Perjalanan Dari Kunming Ke Lincang Dengan Tren Crh D8110


CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025
Sambungan dari catatan terdahulu --> Makan Tengah Hari di Yi Chun Garden Beef Restaurant, Kunming

Lincang merupakan destinasi tujuan kami di wilayah Yunnan. Jaraknya lebih 500 km dari Kunming - ibu kota dan bandar terbesar di wilayah Yunnan.
Kami menaiki kereta api laju China Railway High-Speed (CRH) dari Kunming Nanyao Railway Station dan turun di Lincang Railway Station. Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam.
Kunming - LincangHarga tiket Second Class Seat - 246 yuan (kira-kira RM145)
Terasa jauh juga kami perlu berjalan mengheret bagasi dari teksi ke pintu masuk stesen. Mujurlah pemandu teksi jadi pemandu arah, kami ikut saja langkah kakinya di celah orang ramai

Pintu masuk stesen, hanya penumpang tren saja yang boleh masuk. Setiap orang perlu sahkan ID (dokumen pengenalan) untuk masuk. Kami masuk laluan Manual ID Verification - tak perlu tunjuk tiket tren, cuma serahkan pasport kepada petugas untuk pengesahan. Pembelian tiket (yang dah dibuat sebelum kami tiba di Kunming) menggunakan nombor pasport, jadinya petugas cuma perlu scan pasport dan buat pengesahan

Masuk ke ruangan menunggu, terus cari tempat duduk berhampiran pintu masuk ke platform. Kami terpaksa duduk berasingan memandangkan tak banyak kerusi kosong, tapi kedudukan kami tidaklah begitu jauh antara satu sama lain

Sementara menunggu, sempatlah saya ke tandas berhampiran. Kemudahan tandas di sini berada pada tahap memuaskan, terdapat banyak unit tandas dan selesa digunakan - kecuali bab tiada air tu memang dah sedia maklum. Dalam beg perlu sentiasa pastikan ada portable bidet, wet tissue dan tisu biasa - benda penting untuk urusan tandas

Pintu masuk ke platform di buka kira-kira 20 minit sebelum waktu berlepas. Kami masuk barisan Manual Check-in, sekali lagi kita cuma perlu hulurkan pasport kepada petugas. Tiket hanya untuk rujukan - nombor koc dan nombor tempat duduk

Tren CRH yang kami naiki - berwarna putih dengan jalur biru. Tempat duduk kami di koc 3, tetapi kami tersilap menunggu di tempat koc 15 berhenti. Apa lagi…berlari-larilah kami menuju ke koc 3. Fuh! Syukurlah kami sempat masuk ke koc terdekat sebelum tren mulai bergerak

Tempat duduk kami di koc Kelas Kedua dengan susunan kerusi 3-2. Saya duduk di tengah, sebelah kiri Encik Suami (aisle seat) dan sebelah kanan saya seorang wanita tempatan

Ada tempat letak beg di bahagian atas, tapi disebabkan kami masuk lambat maka semua tempat dah dipenuhi dengan bagasi penumpang lain. Terpaksalah letak bagasi kami di ruang kaki, mujurlah ruang kaki tren ini cukup luas

Begini rupa tempat duduk dalam tren. Bersih dan selesa sesuai bagi sebuah perjalanan jauh, kecuali kami agak kurang selesa sebab ada bagasi di ruang kaki

Tren CRH yang kami naiki ini jenis D-train dengan kelajuan maksima 250 km/j. D-train merupakan kereta api laju CRH yang kedua terpantas

Selain paparan kelajuan tren, turut dipaparkan suhu di luar (apabila tren berhenti di stesen-stesen). Saya jadi teruja apabila tren berhenti seketika di stesen Dali - salah satu destinasi pelancongan popular di wilayah Yunnan. Moga suatu hari nanti saya berpeluang kembali ke Yunnan untuk kembara santai pula

Pemandangan di sepanjang perjalanan begitu menarik dengan bukit-bukau, pergunungan dan kawasan pertanian. Tapi disebabkan kedudukan saya di tengah, saya hanya mampu memandang ke luar jendela tanpa dapat merakam foto atau video

Sehinggalah penumpang di sebelah saya turun di salah sebuah stesen, akhirnya dapat juga saya duduk di tepi tingkap memerhati pemandangan luar. Tren ini bergerak laju, jadinya saya hanya sempat memotret apabila tren kembali bergerak setelah berhenti seketika di stesen laluan

Antara pemandangan yang saya saksikan - kawasan pertanian terbentang indah dengan latar perbukitan dan pergunungan

Perjalanan tren ini banyak melalui terowong, keluar terowong disajikan pula pemandangan kawasan pertanian dan penempatan penduduk

Alhamdulillah kami sampai di Lincang kira-kira pukul 5 petang









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/10/perjalanan-dari-kunming-ke-lincang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ringkasan Perjalanan Trip Ke China Wilayah Yunnan Dan Jiangsu

Ringkasan Perjalanan Trip Ke China Wilayah Yunnan Dan Jiangsu

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 788 hits
Setelah lima bulan berlalu saya kembali menyambung catatan perjalanan ke dua wilayah di China Jemput baca entri pertama yang juga catatan pengenalan Musafir ke negara luar kali ini agak berbeza kerana buat kali pertama saya bergerak dalam k...
Makan Tengah Hari Di Yi Chun Garden Beef Restaurant Kunming

Makan Tengah Hari Di Yi Chun Garden Beef Restaurant Kunming

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 265 hits
CATATAN TRIP KE CHINA WILAYAH YUNNAN JIANGSU 10 15 APRIL 2025Sambungan dari catatan terdahulu Dari lapangan terbang kami menaiki teksi menuju ke sebuah restoran halal Ruang dalam teksi bersih dan selesa Plaza tol di Kunming Saya tertarik de...
Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines

Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 429 hits
CATATAN TRIP KE CHINA WILAYAH YUNNAN JIANGSU 10 15 APRIL 2025Sambungan dari catatan terdahulu TERLEPAS PENERBANGAN SCOOT AIRLINESKami sepatutnya terbang ke Kunming China dengan menaiki pesawat Scoot Airlines yang berlepas pada pukul 4 55 pe...
Ktmb Sedia Dua Tren Ets Tambahan Sempena Deepavali

Ktmb Sedia Dua Tren Ets Tambahan Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 156 hits
KTMB Sedia Dua Tren ETS Tambahan Sempena Deepavali KUALA LUMPUR 4 Okt Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit tren elektrik bagi laluan Padang Besar ke Kuala Lumpur Sentral dan sebaliknya sempena sambuta...
Sesekali Berbanggalah Dengan Diri Sendiri Hargai Perjalanan Hidup Kita

Sesekali Berbanggalah Dengan Diri Sendiri Hargai Perjalanan Hidup Kita

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 351 hits
Kadang kadang kita terlalu sibuk mengejar kehidupan sampai lupa nak hargai diri sendiri Kita sibuk bandingkan diri dengan orang lain tengok kejayaan mereka tengok pencapaian mereka sampai kita rasa diri kita kecil dan tak berharga Padahal t...
Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 615 hits
Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah Demi menggapai segulung ijazah seorang anak muda rela menempuh perjalanan lebih lapan jam dengan hanya menunggang sebuah motosikal kapcai sambil membawa baldi dan beg galas Itula...
Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 257 hits
Buat pertama kali saya experiment rakaman perjalanan saya menggunakan camera action sport yang bajet Eken H9R dari rumah saya ke tempat kerja Kebiasaan vlogger motorsikal meletakkan kamera di bahagian helmet atau tempat dekat hampir meter s...
23 Rakyat Malaysia Dibebaskan Dalam Perjalanan Ke Turkiye

23 Rakyat Malaysia Dibebaskan Dalam Perjalanan Ke Turkiye

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR Seramai 23 rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla kini dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon Israel sebelum diterbangkan ke Istanbul Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan re...
Perjalanan Jauh Melihat Panorama Alam Kota Mitropolitan Dan Ke Jamal Salim Tuaran

Perjalanan Jauh Melihat Panorama Alam Kota Mitropolitan Dan Ke Jamal Salim Tuaran

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 475 hits
Berada di Kota Mitropolitan Kota Kinabalu Sabah tepat jam 7 00 malam Berhati Hati Memandu Menjelang Waktu Malam Petang 30 09 2025 Selasa kami bergerak dari Keningau ke Kota Kinabalu melalui Jalan Kimanis Kota Kinabalu Jalan singkat menujuk ...
Resepi Ayam Masak Kicap Dengan Daun Kunyit Mayang

Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

Terengganu Suami Isteri Nyaris Maut Geng Lembu Melintas Di Lpt2

The End Of Guesswork How Vape Detectors Deliver Proof Not Just Suspicion In Schools

3 Cabinet Posts Up For Grabs With A 4th To Go Vacant When Tengku Zafrul S Senatorship Expires On Dec 2

Dua Penyanyi Dangdut Maut Dalam Kemalangan Di Sulawesi Selatan

Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside

Perpaduan Zaman Kucing Berusia 630 Tahun Dan Anak Kucing Di Atas Ch Teau De


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Passport Malaysia Ketiga Terkuat Di Dunia

A Brief Biodata

Tahap Kesejahteraan Psikologi Nieyl

Lirik Lagu Lagu Bila Sampai Waktu Faizal Tahir Mimpi

Jeram Dusun Sungai Mahang Nilai Port Healing Dekat Dengan Rumah

Neyo One In A Million Chord