Peristiwa Buruk Menjadi Rahmat Rupanya
Bersembang lepas solat subuh,masing-masing bercerita kisah tak sangka.Sahabat saya yg pertama bercerita dia kemalangan dalam perjalanan nak pergi makan kenduri di Tanjong Dawai.Kereta terbabas masuk ke parit kerana mengelak lembu yg melintas.Kereta tersangkut dlm parit dan tak boleh bergerak,kena tarik.Tak jadilah ke rumah kenduri.Esoknya gah cerita keracunan makanan dirumah kenduri tersebut hingga ada yg mati,beratus orang yg kehospital termasuk diwadkan.Barulah dia sedar dan bersyukur bahawa kemalangan itu satu rahmat
Sahabat yg terakhir bercerita satu pagi,bila nak pergi kerja di Penang,kereta tak boleh dihidupkan.Terpaksa naik motor walau hujan rintik-rintik.Digagahkan juga.Masa balik dari pejabat,cuaca baik,tetapi telah berlaku kemalangan di atas jambatan yg menyebabkan kesesakan lalulintas berkilometer.Tetapi motor boleh bergerak menyelit dibarisan kereta.Bila dia melepasi kesesakan itu,baru terasa bahawa keretanya yg rosak itu satu rahmat Allah,jika tidak, mungkin dia terlepas waktu solat kerana tersangkut dlm kesesakan kenderaan
Kita selalu membuat tafsiran secara apa yg kita dapat lihat, kita rasai pada sesuatu petistiwa.Akibatnya kita merasa sesuatu buruk yg menimpa kita sebagai suatu yg malang,yg sedih,yg mendukacitakan.Ini kerana kita hanya memikir perancangan kita,kita terlupa perancangan Allah.Bukan semua perancangan kita akan berlaku,berjalan,kerana perancangan Allah kadang kala mengatasi perancangan kita.Maka terjadilah perkara seperti peristiwa diatas, janji Allah"Kamu merancang,Aku pun merancang,perancangan Aku lebih baik".Maka kita lihat dlm dua peristiwa itu,perancangan Allah lebih baik.Bila perancangan kita terhalang,ingatlah Allahmengatasi perancangan kita dengan perancanganNya
Kita melihat sesuatu pada berdasar apa yg nampak shj,sepatutnya kita kena melihat sesuatu dg lebih mendalam,yg tidak nampak pada mata iaitu takdir Allah.Bila terjadi sesuatu peristiwa yg kita rasa buruk,jgn terus mengeluh kesal,sedih,menggelupur bagai pelanduk kena jerat.Duduklah bertenang,berfikir,sebutlah pujian pd kebesaran Allah,sebutlah rasa berserah kpd Allah laa haula wala quuwatailla billah.Berharaplah apa yg terjadi itu menjadi satu rahmat yg belum kita ketahui.Jangan sesekali berburuk sangka kpd Allah pada setiap peristiwa yg kita rasa buruk kerana kita belum tahu perancangan apa yg Allah letakkan kpd kita
Bila Allah ingin mengubah haluan hidup kita,ditakdirkan suatu peristiwa.Ayah saya kehilangan kerbau yg membantu mencari rezeki untuk ambil upah membajak dan menyisir sawah,tetapi rupanya kehilangan kerbau itu telah menyebabkan ayah saya berubah menjadi tukang rumah,yg lebih luas rezekinya utk menampung anak yg ramai.Allah Maha Pengasih,Maka Penyayang,maka atas sifat ini tiadalah Dia menganiayai hambaNya,tetapi kita yg cepat berburuk sangka.Cuba menoleh hidup anda yg lalu,pernahkah anda terasa Alkah telah mengubah haluan hidup anda
Pun begitu,ada ketika Allah takdirkan sesuatu untuk menegur hambanya,menguji dan menghukum kesalahan utk kita kembali membetulkan.Allah menyediakan neraka bukan kerana Dia hendak hambanya masuk neraka,buktinya Allah mengirim rasul,menurunkan quran utk memberi tunjuk ajar, memberi amaran.Tidak cukup dg itu ditakdirkan dlm hidup berbagai peristiwa utk peringatan,tetapi ada manusia terus melakukan yg ditegah,tidak melakukan apa yg disuruh,maka mereka sendiri memilih untuk ke neraka.Maka berbaik sangkalah kpd semua perkara yg terjadi kpd kita kerana kita tidak tahu perancangan Allah,yg pasti Allah sentiasa mahu hambanya menjadi insan yg baik, diri kita yg sentiasa tersalah arah.abdghaniharon
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/10/peristiwa-buruk-menjadi-rahmat-rupanya.html