Perjuangan Yang Gagal





aku baru je habiskan 1 minggu MC. berpantang kerana keguguran. allah. tak tahu nak sedih ke tidak. sedih kerana ini merupakan kali kedua aku keguguran. kali pertama dulu adalah pada tahun 2021. kalau itu menjadi, aku akan lahirkan anak pada awal bulan tahun 2022. namun kecundang. 

Keguguran Lagikali ini gugur lagi. kalau kali ini menjadi, aku akan lahirkan anak pada april 2024. tiada rezeki. kalau dulu aku gugur kerana kecuaian dan kebodohan diri. seronok lupa diri  bermain di icity menikmati keduniaan. 
kali ini aku betul - betul menjaga. namun akhirnya tetap gagal. 
bila dikira - kira hampir 3 4 klinik aku pergi untuk scan tumbesan anak. kononnya kerana aku nak kan tempoh 2 minggu untuk semak semula tumbesaran anak. hahahahha. kalau hanya 1 klinik aku pergi, maknanya, janin aku dah disahkan gagal. setiap klinik akan beri tempoh 2 minggu tambahan untuk janin yang kecil dan lain lain. itu lah yang aku nak. masa tambahan. 

Darah Melimpahpada pagi khamis 14 september 2023, aku alami sakit perut. memang betul pagi itu aku membuang. puas! situasinya sama seperti aku mengalami hari pertama period. aku akan sakit perut memulas dan cirit diikuti darah. 
kali ini pun sama. selepas membuang, ada tompok darah kecil. aku biarkan. sepatutnya selepas membuang, sakit perut akan hilang. namun ia kekal sakit seperti ingin period. malam sebelum tu, aku ada ke klinik medicare kerana telah diberi tempoh 2 minggu. 
doktor katakan yang janin aku sepatutnya membesar seperti kandungan 11 minggu. namun janin aku hanyalah bersaiz seperti 8 minggu. doktor juga ada memberikan aku surat untuk refer ke hospital kerajaan. aku baru sahaja nak melambat - lambatkan pergi klinik kerajaan tanpa surat. rupanya sudah tertulis, janin aku keluar esok harinya. 

Panik Sekejappada pagi khamis 14 september 2023, hanya aku dan teha sahaja ada di ofis. aku berborak dengan teha seperti biasa sambil menikmati perut yang sedang cramp. entah macammana seperti ada gelombang pecah di bahagian bawah. aku minta diri untuk ke tandas sebentar. 
telaah aku benar. gelombang yang aku rasakan dibawah tadi adalah darah yang masih hangat. aku kekal berdiri di tandas. terpinga - pinga. aku memang dari awal sudah memakai pad sejak aku membuang awal pagi kerana ada tompokan darah. pad aku sudah bergenang air. 
ketika aku ingin melihat genangan darah, ada darah pekat merah dan seketul kecil asing yang aku masih ragu - ragu tentang keberadaannya. mungkinkah janin? bentuknya seperti seketul kepada yang telah tercabut dari badan. bulat kecil dan mempunya 2 titik mata. mungkin terpisah dari badan kerana waktu seketul asing itu ingin keluar dari lubang, kebetulan aku sedang check kain. mungkin kah

aku panik dan menjerit memanggil. aku takut dan geli dalam masa yang sama. aku minta teha tarikkan bendasing tu masuk ke dalam lubang tandas. aku hubungi iwan dan katakan aku gugur. aku bersiap - siap menukar pad yang baru dan menunggu iwan sampai ambil aku di pejabat


Bergegas Ke Hospitaliwan ambil aku di pejabat. di dalam kereta iwan menangis mengenangkan keguguran kali ini. masih gagal. adakah kerana dosa - dosa lalu? iwan masih lagi menyalahkan takdir dan tuhan. masih tetap menyalahkan diri sendiri. masih merasa gagal menjaga aku. mungkin ~ 
aku sempat singgah dirumah. ingin membawa surat rujukan yang diterima dari klinik malam tadi. aku juga sempat menukar pad kali ke 3. darah membuak - buak menembus tempat duduk kereta dibahagian penumpang. sementara aku ke tandas awam, iwan bersihkan tempat duduk aku. 
aku ke hospital shah alam dan terus ke bahagian kecemasan. dengan surat tersebut aku dapat terus ke bahagian wanita hamil kot. entah hahaha. jabatan apatah. aku serahkan surat di kaunter. mungkin surat aku di pass pada doktor dan doktor berkenaan marah - marah. "surat ni dapat semalam kan? kenapa tak datang semalam". lah manalah aku tahu. surat tu memang untuk refer ke hospital. tapi malam tadi belum ada apa - apa tanda. paling tidak aku akan ke hospital pada keesokkan hari setelah siang menjelma. kau bayangkan lah kalau aku ke hospital hari yang sama waktu malam? silap haribulan, aku disidai sehingga subuh. selagi aku boleh berjalan dan makan, selagi itu aku bukan dikategori perlu dibantu. lagipun aku bukan gugur malam tadi. aku diam sahaja dengar doktor / jururawat berkenaan marah - marah. 
sepanjang menunggu giliran aku memang berdiri sahaja. aku tak mampu duduk. darah masih keluar dan keluar. aku takut akan mengotori tempat duduk awam. tidak lama kemudian aku dipanggil masuk ke bilik rawatan. 


darah masih membuak buak keluar. aku diminta baring dan menukar kain hospital. darah keluar mencurah. habis kaki dan baju aku. berkali - kali aku meminta maaf pada sesiapa sahaja yang ada disitu. aku seperti menyusahkan semua orang untuk membersihkan darah aku. 
doktor check laluan di bawah dan masukkan seperti penyepit untuk bukaan lebih besar. doktor menarik lebihan darah/ kantung yang masih tertinggal didalam. tak lama kemudian aku di suntik dengan cecair kecutkan rahim. berkenaan janin yang aku minta teha masukkan ke dalam lubang jamban, doktor kata "i taktahu lah tu apa yang penting tu bukan janin lah". hahah mungkin janin sebenar baru keluar di hospital. ha okay lah doktor. sukahati doktor lah. saya pesakit je hahah

aku dibawa ke bahagian katil kosong. baringlah aku disitu selama 1 jam bagi proses kecutan rahim. 

aku tak menangis. cuma ada masa aku mengalirkan air mata mengingat kata - kata iwan. terasa aku pejuang yang gagal. sekejap aku main telefon. namun katil aku tak ada bantal menyebabkan agak pening kepala untuk main telefon. hahaha. sudahnya menunggu sahalah aku sambil mendengar jiran katil sebelah check perut masing - masing. bahagianya. tapi membayangkan kesakitan bersalin, allah. takut pula aku. hahahha. 

Takdir dan Ujian1 jam berlalu, doktor check perut aku dan tinggal cebisan nipis sahaja yang tinggal di rahim. aku dibenarkan pulang. lama juga aku bersiap di tandas. aku menukar pakaian bersih dan diluar tandas ada 2 3 wanita menunggu giliran. aku meminta maaf kerana terlalu lama di dalam tandas. doktor meminta aku membawa pulang bekas sisa janin untuk ditaman. 

aku pulang ke rumah. niatnya ingin tanam janin bersisa di tanah belakang tempat parkir kereta. namun tanahnya agak keras. aku syak tanah yang berbatuan. aku cakap dengan iwan tanam sahaja janin di rumah mak aku. senang. masih ada ruang di bawah pokok pisang. sudahnya kami ke sana. tanam dan pulang. aku minta iwan bersabar. ini takdir dan ujian yang harus dipenuhi. 
lemah

Aish Mateen
aku tak tahu adakah perlu aku namakan janin yang telah gugur seusia 8 minggu. tapi tak apa lah. aku tetap memberinya sebuah nama indah buang aku kenang perjuangan aku yang gagal. 
seorang aish mateen. kehidupan yang teguh. insyallah teguh dengan izin allah. amin. 

seorang aish mateen. maaf kerana aku entah mahu dipanggil ibu, mama, emak, mommy gagal dalam perjuangan kali ini. entah apa silapnya kali ini. mungkin kesihatan diri atau ketidak kesempurnaan aku sebagai seorang manusia. atau mungkin juga kerana dosa - dosa lampau yang masih tergantung berselerakan kerana ego tidak meminta - minta kepada tuhan untuk diampukan. maaf ya kerana tidak bertahan lama. maaf kerana tak ada makanan makanan mahal / susu susu mahal/ makanan berkhasiat aku beri. aku beri hanya termampu gaji. maafkan aku kerana perjuangan ini gagal awal. ternyata aku bukan pejuang yang layak. semoga aish mateen dari rahim aku kali ini insyaallah boleh mendengar kan aku dan membantu aku di akhirat kelak. walau entah berapa usianya ketika aku gagal lagi memeluk kamu di rahimku. maaf kan aku lagi sekali. mungkin ini khilaf dari diri sendiri.

buat suamiku iwan. maaf kerana kali ini aku gagal memeluknya lama. tak bertahan lama. maaf ya. aku gagal menjadikan kau seorang yang dipanggil bapa atau setidaknya ayah oleh seorang anak. mungkin belum masanya kita sesuai menjadi ibu dan ayah. tuhan telah takdirkan kita untuk menjalin rasa dan rindu dahulu berdua - dua. masih belum ada percutian sama - sama. belum ada lagi rezeki berlebih - lebih untuk kita. mungkin ini masanya kita bercinta semahu mahunya. menjadi ibu dan ayah mungkin disuatu masa yang kita sendiri tak jangka. maaf ya, kali ini aku gagal lagi. semoga engkau tabah menyantuni ku sebagai isteri walau aku tak sempurna mana dan belum mampu memberikan kau seseorang yang dipanggil anak. nanti kita cuba lagi ya. Terima kasih kerana banyak membantu dalam hal rumah tangga. Terima kasih kerana kau seiras pelakon korea dimata aku. Hahaha. salam sayang adindamu. tibaa. hahahah. ily hubbysem. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2023/09/perjuangan-yang-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Gagal Keluar Islam Sele

Wanita Gagal Keluar Islam Sele

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 113 hits
Hidir Reduan Abdul RashidMahkamah sivil menolak permohonan seorang wanita di Sarawak untuk kembali menganuti agama Kristian selepas memeluk Islam untuk berkahwin dengan seorang lelaki Islam tetapi perkahwinan mereka tidak menjadi Peguam Iqb...
Bila Akal Gagal Menguasai Emosi

Bila Akal Gagal Menguasai Emosi

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 83 hits
EMOSI Aristotle 2000 tahun dahulu dalam buku The Art of Rhetroric pernah menyebut Semua orang boleh jadi marah itu senang Tapi untuk marah kepada orang yang tepat pada masa yang tepat dengan tujuan dan cara yang tepat dan dengan amaun marah...
Lokman Adam Reformasi Tak Berjaya Kerana Gagal Heret Mahathir Ke Mahkamah

Lokman Adam Reformasi Tak Berjaya Kerana Gagal Heret Mahathir Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 177 hits
Alyaa AlhadjriWalaupun dengan pelantikan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri salah seorang penyokong terawal parti itu berhujah bahawa gerakan Reformasi yang bermula 25 tahun lalu masih belum berjaya Bercakap sebagai ahli pan...
Wajib Catat Banyak Pengendara Gagal Ujian Sim C Gara Gara Hal Sederhana Ini

Wajib Catat Banyak Pengendara Gagal Ujian Sim C Gara Gara Hal Sederhana Ini

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 243 hits
Ditlantas Polda Metro Jaya mengungkapkan keberhasilan ujian Surat Izin Mengemudi C mengalami peningkatan
Djarot Pdip Food Estate Perlu Dievaluasi Di Ntt Gagal

Djarot Pdip Food Estate Perlu Dievaluasi Di Ntt Gagal

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 119 hits
Ketua DPP PDIP Bidang Ideologi dan Kaderisasi Djarot Saiful Hidayat menilai program food estate sudah waktunya dievaluasi
Lelaki Dari Taiping Gagal Cabar Penukaran Agama Ketika Kanak Kanak

Lelaki Dari Taiping Gagal Cabar Penukaran Agama Ketika Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 124 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang lelaki berusia 29 tahun gagal dalam usaha mencabar penukaran agamanya kepada Islam di Mahkamah Tinggi Taiping Ibu bapa lelaki itu membawanya yang ketika itu berusia 8 tahun ke pejabat agama daerah Taiping ...
Kkb Tembak Satpol Pp Di Oksibil Peluru Gagal Tembus Kepala Karena Korban Pakai Helm

Kkb Tembak Satpol Pp Di Oksibil Peluru Gagal Tembus Kepala Karena Korban Pakai Helm

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 125 hits
KKB kembali melakukan aksi kekerasan dengan menembak seorang ASN Pemda Pegunungan Bintang
Balu Jj Anak Anak Serta Ibu Mentuanya Gagal Sepakat Harta Lebih Rm2 Bilion

Balu Jj Anak Anak Serta Ibu Mentuanya Gagal Sepakat Harta Lebih Rm2 Bilion

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 179 hits
KUALA LUMPUR Balu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis Puan Sri Kalsom Ismail dan empat anak serta ibu mentuanya gagal mencapai persetujuan dalam tuntutan harta sepencarian berjumlah lebih RM2 bilion Tuntutan harta sepencarian itu difailka...
Selepas Gagal Mainkan Isu Azan Penyokong Pas Cuba Serang Guna Isu Lrt

Selepas Gagal Mainkan Isu Azan Penyokong Pas Cuba Serang Guna Isu Lrt

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 279 hits
HarapanDaily comSelepas pernah gagal memainkan isu azan di Pulau Pinang penyokong Pas dilihat cuba menyerang Kerajaan Perpaduan menggunakan isu bahasa Mandarin pada peta laluan perkhidmatan tren Terasa macam di Hong Kong pulak Geng geng PH ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender

Valdy Nyonk Zinidin Zidan Selamat Tinggal Kenangan Chord

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa