Perjalanan Paling Mencabar Raya 2022


Assalamualaikum wbt 
KUALA KETIL, KEDAH - KUALA NERUS, TERENGGANU 
Sebelum bertolak, kami terlebih dahulu melihat aplikasi waze bagi menjangkakan waktu kami akan sampai ke Kuala Terengganu. Waze menyatakan kami akan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke lokasi. Dah biasa memandu semasa perayaan, kami dapat menjangkakan ianya akan menjadi lebih dari masa yang sepatutnya. Ajak Pak Inche bertolak lepas sahur, Pak Inche tak yakin, takut terserempak dengan Pak Belalai, huhuhu. 

Perjalanan yang pada mulanya lancar mula menjadi perlahan apabila kami menghampiri simpang Kuala Pegang. Untuk pengetahuan, kami dari arah Kuala Ketil akan keluar ke simpang Kuala Pegang ni untuk ke Gerik. Kuala Ketil dan Kuala Pegang ni dalam daerah Baling, Kedah, manakala Gerik pula dalam negeri Perak. Punyalah tak bergerak sampai Pak Inche cadangkan kami ikut bandar Baling, sebab dia rasa arah ke sana tak banyak kereta. Bertuahhhh.. pun tak bergerak jugak, jadi kami patah baliklah ke arah simpang Kuala Pegang tadi.

Nampak orang jual daging di tepi jalan. Di belah-belah utara ni memang biasa nampak orang berjualan daging di tepi jalan beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri atau Aidiladha terutama Aidilfitri la. Kalau di Johor (Johor Bahru), nak membeli daging kenalah ke pasar besar atau pasaraya. Orang Kedah panggil, 'market', hehehehe.

Peniaga-peniaga lemang pun dah mula beroperasi. Tengok rupa paras lemang yang masih hijau dan api yang menjulang, dapat diketahui bahawa proses pembakaran baru nak bermula. Masa ni mata masih segar lagi, sebab masih nampak kampung-kampung, hihihi.

Selepas melepasi simpang Kuala Pegang, jalanraya kembali lancar. Tapi, kembali bergerak perlahan menuju ke Pengkalan Hulu (sempadan Thailand) dan Gerik. Masa ni, dengar lirik lagu.. 'Perjalanan jauh tak ku rasa.." automatik keluar 'Hak Tuih!!' Hahahahahaha. Si Iman la mulakan, lepas tu dengan Pak Inche pun mengikut, hahahaha


'Nun menghijau gunung ladang dan rimbaLangit nan tinggi bertambah birunyaDeru angin turut sama berlaguSemuanya bagaikan turut gembira...'
Gembiralah kalau jalan 'clear' macam ni, kan. Masa ni kemahen la segar bugar memasing. Hilang sekejap tekanan hadap jem di Kuala Pegang tadi


Menghampiri Gerik, Pak Inche tanya, boleh bawa tak? Nak kata tak boleh ke, tengok dia dah terhoyong-hayang, hahaha. Untuk rekod, Sk tak pernah lagi memandu melalui jalan ni. Untuk rekod juga, tak silap, ini kali ke-empat kami melalui jalan ni. Kali pertama semasa kami mengelilingi Semenanjung, dari Johor, melalui pantai timur (Pahang, Terengganu, Kelantan) kemudian ke Kuala Ketil, kemudian balik ke Johor ikut Lebuhraya Utara Selatan. Masa tu, Iman masih sekolah kebangsaan lagi


Kali kedua, kami ke rumah Kak Roz yang masa tu baru berpindah ke Gerik. Oh, sekarang, Kak Roz dah menetap di Kuantan. Kali ketiga, semasa kami bercuti bersama keluarga sebelah Pak Inche di Tasik Banding Resort dan kali ke-empat semasa kami ke Majlis Sambut Menantu Cik Ani dan Che Li, 9 tahun lepas. Untuk kali keempat tu, pergerakan kami cuma dari barat ke timur sahaja dan kali pertama tu kami melalui jalan dari timur ke barat sahaja. Tapi, kalau tengok entri ni, rasanya macam kami pernah melalui jalan ni selepas balik dari Hatyai.. Tulah, banyak sangat melencong, sampai lupa, hahaha


Dalam paksa rela, Sk pun setuju. Kami bertukar pemanduan di Kem Sri Banding. Masuk sahaja kawasan pintu masuk kem tu, nampaklah bertompok-tompok tahi gajah, punyalah seram.. tu baru tengok tahinya, belum gajahnya lagi. Tengok gajah di zoo memanglah comel tapi kalau gajah liar? Nak ambil gambar tahi gajah pun takut tau, takut kena sumpah, hahaha. Dengan lafaz Bismillah dan Ayatul Qursi, Sk memandu keluar ke jalanraya. Gambar ni Sk screen shot dari video yang Pak Inche post di fb, sebab tu kaburrrrrr

Dan selepas tu.. bermulalah pemanduan yang paling mencabar bagi Sk. Dengan keadaan jalan yang sempit, berbukit bukau dan bagai ular dipalu, dengan selekoh tajam, garisan jalan dah pudar, ada yang hilang terus, jalan tak rata macam ditampal dengan kain perca, rasa macam nak tinggalkan kereta dan jalan kaki, hahahaha. Sekali-sekala ada lorong memotong secara bergilir dengan pemandu dari arah bertentangan. Sekali- sekala kena bagi laluan kepada pemandu lain yang merasakan diri mereka lebih 'terror' barangkali kerana kerap melalui jalan ini. Setelah lebih dua jam memandu, Pak Inche minta pulang balik stereng, hehehe



Pemanduan bergerak lancar sehinggalah kami mula memasuki sempadan negeri Kelantan. Masa ni, dah mula berhenti.. bergerak.. merangkak.. bergerak.. berhenti.. merangkakkk... ahhhhh.. bila nak sampai??? Pukul 1.40 petang, kami pun sampai ke Bandar Jeli. Duluuuuuuu.. selalu dengar orang cakap, raya Aidilfitri di Pantai Timur tak meriah, tapi... macam tak betul pulak fakta tu. Memang tak ada jalan pintas lain ke Kuala Terengganu, dari Jeli kami melalui Tanah Merah dan Machang.. sehinggalah memasuki sempadan Terengganu, iaitu Jertih, tataw mana ghaib kereta-kereta yang banyak tadi. 

Akhirnya, sampailah kampung Che Li. Haaa.. adik Sk, Cik Ani pun raya Terengganu juga. Masa Sk lalu ni, Cik Ani kata, dia pun baru lepas tarik 'handbrake'. Tak pasti pulak pukul berapa yang mereka bertolak dari Johor yang pasti hari yang sama. Yang kelakar, Kak Maznah tanya, ada sedara kat sini (Terengganu) tak? Sk jawab tak ada. Lepas tu, Iman cakap, adalah bonda, Che Li. Laaa.. memang tak ingat langsunglah sebab Che Li kan duduk dengan Cik Ani kat Johor, hahahaha


Bersempadan rupanya Setiu ni dengan Kuala Nerus. Walaupun sebelah menyebelah, tapi dari rumah Che Li nak ke rumah abang ipar Sk, ambil masa sejam juga. Dari sini, waze bawa kami ikut laluan pantai, lalu kat Pantai Setiu yang tersangat indah. Bukan tu saja, banyak restoran ICT (Ikan Celup Tepung) yang didirikan di tepi pantai dan nampak menarik, berbeza dengan restoran ICT di belah Kuala Terengganu yang berdekatan dengan lapangan terbang (tiada pemandangan laut). Pakkal jerlah bulan puasa dan restoran tidak dibuka. Nak berhenti ambil gambar, tak larat pulak. Nampak juga pasar Ramadhan, nak singgah tapi fikir, esok masih ada.. sekali, esok raya, hahaha. Tak merasalah kami jalan-jalan di pasar Ramadhan melihat juadah istimewa rakyat Terengganu


Yang peliknya, sepanjang jalan di Terengganu tu tak jem langsung tau, cuma tak bolehlah nak laju-laju sebab jalan bandar, bukan lebuhraya, hehehe. Dari Jeli tu, pukul 1.43 petang, pukul 4.33 petang, kami sampai ke Setiu, lebih kurang pukul 5.30 petang, barulah kami sampai ke rumah abang Pak Inche di Kuala Nerus. Empat jam beb! Hah.. ingat dah teruk sangat la jemnya tu kan,  Ko tunggu balik nanti! Hahahahaha

Bersambung..

Penting untuk dibaca : BERAYA DI TERENGGANU

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/05/perjalanan-paling-mencabar-raya-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raya Yang Paling Akan Diingati 2022

Raya Yang Paling Akan Diingati 2022

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 196 hits
Serious raya tahun 2022 antara yang paling best Nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa Bila raya diisytiharkan pakat terkejut semua Satu Malaysia huru hara Banyak sungguh elemen surprise Bermula dari malam pengumuman raya Orang kata ...
Aidilfitri 2022 Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun Pandemik Covid 19

Aidilfitri 2022 Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 522 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Walaupun sudah masuk minggu kedua bulan Syawal masih belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Ampun Maaf dipinta dari segi percakapan dan juga dari segi penulisan yang menguris hati ...
Koleksi Design Untuk Anda Gunakan Sebagai Kad Raya Tahun 2022

Koleksi Design Untuk Anda Gunakan Sebagai Kad Raya Tahun 2022

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 604 hits
Hari Raya mestilah kita nak buat ucapan yang bermakna kepada sanak saudara dan kenalan lagi lagi untuk kenalan di media sosial Jadi boleh ucapkan dalam bentuk Kad Raya Digital Dengan adanya pelbagai design yang dikongsikan anda boleh letak ...
I Can See Your Voice Malaysia 2022 Edisi Raya

I Can See Your Voice Malaysia 2022 Edisi Raya

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 302 hits
Assalamualaikum Rancangan kegemaran Cik Nor setiap tahun iaitu I Can See Your Voice Malaysia Musim Ke 5 membuka tirainya malam tadi dengan Edisi Raya Tapi rasanya musim ni tak se best musim yang sebelum ni Ini kerana pengacara lama iaitu Sy...
Raya Aidilfitri 2022 Penuh Kejutan Tiba Tiba Je Raya

Raya Aidilfitri 2022 Penuh Kejutan Tiba Tiba Je Raya

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 340 hits
Raya Aidilfitri 2022 Penuh Kejutan Tiba Tiba Je Raya Alhamdulillah Selamat Hari Raya korang Tahu tahu tiba tiba je dah raya kan Lagi seronok tahun ini Raya awal dari biasa Memang bersilat kami adik beradik dekat dapur malam Raya tu Memang r...
Kelam Kabut Raya 2022 1443 Hijriah

Kelam Kabut Raya 2022 1443 Hijriah

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 304 hits
SELAMAT HARI RAYABUAT SEMUAIni sembang aku dengan dua orang netizen di Facebook JAKIM Masa ni aku beria ia dan yakin 500 raya disambut Selasa 3 Mei 2022 Beberapa hari sebelum ini begitu yakin yang raya 2022 1443 hijriah ni akan jatuh pada h...
Raya 2022 Menerima Kad Raya Dari Rakan Blogger

Raya 2022 Menerima Kad Raya Dari Rakan Blogger

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 227 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Alhamduillah sudah masuk seminggu kita berada di bulan Syawal yang mulia ini Bagaimana Syawal sahabat sahabat semua Naim doakan baik baik belaka Ada sudah berpuasa 6 hari...
Takbir Raya 2022 Smk Gelang Patah

Takbir Raya 2022 Smk Gelang Patah

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 353 hits
Takbir Raya 2022 SMK Gelang Patah Saksikan Takbir Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri Oleh Warga SMK Gelang Patah Johor Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photograp...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew