Mohd Yusof Ismail berkata dia belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung penggantungan keahlinya daripada parti itu Namun Mohd Yusof percaya tindakan terhadap dirinya itu merupakan isyarat kepada Per...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia