Makan Tengah Hari Di Yi Chun Garden Beef Restaurant Kunming


CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025
Sambungan dari catatan terdahulu —> Terbang dari Pulau Pinang ke Kunming dengan Pesawat China Southern Airlines

Dari lapangan terbang, kami menaiki teksi menuju ke sebuah restoran halal. 
Ruang dalam teksi - bersih dan selesa

Plaza tol di Kunming. Saya tertarik dengan hiasan tanaman bunga pelbagai warna. Cantik! Begitu juga di tepi-tepi jalan dihiasi dengan tanaman bunga berwarna-warni

Selepas itu barulah saya tahu bahawa Kunming dikenali sebagai ‘City of Flowers’ atau ‘Spring City’ kerana cuacanya yang sederhana dan sejuk sepanjang tahun sesuai untuk pertumbuhan bunga. Di sini juga terletaknya Dounan Flower Market - pusat borong bunga terbesar di Asia.
Pemandu teksi bawa kami ke sini, katanya ini merupakan antara restoran halal yang terkenal di sini. Hasil Google Translate nama restoran, 伊春园 牛菜馆 - Yi Chun Garden Beef Restaurant. Entah tepat atau tidak terjemahannya tu 😄
Pada papan tanda restoran terpapar logo 清真 (qingzhen) - terma yang digunakan untuk makanan halal. Ianya mudah dilihat kerana dalam bentuk logo bulat berwarna hijau

Berdasarkan pengalaman saya semasa ke Guangzhou pada tahun lepas, tanda halal hanya dalam bentuk tulisan aksara Cina tanpa logo bulat berwarna hijau. Jadi agak sukar bagi kita yang tak kenal aksara Cina nak membelek perkataan qingzhen pada papan tanda kedai di Guangzhou

Urusan memesan makanan kami serah saja kepada kawan Encik Suami yang berbangsa Cina. Trip ke negara China kali ini lebih mudah sebab ada ahli kumpulan yang bertutur bahasa Cina

Tak lama menunggu, satu demi satu hidangan tiba. Tapi rupa-rupanya semua ini untuk kami berdua saja. Banyak sungguh nak kena habiskan ni 😅
Sup jernih tapi sedap rasanya

Sayuran. Warna kuning macam isi jagung tu, rasanya seperti makan kekacang

Hirisan nipis daging lembu yang lembut berjus disertakan dengan sos pencicah dan mungkin garam - entah serbuk apa tapi rasa masin. 
Potongan kecil daging lembu dimasak dengan sayuran dan campuran herba. Mula-mula makan, rasa sedap. Lepas tu saya dah tak boleh makan sebab rasanya jadi semakin pedas. Rasa pedasnya macam kita makan lada hitam, bukan pedas cili api. 
Minuman kami - teh Cina yang dihidang dalam cawan seperti mangkuk kecil

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Kunming Nanyao Railway Station









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/10/makan-tengah-hari-di-yi-chun-garden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Tengah Hari Di Laparoti

Makan Tengah Hari Di Laparoti

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 474 hits
Dari kami terus balik rumah Malas nak kemana mana lagi sebab nak sambung rehat di rumah Banyak kerja yang sedang menanti Sebelum sampai rumah ingatkan nak beli je di LaPaROTI Tapi tengok tak ramai orang jomlah kita makan kat sini je Ini kal...
Jatuh 2 Hari Dalam Telaga Dipatuk Ular Pula

Jatuh 2 Hari Dalam Telaga Dipatuk Ular Pula

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 3147 hits
KOSMO QIN yang jatuh di dalam sebuah telaga diselamatkan oleh pasukan penyelamat Foto NetEaseBEIJING Seorang wanita berusia 48 tahun dari Fujian China berdepan detik cemas selama 54 jam apabila terjatuh ke dalam sebuah perigi terbiar yang d...
Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1810 hits
Setiap kali masuk bulan September tarikh 16 haribulan memang istimewa buat rakyat Malaysia Kalau 31 Ogos kita raikan Hari Kemerdekaan 16 September pula kita sambut Hari Malaysia Ramai yang mungkin tahu tapi tak semua betul betul faham apa s...
Aduan Masalah Jalan Di Kampung Lebak Seberang Telah Ditangani Dalam 55 Hari Hasil Keprihatinan Sultan Pahang

Aduan Masalah Jalan Di Kampung Lebak Seberang Telah Ditangani Dalam 55 Hari Hasil Keprihatinan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2517 hits
TEMERLOH Keprihatinan Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah terserlah apabila aduan masalah jalan yang diterima baginda semasa Program Kembara Pahang 1 0 pada 23 April lepas berjaya diselesaikan dalam tempoh 5...
5 Gambar Awan Kalimah Allah Muhammad Di Langit Brunei Pada Hari Pengumuman Hudud

5 Gambar Awan Kalimah Allah Muhammad Di Langit Brunei Pada Hari Pengumuman Hudud

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1059 hits
BANDAR SERI BEGAWAN Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina Jelasnya undang undang yang d...
Suatu Hari Cerita Ini Terhenti Ada Yang Rindu Tak

Suatu Hari Cerita Ini Terhenti Ada Yang Rindu Tak

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1322 hits
Suatu Hari Cerita Ini Terhenti Ada Yang Rindu Tak Ada saatnya pena berhenti menari Ada ketika jemari letih mengetuk huruf Dan ada waktu hati memilih diam walau terlalu banyak rasa yang ingin diluahkan Hari itu tiba tanpa kita sedar Suatu ha...
Rafidah Diberi 7 Hari Untuk Selesaikan Bayaran Saman Rm281 200

Rafidah Diberi 7 Hari Untuk Selesaikan Bayaran Saman Rm281 200

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1873 hits
Seorang ahli perniagaan Datuk Haris Embong menuntut selebriti serta aktivis masyarakat Rafidah Ibrahim melunaskan bayaran ganti rugi berjumlah RM281 200 susulan kes fitnah Menurut laporan Utusan Malaysia Rafidah berdepan tindakan lanjut sek...
Doa Keluar Rumah Amalan Mudah Untuk Lindungi Diri Setiap Hari

Doa Keluar Rumah Amalan Mudah Untuk Lindungi Diri Setiap Hari

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2130 hits
Setiap kali kita melangkah keluar rumah pasti ada rasa was was atau risau tentang keselamatan perjalanan atau urusan seharian Dalam Islam ada amalan yang mudah diamalkan untuk memohon perlindungan dan keberkatan iaitu doa keluar rumah Doa i...
Amway Vitamin C Rahsia Tenaga Imun Anda Kekal Padu Sepanjang Hari

Amway Vitamin C Rahsia Tenaga Imun Anda Kekal Padu Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2721 hits
Dalam kehidupan harian yang sibuk ramai rakyat Malaysia mudah mengalami keletihan sistem imun lemah dan kurang tenaga Amway Vitamin C atau NUTRILITE Bio C Plus All Day Formula hadir sebagai solusi mudah untuk memastikan tubuh anda sentiasa ...
Ecrl Kejadian Runtuh Di Mrr2 Nasib Penumpang Sebuah Kereta

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Petaling Jaya Gagah Sporty Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Step And Repeat Banners Continue To Redefine Event Visuals And Brand Engagement

Kedai Pakistan Di Madinah

Ramai Tak Tahu Rupanya Zon Waktu Malaysia Pernah Berubah Sebanyak 6 Kali

Sleeve Cup Custom Branding Murah Tapi Nampak Premium


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Perpisahan Arif Rakan Sekerja Dari Negeri Yang Sama

Flavorful Recipe Beef Chuck Cross Rib Roast

Happy Birthday Waniee

Lirik Lagu Terlalu Bodoh Ara Johari

Drama Setiaku Berdiri

Minyak Mentah Yang Disokong Oleh Petunjuk Teknikalnya Mempunyai Potensi Untuk Mengukuh Hari Ini