Walaupun Diasak Umno Pm Belum Dapat Ilham Bila Nak Bubar Parlimen




 
PRU-15 mungkin diadakan semasa musim banjir selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sedia meredahnya sekalipun pilihan raya diadakan.

 

Ketika desakan terus kencang daripada UMNO supaya membubarkan segera Parlimen, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau belum mendapat ilham bila akan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri berkata sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO pada 30 September ini.

“Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah,” katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat, menurut Bernama.

Sebelum ini, pemimpin tertinggi UMNO terus mengasak Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti supaya membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan segera tahun ini, tanpa mempedulikan kepentingan rakyat menghadapi krisis dan bencana setelah pandemik Covid-19 semakin pulih.

Ketika majoriti ahli Parlimen, termasuk daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri, menolak pilihan raya diadakan segera tahun ini, beberapa kerat pemimpin parti itu, terutama presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, terus mendesak Perdana Menteri membubar segera Parlimen.

Selain itu, majoriti Jemaah Menteri, termasuk yang mewakili UMNO, turut menolak PRU-15 diadakan tahun ini kerana berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT UMNO.

“Saya pun tak tahu apa agenda MT dan sebagainya. Jadi malam tu lah kita akan bincang,” katanya. Top 5 merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden UMNO.

Ditanya sama ada beliau sudah mendapat ilham bila akan membubarkan Parlimen semasa berada di bandar raya ini dan adakah ia semakin dekat, Ismail Sabri menjawab “belum lagi.”

“Saya berjalan di sekitar Central Park dan kagum dengan bagaimana kawasan hijau seluas 832 ekar di tengah-tengah bandar raya ini dikekalkan dan dipulihara” katanya.

Perdana Menteri berkata jika di Malaysia, pasti akan ada cadangan di atas meja beliau untuk membangunkan kawasan seumpama itu.

“Saya mendapat inspirasi bagaimana untuk memulihara kawasan hijau kita. Namun untuk pilihan raya, saya tidak mendapat apa-apa inspirasi,” katanya.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/walaupun-diasak-umno-pm-belum-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spekulasi Pru15 Makin Kencang Belum Dapat Ilham Bubar Parlimen Ismail Sabri

Spekulasi Pru15 Makin Kencang Belum Dapat Ilham Bubar Parlimen Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 231 hits
NEW YORK 26 Sept Ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 semakin kencang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen Perdana Menteri berkata sebarang keputusan mengenai tarik...
Pm Belum Buat Keputusan Tarikh Bubar Parlimen

Pm Belum Buat Keputusan Tarikh Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 198 hits
PM belum buat keputusan tarikh bubar Parlimen BERITA SEMASA 26 SEPTEMBER 2022 Ketika spekulasi mengenai tarikh PRU15 semakin kencang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen Perdana Menter...
Pas Aktifkan Jentera Pilihan Raya Selepas Umno Desak Pm Bubar Parlimen

Pas Aktifkan Jentera Pilihan Raya Selepas Umno Desak Pm Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 192 hits
agendaily com1 10 2022Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan Jentera pilihan raya PAS diaktifkan dengan serta merta susulan kenyataan UMNO semalam yang mendesak Perdana Menteri supaya mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen ...
Jika Pm Gagal Bubar Parlimen Dia Akan Digantung Keahlian Umno Seperti Saya

Jika Pm Gagal Bubar Parlimen Dia Akan Digantung Keahlian Umno Seperti Saya

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 172 hits
Malaysiakini Ketua Umno Alor Setar Mohd Yusof Ismail berkata dia belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung penggantungan keahlinya daripada parti itu Namun Mohd Yusof percaya tindakan terhadap dirinya itu merupakan isyarat kepada Per...
Umno Pm Akan Persembah Tarikh Bubar Parlimen Pada Agong

Umno Pm Akan Persembah Tarikh Bubar Parlimen Pada Agong

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 244 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 30 2022 11 07 PMUmno telah membuat ketetapan agar parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Piihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan Justeru katanya ...
Bubar Parlimen Jemaah Menteri Pas Umno Bersatu Tidak Sokong

Bubar Parlimen Jemaah Menteri Pas Umno Bersatu Tidak Sokong

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 217 hits
Nak buat PRU15 tahun ni memang dah terlambat dan boleh dikatakan agak melampau sekiranya diadakan pada musim tengkujuh Rakyat sedang risau malapetaka banjir apakah yang bakal mereka hadapi Ismail sabri tidak perlu tunduk dengan desakan geng...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Car Solid Perfume Fragrance

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Masalah Gut Cuba Jus Celery Epal Timun Dan Lemon Untuk Kelegaan Segera

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Apakah Maksud Adendum

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Pgslot 18 February 68 Pg 1 10 000 Pg Top 95 By Nina Pgslotth Io

Buat Semula Raised Bed

Selamat Pengantin Baharu Putri Dan Aqim