Perintah Kawalan Pergerakan Amanda Wanda Bell Tampil Nasihat Orang Ramai


Reaksi 'garang' dan comel yang dipertontonkan Amanda Wanda Bell dalam sebuah video berdurasi tiga minit 19 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. - Facebook @wandabell Perintah Kawalan Pergerakan: Kanak-kanak enam tahun tampil nasihat orang ramai

Memasuki hari keenam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19, semakin ramai pihak dan individu tampil memberi nasihat serta peringatan kepada orang ramai agar kekal berada di rumah.Antaranya selebriti tempatan, ahli sukan, ahli perniagaan dan ramai lagi, namun tidak ketinggalan dan menarik perhatian ramai adalah gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang tampil memberi nasihat serta 'menyekolahkan' mereka yang masih ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan itu.

Reaksi 'garang' dan comel yang dipertontonkan kanak-kanak berkenaan dalam sebuah video berdurasi tiga minit 19 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga ada yang menyatakan 'budak enam tahun lebih pandai dan faham arahan pihak berkuasa'.


Amanda Wanda Bell atau lebih dikenali sebagai Wanda Bell memarahi orang ramai "yang masih degil dan pura-pura tidak faham bahasa kerana enggan patuh arahan untuk kekal di rumah sahaja".
"Sekarang ini masih lagi ada orang keras kepala...tidak pandai dengar...Wanda cakap ada Corona Virus tidak pandai faham...nanti dorang (mereka) tidak faham takut dorang kena (Corona Virus) dan pergi berjalan-jalan pula. Wanda bagi nasihat di sini (Facebook) sebab Wanda pun duduk rumah.

"Besar (dewasa) sudah dorang tapi balik-balik lagi mahu cakap. Wanda tidak marah bah ini aunty (mak cik)... tapi Wanda tidak mahu orang sakit. Nanti dorang bagi jangkit (Corona Virus) pada Wanda dan orang lain. Dorang (mereka) tidak boleh merayau-rayau," katanya kepada Bernama.

Video Wanda Bell yang dimuat naik di laman Facebook kanak-kanak itu @Wandabell mendapat 29,000 tontonan dan 810 perkongsian.

Dalam video berkenaan, kanak-kanak berasal dari Keningau, Sabah itu turut menzahirkan rasa simpati kepada warga hospital yang bekerja siang dan malam semata-mata untuk berkhidmat untuk rakyat.

"Jangan kamu keras kepala bah... kamu tidak takutkah kena tangkap polis? Pegi (pergi) jalan-jalan ada Corona Virus, kamu sakit lagi. Jadi siapa yang susah? Itu doktor yang susah. Aunty-aunty, uncle-uncle, susah bah tu. Penat dorang (mereka) mahu buat (kerja) ini semua.

"Just stay at home. Dia (kerajaan) bilang duduk diam-diam di rumah. Kamu faham ka apa dia cakap? Just stay at home... ingat jangan jalan-jalan... Boleh jalan-jalan tapi di belakang rumah, di depan rumah, main basikal ka di bilik ka tapi di rumah sahaja," katanya dengan telatah dan loghat Sabahnya yang mencuit hati.

Kebanyakan warganet kagum dan memuji kepetahan kanak-kanak ini memberikan nasihat kepada orang awam malah rata-rata meninggalkan komen yang positif.

"Naa...Adik kecil ini lagi pandai berfikir...dengar kamu yang degil-degil yang tidak dengar cakap... terbaik Wanda," kata Alice Tan.

"Pandai lagi adik Wanda ini...dengar tu," kata Juliet Tijun.

"Comelnya awak dik...sudahlah comel...pandai bercakap pula tu...bagus adik Wanda...Jaga diri adik," kata Mas Ayu Junoh pula.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencapai kadar pematuhan 92 peratus pada Isnin.

"Walaupun hanya lapan peratus, tetapi masih lagi ada dalam kalangan rakyat yang keluar rumah dan gagal mematuhi larangan yang dikeluarkan kerajaan," katanya.

-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/03/perintah-kawalan-pergerakan-amanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Nasihat Sewaktu Kita Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan

7 Nasihat Sewaktu Kita Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 476 hits
7 Nasihat Sewaktu Kita Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Duduk di rumah dan jauhkan diri dari berinteraksi secara sosial Selalu bersenam di dalam rumah untuk kekal
Covid19 Elektrik Tidak Dipotong Jika Lewat Bayar Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dr Shamsul Anuar Nasarah

Covid19 Elektrik Tidak Dipotong Jika Lewat Bayar Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dr Shamsul Anuar Nasarah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 274 hits
Tidak ada pemotongan bekalan bagi pengguna pengguna yang lewat membayar bil elektrik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa iaitu pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Na...
Georgetown Perintah Kawalan Pergerakan Doktor Pertikai Larangan Selepas Diberitahu Supaya Tidak Boleh Berjoging

Georgetown Perintah Kawalan Pergerakan Doktor Pertikai Larangan Selepas Diberitahu Supaya Tidak Boleh Berjoging

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 297 hits
Viral di media sosial semalam penyebaran sebuah klip video berdurasi nbsp berkenaan seorang doktor yang mempertikai larangan berjoging di sebuah taman dipercayai Taman Botani Pulau Pinang Doktor berkenaan mempertikai nbsp kefahaman pihak be...
Covid 19 Denda Penjara Langar Perintah Kawalan Pergerakan

Covid 19 Denda Penjara Langar Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 298 hits
MANA MANA individu yang melanggar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh didenda sehingga RM 1 000 atau penjara enam bulan atau tidak kedua duanya sekali jika sabit kesalahan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ber...
Pm Tegaskan Jangan Cemas Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Ini Untuk Kebaikan Semua

Pm Tegaskan Jangan Cemas Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Ini Untuk Kebaikan Semua

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 655 hits
Gara gara salah faham info yang tular di media sosial sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan orang ramai terlebih dahulu membeli stok makanan dalam kadar yang banyak berbanding biasa Makanan yang menjadi tumpuan ialah makanan dalam t...
Bukan Perintah Darurat Tetapi Tentera Akan Bantu Polis Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

Bukan Perintah Darurat Tetapi Tentera Akan Bantu Polis Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 655 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat namun ia bukanlah satu perintah darurat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin dengan...
Langgar Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan

Langgar Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 413 hits
Langgar peraturan Perintah Kawalan PergerakanHUKUMAN PENJARA ENAM BULANATAUDENDA RM1 000 00AKAN DIKENAKAN SEKIRANYA ORANG AWAM ATAU MAJIKAN DIDAPATI MELANGGARPERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Ketiga Tiga Cabang Atm Akan Dikerah Bantu Polis Pantau Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Panglima Tentera

Ketiga Tiga Cabang Atm Akan Dikerah Bantu Polis Pantau Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Panglima Tentera

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 504 hits
Selepas pengumuman dari Menteri Pertahanan dalam satu sidang media hari ini bahawa tentera akan mula membantu pihak polis untuk memantau supaya rakyat patuh kepada perintah kawalan gerakan yang mula berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac 20...
5 Perkara Penting Perintah Kawalan Pergerakan Dan Senarai Jabatan Kerajaan Yang Bercuti

5 Perkara Penting Perintah Kawalan Pergerakan Dan Senarai Jabatan Kerajaan Yang Bercuti

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 649 hits
Seperti yang telah kita sedia ketahui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan penutupan premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting bagi menangani penularan wabak Covid 19 Arahan penutupan premis ini adalah berdasarka...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord

Criimson Atta Halilintar Dj Noiz Bebecita Chord